Written by Bella | June 26th, 2015

Pelawak Harith Iskander telah membuat satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) susulan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memuat naik foto anaknya di sebuah laman web lucah berbahasa Melayu.

Laporan polis itu telah dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 10 pagi tadi. Bukan sahaja anak Harith yang menjadi mangsa, malah foto anak Tomok dan Erra Fazira turut digunakan oleh laman pornografi berkenaan yang berpengkalan di luar negara.

Jelas Harith, beliau tidak menyangka bahawa ada pihak cuba untuk mengambil kesempatan dengan melakukan perkara jijik ini sehingga beliau kini sudah merasa serik untuk memuat naik foto anaknya  ke mana-mana medium media sosial.

Apa yang terjadi tak membuatkan saya serik letak gambar anak di laman sosial cuma tak menjangka ada yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan perkara negatif seperti ini. Saya juga tidak boleh hidup untuk sentiasa melindungi anak sehingga mereka tak nampak dunia luar.

Walaubagaimanapun, beliau merasa syukur kerana kes tersebut mendapat liputan yang meluas juga perhatian beberapa pihak media.  Buat Harith, jenayah terhadap kanak-kanak tidak harus dipandang remeh apatah lagi wujud kes Pedofilia iaitu seseorang yang mempunyai keinginan seksual pada kanak-kanak dibawah umur.

Perkara seperti ini amat serius dan ia merupakan peringatan kepada semua untuk tidak memuat naik sebarang foto anda mahupn keluarga anda dengan sesuka hati kerana ia mungkin dimanfaatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sumber Berita : Berita Harian

 

2 responses to Harith Iskander Sudah Buat Laporan Polis Terhadap Laman Web Pornografi

  1. Anonymous says:

    good job mr. harith.
    biar pengendali web tu merengkok dlm penjara!

    0

    0
  2. mimi says:

    erkkk..masa bini amik gambo mcm prono tayang perut tu mcmana plk yer hareth

    0

    0