Written by Bella | May 30th, 2016

Setelah tiga tahun bercinta dan menunggu masa yang sesuai, penyanyi Hazama dan kekasihnya Genervie Kam yang merupakan seorang pemuzik bakal menamatkan zaman bujang dan merencana untuk berkahwin selepas Aidilfitri nanti.

Meskipun belum mempunyai tarikh tertentu, Hazama bagaimanapun mahu mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan melakukan perkara yang wajib sahaja. Malah, mereka juga tidak mahu bertunang.

Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.

Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin.

Pada masa yang sama, Hazama memberitahu Genervie kini sudah terbuka hatinya untuk mendalami keindahan agama Islam dengan lebih dekat.

Hazama berharap masyarakat memberikan kata-kata positif dan tidak membuat kekasihnya itu tertekan seperti yang berlaku kepada Stacy sebelum ini.

Kita lihat apa yang terjadi pada Stacy. Saya harap perkara sama tidak berlaku kepada Gen kerana saudara baharu tidak seharusnya berhadapan dengan tekanan sebegitu dan ia memberi imej buruk kepada kita semua.

Alhamdullilah, akhirnya tambah lagi seorang saudara baharu didalam Islam. Semoga perancangan perkahwinan Hazama dan Genervie berjalan dengan lancar dan sama-sama kita memberikan sokongan kepada Genervie untuk terus mendalami agama Islam dengan lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

9 responses to Hazama Dan Kekasih Rancang Berkahwin Selepas Aidilfitri

  1. Pekerja Gomen says:

    Sebaik sahaja dia (Gen) melafazkan syahadah… dia umpama bayi yang baru lahir. Putih bersih tanpa sebarang dosa dan noda..
    Maka tanggungjawab Hazama adalah mendidik dan membawa Gen mengenali Islam dengan lebih dekat.
    Beruntunglah Gen, dan rugilah kita yang Islam tapi tak habis2 menambahkan dosa mengeji dan mengumpat…

    0

    0
  2. Hada haku kesah says:

    Harap pas ni ko bimbing die..bkn die bimbing ko ye bro..best of luck btw…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    alhamdulillah…moga Hazama membimbing Gen ke arah yg lebih baik..Aamiinn..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Bimbing lah isteri mu dgn bersungguh2. Klau nampak tanda2 yg positif ke arah Islam, Alhamdulillah. Klau tak, jgn putus asa. Insya Allah usaha dan berdoa kpd Allah boleh mmbantu. Sama2 kita doakan mereka selamat diijab kabul Dan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.

    0

    0
  5. melatia says:

    Amin…..cuma Uqasha jeww tunggu bakal tunang tk sampai2…nk masuk 3 purnama dh…wakakakakakakakaaaaa..!!

    0

    0
    • Black Cat says:

      Amin…nama melati dah jadi tukar
      jadi MELATIA plak dah…kejuburan
      apakah ini…

      0

      0
  6. Miss Unibes says:

    Tak. Macamni lah. Kenapa nak sorok bila dah masuk Islam? Akim pun bongok jugak. Pasal video tersebar pun kecoh mcm Stacy masa tu sah milik kau. Kalau kahwin keluar statement “benda baik tak perlu nak sorok”. So peluk Islam tu apa? Benda tak baik? Takyah nak tertekan sgt ngan komen org kalau betul ikhlas bersedia nak peluk Islam. Nak sorok watpe? Nak biar org pikir diorang masih non-muslim? Tup2 kahwin! Lagilah org bising tanya “eh dah Islam? bila dia masuk rIslam?”. Kan!

    0

    0
  7. ada mak tipah kesah? says:

    Miss Unibes > ada sebab mereka nak rahsiakan pengislaman Stacy dulu. kalau itu yang dia nak, sebagai org yg menjaga amanah, pihak Jab Agama sepatutnya alert hal tu. mungkin dari view Akim & Stacy, itu yang terbaik bagi menjaga hati kedua2 belah pihak terutama sebelah Stacy. Jgn fikir semua org nak glemer mcm awak. kbye!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    aku heran cam mana mak bapak akan react kalau u masuk agama lain..

    0

    0