Written by AbangNara | November 20th, 2009

mamak palsu

Kalau anda baca Harian Metro semalam, ada satu cerita pasal mamak yang kantoi tak pandai mengucap. Kononnya mamak Muslim tapi bila disuruh mengucap dan baca Fatihah memang terang-terangan tak reti langsung. Yang tak boleh blah siap cover line dengan gantung ayat-ayat Al-Quran kat kedai dia. Memang sungguh kurang ajar dan celaka mamak-mamak macam nie.

Jadi pengajarannya di sini kenalah berhati-hati makan kat kedai mamak. Bukan semuanya halal dan bukan semua mamak tue mamak muslim. Diorang memang pandai nak mempergunakan sijil halal dan ayat-ayat Al-Quran asalkan ramai orang Islam datang makan. Padahal makanan yang dimasak tue diorang bukan kisah pun halal ke haram. Yang penting duit masyuk ~~~

Susah betul duduk kat Malaysia sekarang nie. Ramai sangat yang nak menipu asalkan dapat duit banyak. Tahniah kepada pihak JAKIM kerana berusaha keras untuk buat serbuan macam nie. Teruskan usaha anda. Jangan biarkan kami hidup dalam keraguan. Lagi-lagi dalam bab bab makanan nie. Kang tetiba perut buncit semacam je. Tapi sayangnya diorang tak bagitau nama kedai mamak tue dalam suratkhabar. Kami rasa sepatutnya kenalah bagitau. Baru kita boleh boikot beramai-ramai.

Kalau nak baca berita penuh dalam Harian Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Penari Poco-Poco kerana berkongsi info ini.

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran `mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.

Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.

Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.

Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.

Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.

“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.

Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.

“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.

“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya..

Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.

“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan..

“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya.

82 responses to Hati-Hati Makan Di Kedai Mamak, Bukan Semua Halal

  1. weiya says:

    1st lg ker

    0
    0
  2. K~UN says:

    lepas nih,masuk je kedai mamak,kena suruh setiap sorang mamak mengucap.baru boleh order makan..ye x?

    0
    0
  3. mayrien says:

    tu la..skang ni tanak makan mamak dahh..

    0
    0
  4. julya215 says:

    alamak…
    ak br je pas mkn mamak td…
    cane ni….

    0
    0
  5. izzahfarhana says:

    astaga.bahay betul.jom la kita msak sndiri je makan.sembelih sndiru .hee

    0
    0
  6. masO says:

    x suke mkn kdai mamak…
    snggup round thn prut lapar cri kdai lain
    drpd kdai mamak…

    x suke bau mknan mamak…

    0
    0
  7. Jojio says:

    Tu ler, lain kali makan kat umah jer…
    Cari bini yg rajin & pandai masak…

    0
    0
  8. pinkapplejuice says:

    mana geng2 (geng ke?) yg laen ni, xsyoklh korang xde kt cni esp. si pet… yg pot pet pot pet

    0
    0
  9. ammey says:

    tahniah JAKIM!
    rumusannya kna la bjr2 msk klu yg xtaw msk 2

    0
    0
  10. x bes r mkn kdai mamak….
    huhu…

    0
    0
  11. ladybird says:

    eee.. geli nak mkn kat kedai mamak. tgk bulu roma dia hilang selera, lum tgk bulu dada g. dgn peluh yg tpercik kat kuali.. uweekkkkkkkkkkkk

    0
    0
  12. nha says:

    eii gelilah makan kat mamak. hari tu family pegi makan kat mamak penang, dahla bg menu entah apa2, balik semua kena cirit-birit, muntah2.

    yg lagi satu mamak kat uda, jb, teruk gak. ade ke patut diorang dulukan org yg dtg lg lmbt? dahla lambat, mmg tak patut…. teruk betul servis.
    kalau ikutkan nak je cancel, tapi org lain punye, terpaksala tunggu lebih sejam. hrpkan pekerja je ramai. hish.

    mamak kat semua tempat, dari utara ke sltn same je. teruk. skrg dah tak gi dah kedai2 mamak. trauma dah.. huhuuhu..
    nak mkn roti canai baik tebar sendiri. lagi jimat.

    0
    0
    • ladybird says:

      bukan leh caye mamak ni. byk myamar jd org islam. biar aq lapar namum nak mkn kat kedai mamak sori lah

      0
      0
  13. weiya says:

    nak manja2 erk…senang2 panggil anja jer la…pak uda ngan mak uda…mana yg lain yer..umah sbelah pun ade brapa kerat jer..pet mana..aries tau la bz..

    0
    0
  14. NobiZuka says:

    Haha.. cian kt awekcun. mcm dah takde kdai melayu yang niaga makanan je kat malaysia ni. ayat ko tu da mcm iklan baru nescafe da. kesian.. kalaulah ko tau cmna cara dy masak kuah kari tu, eiii..

    0
    0
    • ladybird says:

      ntah2 dia yg buka kedai mamak 2 kot..ha.ha..ha 2yg bek pye promote

      0
      0
    • awekcun says:

      WEI JGN LA CM 2,CIAN KT AKU KNE HENTAM SORG2..
      HUHUHUHU…..
      MAKSD AKU RESTOREN LA..MSTI LA AKU PLH YG BERSIH…..

      0
      0
    • nyonya says:

      ko tau sgt ke? yg korang gi gerai tepi jln mmg ler kotor. gi ler tmpt yg standard. n kari lbih bersih bnding ngan blacan. taw ke tak?? kbnyakan blacana org cine yg proses tp mlayu jual. lu pk la sndirik

      0
      0
  15. azlan says:

    metro bg report mcm lps batuk kat tangga! bgtau la alamat restoran, baru la bole nak boikot!!!!

    0
    0
  16. fahnees says:

    sbb tu rakyat malaysia ni byk yg b’masalah (terutama org melayu),kerana sumber makanan yg tak bersih (tak tau halal haramnya).

    0
    0
    • awekcun says:

      MASALAHNYA PROBLEM…
      KO NIE…KLAU ORG ISLAM TAU TMPT TU XHALAL MSTI LA DIORG (ISLAM) XNK MKN KT TMPT TU…
      APELAAAA KO NIEEEE……

      0
      0
  17. DANISH says:

    LAIN KALI PERGI KEDAI MAMAK TANYA DIA ADA DAGING LEMBU TAK..KALAU ADA MUNKIN BOLE CAYA SEBAB TUHAN INDIA IALAH LEMBU DAN MEREKA TAK SANGGUP PERDAGANGKAN TUHAN MEREKA.ATAU PUN SURUH BACA FATIHAH.

    0
    0
  18. lanToK LeW says:

    aku lak sejak dok KL memang menu mamak tp halal laa….cuma…..mahal la….huhhuhu….

    0
    0
  19. kechik says:

    alaa….menda ni kan da lama… kebanyakan restoran mamak nih, tokey dia cina…

    0
    0
  20. Kak Long says:

    Jangan makan kat Pelita Nasi Kandar. owner pure hindu. Dato Ramesh. sila semakmkat laman web.

    0
    0
  21. Ada satu restoran kat seksyen 25 Shah ALam, sebelah BSN, nampak macam Mamak tapi sebenarnya Hindu, hati2.

    0
    0
  22. akuchey says:

    aku rasa ini salah kita jugak la taknak bukak kedai makan cam diorang.tak sedap pun tapi cepat dan senang dijumpai dimana-mana.so apa nak dikata aku sendiri dh lama dh tak makan nasi kandaq nih,kena darah tinggi ooo.

    0
    0
  23. sang naga says:

    Pau Ahmad pun bukan melayu punya…si mata sepet yang punya…saje pakai nama Ahmad untuk melariskan produk pau nya di Malaysia…kita dah kena taPAU…

    0
    0
    • GADISMELAYU says:

      MGKIN DIA MUALAF KOT???
      MELAMPAU AR KLAU CINA MATA TONCET GUNA NAMA MELAYU TUK LARISKAN PRODUK DIA..!!

      0
      0
  24. sifu says:

    kat tempat aku pun ada gak..nama je restoran mamak tapi staff dia betul2 punya india mari..

    0
    0
  25. Zaza Muhammad says:

    dah penah trima email psl ni dr member2 yg circulate…. eeiii bese sesgt aa dgr psl restoren mamak nih. sib baik le aku ni species x gemar mkn kari. ari tu bos aku blanje mkn kat kedai mamak, skali aku tatau nk mkn apa, seme lauk2 bkn selera aku, seme kari2 pedas2 berapi2… skali kena sound dek bos aku… oh i forgot how ‘mak saleh’ you are hehehehe..

    0
    0
  26. Geli Hati says:

    eeee harap2 Pegawai Agama buat pemeriksaan ke atas kedai2 mamak nih ataupun warung mamak di tepi jalan. Aku pernah juga ada orang tegur pasal rojak van bergerak tu pun ada yang bukan mamak tetapi india. Tolonglah perihatin tentang perkara halal dan haram ini. Ini boleh membuat orang2 Islam hatinya keras kerana makan makanan yang x halal.

    0
    0
  27. Geli Hati says:

    Korang jangan makan kat RESTORAN LOTUS sah2 mereka tu HINDU. Rumah Tuan Lotus kat Petaling Jaya siap buat pagar Gajah dan Bunga Lotus. Memang X HALAL.

    0
    0
  28. pizza says:

    Kebanyakan restoran mamak ni palsu ni, depa ada stand patung /gambar tuhan Hindu kat dapur, kt bahagian dalam nun.

    0
    0
  29. online.acoustica says:

    cara nak tarik orang. mamak palsu ni, akan ubah pekerja perempuan bertudung.
    dpt plak yang cun…majulah bisnes mamak nih!

    0
    0
  30. hidup kedai mamak says:

    woi minah2 gedik dan mamat2 jahil…korang yg x tahu bezakan mamak betul dan palsu….jgn dengki kedai mamak la…lu org busuk hati punya…mamak buka kedai msti maju la..hahahaha…

    0
    0
  31. Well, this was kind of boring but whatever.

    0
    0
  32. Zack says:

    Kalo x suker boycott je la kedai mamak…tak yah dok bising2 kat cni….korang yang kutuk2 nie yang ader kat mamak….

    0
    0