Written by serenity | June 25th, 2015

Pelakon pengacara dan pelawak Harith Iskander mendedahkan beliau akan membuat laporan polis berhubung penemuannya tentang gambar anaknya yang berusia tiga tahun telah dimuat naik oleh pihak bertanggungjawab di sebuah laman pornografi berbahasa melayu.

Menurut Astro Awani, Harith mendapat tahu mengenai perkara itu melalui notifikasi Google Alert dan dia merasa jijik dengan perbuatan itu:

Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.”

Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.

Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan.

Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti ‘porn’ dan ‘seks’. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia.

Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel.

Google Alert brought to my attention the fact that pictures of my son (and of me cradling my son) as well as numerous…

Posted by HARITH ISKANDER on Wednesday, 24 June 2015

Harith mendakwa tidak tahu apa niat mereka untuk membuatnya, sama ada mereka mahu menggunakan namanya untuk meningkatkan ‘pageviews’ atau ia mungkin ada unsur pedofilia. Tambahnya, isterinya juga jijik dan meluat dengan laman web berkenaan.

Mungkinkah selebriti perlu mengurangkan aktiviti memuat naik gambar anak ke laman sosial untuk mengelak ia disalahguna oleh pihak tertentu?

Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka.

Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain boleh membuat laman web yang lain. Ada sahaja orang yang sakit di luar sana.

Dalam era media sosial kini, bukan saja selebriti, malah orang awam juga gemar memuat naik gambar anak-anak ke Internet. Tiada cara spesifik untuk mengelakkan ia disalah gunakan oleh mereka yang berniat jahat. Diharap pihak berkuasa akan bertindak menyekat akses ke laman pornografi tersebut dengan segera.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Harith Iskander Jijik Temui Gambar Anaknya, Anak Erra Dan Tomok Di Laman Pornografi

  1. Anonymous says:

    teknologi semakin canggih semakin pintar menjadi kan sesetgh manusia semakin bodoh..

    0

    0
  2. aku says:

    sebab tu kalau boleh kurang2 kan laa letak gambar kt laman sosial… kalau budak kecik pun boleh kena apatah lagi org dewasa…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Orang dewasa kena takde hal sangat bai, kita boleh pandai2 handle. Masalahnya budak kecik yang takde dosa apa2 dijadikan bahan pemuas nafsu segelintir golongan sakit jiwa laknat mcm ni?? Kalau aku jumpa orang2 macam ni memang tanpa ragu2 aku kasi pecah muka dia!!!!

      0

      0
  3. Anonymous says:

    jahakkkkkkk

    0

    0
  4. Miss winny says:

    Mesti slalu tgk laman tersebut.. Skali jmpa pic anak.. Oops!!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    serenity..pihak tidak bertanggungjawab la…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Kasi rejam sampai mati semua pedophile. Golongan sakit jiwa yang paling laknat sekali!!!

    0

    0
  7. rose says:

    MARA pula cuba nak ekstradisi pedophile ke Malaysia.

    0

    0
  8. gambar anak profile di FB? says:

    Letak gambar anak sebagai gambar profile di FB? Fikir 19 kali!

    Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:

    Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.

    Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB – nama anak, nama sekolah dsb.

    Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya. Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:

    Budak perempuan: Umur 7 tahun
    Rambut Hitam, Mata Hitam
    Comel, $70,000

    Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang bakal melicinkan kerja jahatnya.

    Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah. Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile – gila seks dengan kanak-kanak) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, menangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.

    Hentikan terima dengan mudah orang yang tidak dikenali sebagai rakan fb.

    Hentikan letak info anak-anak anda dalam fb. Hentikan berikan terlalu banyak info yang orang lain tidak perlu tahu dalam profail fb anda.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Stop putting your kids photos on social network sites! Attention to all parents, especially retis who are so obsessed on their kids! You are allowing them to harm your children. You are opening the way for them to harm your children. Seriously, takde mane nye bagus letak pix anak dlm fb @ insta. CheTa ngan Scha, beringatlah sebelum terkena. Lg 1 anak atita haris. Stop putting your daughter’s photos on insta la Tita. Anak korang cute, betul. Takde sape nafikan. Tapi dgn keadaan dunia yg penuh dgn org yg pelik psycho skang, tlg la jaga keselamatan anak. Tita anak ko kadang pakai skirt pendek, baju dedah belakang, bahaya. Pedo ni tak pedulik. CheTa anak ko barang kemas seberat-berat alam. Tayang kat insta. Sudah-sudah la retis skalian. Ibu-ibu di dunia. Lindungilah keselamatan anakmu smua. Ikhlas dari Haha.

    0

    0
  10. AkuKecewaDiTinggalAwek says:

    Buat artis Kat luar Sana… Pleasela jgn post gmbar anak Kat social network k…kalau boleh gmbar Bini ke.gambar awek ke pun jangan nanti dikebas org…mcm aku ni…selalu post gmbar aku ngan awek aku Kat social network…last last awek aku dikebas org… Sebab cantik sangat.. Aku bukanla hensem sangat… Tp bolela….awek aku tinggalkan aku pasal Ada mamat ni nmpk dia Kat FB….tp takpe aku Cari lain…yg tak pandai FB…tunggu kepulangan aku Dari Dubai ya… Para gadis yg tak pandai FB. .kbai

    0

    0