Written by AbangNara | October 28th, 2012

Setelah gagal dalam perkahwinan keduanya, Hattan hari ini menerusi Metro Ahad meluahkan niat di hati untuk bertaut semula dengan isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin. Menurut Hattan, dia dan Arianie saling memerlukan lebih-lebih lagi dengan kewujudan Adam Eiman, anak hasil perkongsian hidup mereka.

hattan rujuk isteri pertama

Kata Hattan:-

Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik. Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami. Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.

hattan rujuk isteri pertama
Hattan dan Arianie telah bercerai pada 17 Disember 1996 dengan talak satu. Selepas penceraian, Arianie tidak pernah berkahwin semula. Abang Nara terharu mendengar kata-kata Hattan yang hanya mahukan majlis perkahwinan secara kecil-kecil dan betapa dia menyesali kesilapan dulu. Kata Hattan lagi:-

Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah. Saya selalu renung semula kesilapan lalu dan buang mana tingkah-laku yang tidak disenangi Arianie. Begitu juga dia, mana yang saya tidak berkenan, dia buang. Dulu saya leka dengan duniawi. Sepanjang berkahwin dengan Arianie, tidak pernah sekali pun saya imamkan dia solat. Bila kenang balik, rasa ralat sangat dan saya tak nak ulang kesilapan itu.

Semoga niat suci murni Hattan ini akan dipermudahkan. Lebih-lebih lagi untuk kebaikan anak mereka berdua. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan kembali hidup baru. Sama-samalah kita doakan agar perancangan Hattan ini akan terlaksana dalam masa terdekat tanpa sebarang halangan.

P.S: Iklan syarikat LG yang sangat cool!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Hattan Ingin Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri Pertama

  1. Siti says:

    bagus la:) Ni la org kata kalau ad jodoh,tak ke mana juga..

    0

    0
  2. dd says:

    Alhamdulillah:)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    syukur alhamdulillah..jodoh itu rahsia allah

    0

    0
  4. Rita vs Ayu says:

    Lumrah kita sebagai manusia ni, bila dah xda baru rasa kehilangannya. Masa ada kat depan mata, harammmm acuh x acuh ajer…. Siap nak tinggalkan lg org yg kita sayang tu.

    0

    0
  5. yuyu says:

    saya doakan awak berdua <3 <3 <3

    0

    0
  6. roha says:

    alhamdulillah….kalau memang jodoh tak kemana..terharu sangat2..

    0

    0
  7. mimi says:

    kecoh la ko ni hattan, anggap perempuan mcm mainan je. jalan dah, bkn raja pop ke hape

    0

    0
  8. Mr K says:

    elok sangat la tuu ;)

    0

    0
  9. org den says:

    Itu yg terbaik buat anak…. semoga ada jodoh…jadikan pengalaman yg lalu satu pengajaran yg berguna… alhamdulillah

    0

    0
  10. entah la says:

    bgs la kalo nak nikah balik…org kata buang yg keruh ambik yg jernih…semoga berjodoh n berkekalan hingga ke akhirat…

    0

    0
  11. osman says:

    ayat mcm gampang…ariani jgn pcaya dia ni..

    tlg jg terima penyanyi ni blk..igt pe yg dia penah buat kat ko yanie..

    blom dpt mmg mcm ni..ayat manis..dasar lelaki..

    0

    0
  12. Rahmad says:

    Silap tu Nara. dan Arianie bernikah pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005 . Apapun tahniah. Buang yg keruh ambil yang jernih.

    0

    0
  13. Jah says:

    Alhamdulillah. Harap dia betul2 dah berubah. Lps ni jgn ditangan & dikaki2 kan lg Arianie tu ya. Anak awak dah besar, malu lah kt dia klu awak still nk bantai Arianie tu. Semoga jodoh kali ni kekal hingga ke akhirat.

    0

    0
  14. noraabas says:

    manusia akan berubah dgn sendirinya..jika ia benar2 ingin kearah itu..berdua lebih baik..dari bersendiri..apa2 pon tahniah..kasih kembali bertaup

    0

    0
  15. anonymous says:

    2 thn lepas bukankh Ariani ni bertunang ngn org kaya, masuk paper lg…xjd kahwin agknya…klau dh xada jodoh, nak buat mcmna…Allah yg tentukn semua tu…

    0

    0
  16. yes man says:

    yes.. arianie kawan dengan satu mamat kaya, tp mmg sah dh xde jodoh.. patut kawen Julai ..
    kalau jodoh ngan hattan semula bagus lah, demi anak kn? tp hattan pls la yea.. jgn di ulang perangai lama.. kata pun usia dh meningkat.. hmmm..

    0

    0
  17. kak li says:

    Terharu bila membaca luahan hati hattan. bagusla. Smoga jadi tauladan pada yang lain. Semoga berbahgia

    0

    0
  18. wana says:

    tak silap aku bukan ke ada gambar ariani ni nikah dgn lelaki lain dlm tahun lepas? aiks confused aku…

    0

    0
  19. boni kacak says:

    semoga dipermudahkan segala urusan.. amin.

    0

    0
  20. shima says:

    rase terharu dan seronoknya rase bila bakal suami atau suami berkata “saya ingin mengimamkan kamu semasa solat”… ayat yang terindah dari lelaki… :D

    0

    0
  21. Anonymous says:

    ABANG NARA, SILA CHECK BALIK..HATTAN & ARIANIE BERCERAI PADA 1996 ATAU BERKAHWIN PADA TAHUN TU??? SAYA TAK RASA DIA BERCERAI PADA TAHUN TU..SEBAB MASA SEINGAT SAYA MASA DORANG BERCERAI TU DAH LEPAS TAHUN 2000..ABANG NARA NI SEJAK DUA MENJAK NI SELALU BAGI WRONG INFO..CHECK DULU SEBELUM POST SESUATU CERITA TU..

    0

    0
  22. kak Nera says:

    Mesti Adam happy.

    0

    0
  23. Sshh says:

    bagus la kalau cam tu..demi utk ank..tpi sy cam tengok hattan ni mcm dia jer y btl kalau dalam apa2 hal…tengok je la perangai dia kalau jdi juri …sy x berapa minat la kt hattan ni..tpi lagu dia memg best2…

    0

    0
  24. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

    eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee minah jambu tk bekenan betol ngan jantan panas baran ni lah eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee jaoh kn laaaaaaaaa…………bab tu minah jambu nk kena hati hati kalau nk pileh mateair biar lambat kawin asal kn dapt laki yg loving n sedap mate memandang….

    0

    0
  25. Kak Limah says:

    Hmm.. tak payah kahwin balik dengan dia tak boleh ke.. ramai lagi orang hidup sebagai ibu tunggal.. divorcee atau balu.. no big deal.. if you want to take the risk.. try out with others.. atau stay single..

    0

    0
    • Rara says:

      dulu macam2 dibuatnya kat Arianie, berani betul ambil risiko nak kawin balik dengan orang yg sama..

      0

      0
  26. Azwa says:

    Alhamdulillah..

    0

    0