Written by serenity | March 28th, 2012

Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Timbalan Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi dikatakan telah mengusulkan untuk artis mendapat kuota khas rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kebenaran bagi artis bagi menggunakan kereta bercermin gelap.

Rakyat selaku pembayar cukai tidak bersetuju dengan usul-usul tersebut dan timbul pula isu apabila Zed Zaidi mendakwa mendapat bantahan, malah dia juga mendapat ancaman bunuh kerana mengusulkan perkara-perkara tersebut.

Namun pada satu sidang akhbar berkenaan isu video bogel Melia Aimiellia dengan sebuah blog gosip, Zed Zaidi menyalahkan pihak media kerana salah melapor usul-usul tersebut.

Menurutnya, usul memberi kuota khas kepada artis bernaung di bawah Seniman dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Mac lalu bukan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tetapi skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).

Isu cermin gelap dikatakan Zed bukan usul rasmi yang ingin diperkatakan, tetapi sekadar menjawab soalan wartawan secara lisan pada masa ditemu bual. Zed dengan lantang juga menjelaskan bukan cermin gelap yang diusulkan, tetapi cadangan menubuhkan skuad Rela untuk artis dalam Seniman.

Kenyataan Zed Zaidi menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi Presiden Seniman sendiri iaitu Harun Salim Bachik seolah-olah tidak ada peranan dalam menangani isu-isu yang timbul berkenaan persatuan tersebut. Ketika dihubungi Harian Metro, Harun Salim Bachik berkata:-

Memang tiada perbincangan menyeluruh mengenai isu yang dibangkitkan, sekadar saya mengetahuinya ketika mahu diadakan sidang media.

 

Saya sendiri pada masa itu sibuk dengan kerja, tetapi memandang ini adalah usaha baik dilakukan Biro Seniman Muda.

Sepatutnya Zed maklumkan pada saya mengenai isu ini dengan mendalam dan jika ada wartawan bertanya pada saya selepas sidang media, saya boleh menjawab dengan jelas.

 

Apa yang berlaku agak mengecewakan saya dan ia juga menjadi beban pada saya untuk menanganinya.

Sebolehnya, saya tidak mahu tindakan Zed memberi kenyataan menampakkan seolah dia ‘overshadow’ atau lebih menonjol daripada saya.

Sebagai membalas kenyataan Harun, Zed Zaidi mendakwa setiap kali mesyuarat atau perjumpaan antara ahli dan jawatankuasa persatuan diadakan, dia (Harun) tidak pernah datang atau tunjuk muka.

Saya faham, dia sangat sibuk dengan kerjaya seninya termasuk Maharaja Lawak Mega, Teater Cuci The Musical Last Kopek dan Lawak Spontan Astro, namun dia perlu bijak membahagi masa dalam persatuan dan kerjaya seni.

 

Saya kerap tampil membuat kenyataan di sidang media tanpa pembabitan Harun bukan untuk merebut jawatan presiden persatuan itu sebaliknya menggerakkan persatuan ke tahap lebih membanggakan.


Dah pulak.  Apa pun, melalui tinjauan kami, orang ramai berpendapat tidak matang apabila ada masalah, masing-masing hanya menujukan kenyataan melalui media. Pasti masing-masing ada nombor telefon bimbit dan boleh berhubung menggunakan telefon atau SMS untuk menangani isu ini. Rasanya ini hanya masalah dalaman dan boleh diselesaikan dengan mudah saja. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan di ruangan komen.

***

Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bakal dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Acara akan bermula seawal jam 7.00 pagi hingga jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah, Jalan tasik Off KM 4, Jalan Penampang, Kota Kinabalu.

Terdapat pelbagai acara menarik menanti anda bermula 31 Mac hingga 1 April seperti persembahan pentas, drum line, permainan tradisi, pertandingan gasing, pencungkilan bakat nyanyian dan tarian ’shuffle’, pertandingan gusti lengan serta banyak lagi. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 088 237052/057 atau 03 2052 3600 / 3702 / 3703 atau melayari www.jkkn.gov.my

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

56 responses to Harun Salim Bachik Tidak Mahu Zed Zaidi Lebih Menonjol Darinya, Zed Zaidi Kata Harun Tidak Pernah Tunjuk Muka

  1. Ak yg Comel says:

    dah2 jgn gila kuasa..masing2 buat jela tugas msing2..mcmne industri seni nk maju

    0

    0
    • Dahlia Teck says:

      lantak kome la…udah rupe org giler kuase..

      tapi tambahan ckit ye..
      tang cermin gelap tu zed zaidi,mimpi jelah ye…..
      ko rakyat malaysia,kami pun rakyat malaysia..
      ko nak cermin gelap,kami pun nak cermin gelap jgk..
      nak kata anak raja ke,banyak berjasa kat negara ke,x jugak..

      merapu2

      0

      0
      • Pengerusi Persatuan Underground Pengakap Berseluar Yankee Berjambul Di Dahi Kawasan Tibet Tengah says:

        takut niat nk m’gerakkan persatuan ke satu tahap yg m’banggakan bertukar m’jadi agenda peribadi yg b’kepentingan sendiri/kroni..memule mmg syok nk buat itu nk buat ini,bile dh dpt peruntukan,bimbang x disalurkan dgn cara yg betul..aku mushkil cemana zed ni leh dpt timbalan walhal sumbangan dia dlm industri seni kt mesia ni hapah pon tarak..ade ker?aper yer kriteria dia yg bagus yg melayakkan dia dpt timbalan..ermm..mushkil3x..

        0

        0
      • haaa says:

        macam artis holywood….macam playwood ada la

        0

        0
      • LALA says:

        cermin gelap tu konon mengelakkan daripada diekori peminat atau org jahat ke? serius, ntah2 org jahat tak tahu korang tu artis.

        0

        0
    • Selitone says:

      Rumus matematiknya agak mudah….

      Kata kuncinyer…. KOMUNIKASI

      Hairan… dalam dunia yang serba canggih sekarang pun, masalah komunikasi masih menjadi isu. Sepatutnya, ke-2 orang kuat persatuan ini tidak mengalami sebarang permasalahn komunikasi lagi.

      Di atas kertas… Zed perlu mengikut kemudi nakhoda yang telah dipersetujui oleh majoriti ahli. BAGI AKU, dalam mana-mana kesatuan pun perlu ada watak seorang ‘Jebat’ yang berhaluan kiri. Ini bagi membetulkan ketidakadilan dan kelemahan pimpinan oleh pihak pentadbiran tertinggi.

      Namun begitu, elakkanlah mengeluarkan kenyataan yang merendahkan moral kempimpinan daripada pengetahuan umum. Perkara sebegini, jika tidak dibendung akan menjadi seperti barah yang akhirnya merebak dan melumpuhkan organissi terbabit.

      Duduk dan berbincanglah sebaiknya… selesaikan permasalahan dalaman sendiri dengan sebijaknya. Itulah pentingnya Comunication Education…

      Hahahaaha….

      0

      0
      • pemudi berhaluan sayap kiri,kanan,depan dan belakang says:

        pergh !! rumus matemetik,haluan kiri lah,’Jebat’ lah,barah bagai,dh macam ospital lak..ape ko ingt ini parlimen ke???nak besyarah gi betanding PRU laaaa !!! hahahaha

        p/s : jgn maraa aa. :p

        0

        0
      • Opppsssss says:

        Hoi org dibawah…biarla Selitone nak bersyarah.suka aku klo Selitone komen, berisi,padat dan xmengarut.kuno betul lah otak ko kan..nak baca yang maki kutuk je.asal ckp yg berilmiah sikit ko suruh gi bersyarah kat parlimen.dh koko ok sgt!

        0

        0
      • lia says:

        btoi2..aku pun suke ble selitone g pendapat..cm bernas n kdg2 ade unsur nasihat + lawak..tbaekkkk!!!!

        0

        0
      • Kurus says:

        bagus selitone..
        satu lagi yang paling penting = IKHLAS

        0

        0
    • banyak ke aset persatuan industri seni? mesti la banyak kan. they make millions and millions per year. even when it comes to jidin sengal.

      0

      0
    • Pendekar Bujang Lapar says:

      aku nk tinted gelap gk!!!!!!.. xkire.. dorg dpt, aku pon mesti dpt..

      0

      0
    • silih ganti says:

      zed zaidi ni blom dpt kuasa..giler kuasa laa… sama mcm time mustafa maarof pegang presiden seniman dulu….sebok si harun salim bachik ni overshadow smpai mustafa maarof undur diri… skang dh dpt…ape jd? timbalannyer plak yg overshadow… sok2 zed zaidi dh dpt naik..kiter tngok saper lak yg overshadow… what goes around comes around…

      0

      0
    • Nenek nenek si bongkok 3 says:

      HSB tu pencen je lee skang pn dh start sibuk ngan kmpulan boboi dia bg jee keje2 psatuan tu pd artis2 yg dh x de job, diorang pn der gak anak bini nk bg mkn…

      0

      0
    • Hampeh says:

      kalau cmin gelap ni dluluskan..aku rasa time jem kat highway lalu keta cmin glap..smua pun da tau itu artis…apa lg? Time tu kita bocorkan tayar depa..mana adil…ktorg pun nak cermin gelap!! Puihhh

      0

      0
  2. adooiii….ape daa…

    0

    0
  3. kak pah says:

    wartawan yg sibuk interbu…. pastu salah lapor kt sokkabo..

    0

    0
  4. ntah pape says:

    msing2 dah tua bangka xkn la hal cmni pun nk kecoh2…di mana kematangan korang?

    0

    0
  5. jajadiba says:

    geramnyerrrrrrrrrrrrrrr…………pesal plak artis nk kna bg kebenarn utk ad pkai cermin gelap utk kereta….org biasa pon x dpt, ni nk bg artis, yg bknnyer taraf hollywood smpai pihak media nk kejar2…..poyo la artis malaysia ni….ngada2 je lbh, nk i2 la, nk ini la…..byk ag la owg len yg hdup lbh ssh….kalu usul ni dikeluarkn , sy BANTAH sekerasnyer…..

    0

    0
    • giler haper says:

      yang tak tahan siap mintak kuota utk PR1MA….hek eleh…kuota2 plak…ko saper? first come first serve laa…byk plak cengkadak nak kuota…lempang baru tau…

      0

      0
  6. noname says:

    mentaliti artis melayu .. x sekolah tinggi ..

    0

    0
  7. tak sebangka zamarul hisham jadi remaja kembali.

    0

    0
  8. nana rina says:

    ntah apa2 jek si zed zaidi nie..sibuk la nak usulkan cermin gelap..igt artis kat Malaysia nie mcm artis luar negara agak yer..g la balik sana jaga bini lg baik..dah la masuk nona mkn nasi bungkus jek..kesian..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    nak cermin gelap???? ingat org hadap sangat ke artis2 melayu ni weh…ko ingat ko anak raja ke zed zaidi oi..nak cermin gelap bagai..sila patuhi undang2 JPJ..ko rakyat malaysia kan? siot je..

    dua-dua ni mmg bengaps…memalukan diri sendiri je..POWER CORRUPTS mind and soul weh!

    0

    0
  10. mat saja says:

    nampak beno zed zaidi gile kuasa !!

    0

    0
  11. anti artis says:

    Artis malaysia ni mmg kurang cerdik…..masalah dalaman pun tak leh settle camnor nak perjuangkan nasib artis. Tak kemana la persatuan artis2x ni.sebab tu ahkak ziana kata tak der manfaat join persatuan artis ni!

    0

    0
  12. […] Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Timbalan Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi dikatakan telah mengusulkan untuk artis mendapat kuota khas rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kebenaran bagi artis bagi menggunakan kereta bercermin gelap. Rakyat selaku pembayar … Continue reading → […]

    0

    0
  13. meeradriana says:

    xmo gaduh²lah..
    ala tomey²..
    betullah kata zed zaidi ni kot hal ni jadi masa harun bz ngan aflin utk maharajalawak ritu kot??
    start tu boboi dah buat mcm² projek..
    but who knows..
    diorg bdua jelah yg tahu ek..

    0

    0
  14. mak long says:

    pada pandangan saya lebih baik pihak yang terlibat duduk semeja berbincang dan selesaikan isu yang berbangkit untuk kebaikan persatuan, buang yang keruh ambil yang jernih, baik sangka supaya kemelut ini tidak melarat menjadi duri dalam persatuan

    0

    0
  15. Career 2012 says:

    ini sume miss komunikesyen jer….

    0

    0
  16. me myself says:

    adoooii brp ratus ribu gaji presiden SENIMAN ni sampai nk bercakar-cakaran…aiyoo..artis2 ni semua nye suka bikin malu lah!ada je issue yg x relevan terjadik!choiiiiii

    0

    0
  17. kalau dh presiden aktif cari rezeki,,kene lah timbalan aktif kan persatuan. so apa masaalah disini..patutnyer berterima kasih lah ade timbalan yg sanggup meluangkan masa utk gerak kan persatuan..kalau dua2 sibuk ngn hal masing2 baik tak payah berpersatuan.

    0

    0
  18. miskazkiz says:

    kalau dh harun sibuk cari rezeki biarlah zed zaidi buat keje..apa nk bising2..patutnyer berterima kasih ade org yang sanggup luangkan masa hidupkan persatuan.

    0

    0
  19. fin says:

    Sekali Air Bah..Sekali Pasir Berubah..itu yg diharapkan namun..ia hanya pepatah..kerana selagi bergelar manusia tiada yg suka mengaku kalah..yang adanya salah menyalahkan…persatuan adalah tempat untuk bernaung bukan untuk tunjuk siapa yg ulung….sendiri fikir kerana pengalaman lalu harus diteladani bukan untuk dituruti…..

    0

    0
  20. lantakpilah says:

    ni persatuan ke politik? sikit2 guna media. sesama ajk pn nak gado ke… panggg!!!

    0

    0
  21. xxx says:

    alahai nie semua nie ada udang sebalik mee kot… adala kepentingan yg si zed nie nak sbb tu skrg nie beria dia buat mcm2 activity dgn org2 kuat UMNO… dah kamceng nanti senanglah bisness masuk berbillion:) dh ada dah cth2 artis2 yg mcm nie…. :) :)

    0

    0
  22. tok janggut says:

    mcm2 mintak kat kerajaan…mcm bagus jer artis sekarang nie…tu la masa duit ada byk berjoli sana joli sini…pastu bila dah tua x de rumah…baru nak mintak rumah dgn kerajaan…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    political issue.

    0

    0
  24. eeeeina says:

    klu dah teraju kepimpinan,sama2lah bertanggungjawab..soal tunjuk muka tu setakat buang air liur tpi xda gerak ape2 pun x guna gak..yg penting buat ape yg kuar dri mulut…klu nak ikutkan harun x tunjuk muka pun patut gak…coz memang bz bile tengok byk kuar tv nk dibandingkan ngan zed zaidi..dah lama x nmpk kt tv..sbb tu masa byk luang utk persatuan…ape yg penting…byk mana sumbangan kiter pd negara…bukan byk maner sumbangan negara pd kiter..

    0

    0
  25. Triple_j says:

    bodo gila, camna drp cadangan penubuhan RELA dlm artis boleh sampai “silap quote” oleh press menjadi kereta cermin gelap khas utk artis?Adakah sebegini?

    Press conference:
    Zed Zaidi: saya mencadangkan agar ditubuhkan pasukan RELA di kalangan artis. maybe ada uniform sendiri dan pakai cermin mata gelap hehehe (berseloroh).

    Wartawan: *tulis* Zed Zaidi cadangkan artis boleh pakai kereta cermin gelap…

    0

    0
  26. Kring Kong says:

    aku tak faham dengan zed zaidi nie?cermin tinted untuk artis..?mcm la byk paparazi kat malaysia nie..mintak kuota rumah PR1MA..abis mane duit hasil lakonan?ape jadi dgn duit tu..tulah artis malaysia, dapat duit ckit, beli kereta mewah..x nak nye pakai Myvi..pas tu x larat nak byr (contoh :zarina AF)..buat artis2 luar sana, dapat duit simpan buat belajar amik diploma ke degree ke..tambah ilmu di dada..jangan pandai menyalak minta simpati je..buat zed zaidi, walaupun kau pegang title hero drama sendu paling banyak episod dalam dunia (sembilu kasih/janji diana), tak bermakna kau tu best!!

    0

    0
  27. ok saja says:

    saya setuju usul zed zaidi….dia hanya memohon…bukannya tentu dapat pun…tentang suruh artis ambil diploma dan degree…manusia ni lain2..ada cara masing-masing nak hidup…..tak semestinya mesti ambil dip or degree…

    0

    0
  28. putri ^^ says:

    ape2 jela..susah klu owg gila kuasa ni..

    0

    0
  29. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    dh lah !!!!! asek nk gadoh2 je dorang ni ! adeeeeee je yg tk puas hati ! cuba mlayyu sama mlayu jangan gadoh ! kalau ye pn bawak berbincang mesti boleh setle punyeeeeeeee…….bang nara tolong setle kn dorang2 ni !! tolong tanye ape sebenar nye masaalah dorang ni ok ! pas tu repot kt minah jambu………minah jambu akan sedia menungguuuuuuuuuuuu lov uuuuuuuu………………………..

    0

    0
  30. […] dan kebenaran bagi artis bagi menggunakan kereta bercermin gelap. Rakyat selaku pembayar … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Bachik, Darinya, Harun, Kata, Lebih, Mahu, Menonjol, […]

    0

    0
  31. Bukan perminat Zed says:

    ngengade tol nk tinted itam plak… bajet Brad pitt ke org nk keja2?
    artis msia kalo berlakon kaku, nyanyi sumbang xyah ngengada sgt ok..
    Dato’ Siti pon xde buat permintaan cmni..dia glemer..rilek je..

    0

    0
  32. hanie says:

    Tak ade istilah overshadow….itu namenya prihatin dan bt kerja…..mungkin org yg berpelajaran banyak usul dan idea…..komen ikhlas walaupun daku orang hijau….:-)

    0

    0
  33. hanie says:

    Hah usul ceromin gelap…hampeh..

    0

    0
  34. pak najibs says:

    sy usulkan Pakatan rakyat menang..BN kalah…kiki

    0

    0
  35. long hussin says:

    Saya usulkan zed zaidi tubuhkan fan page…presiden seniman sila letak jawataan…..

    0

    0