Written by AbangNara | October 28th, 2014

Harith Iskander sememangnya pelawak kegemaran Abang Nara. Satu ketika dahulu Abang Nara pernah terserempak dengan Harith ketika sedang minum kopi. Dengan muka tak malunya, Abang Nara tarik kerusi di sebelah Harith dan terus menegurnya. Harith Iskander begitu ramah mesra orangnya. Harith Iskander melayan Abang Nara dengan begitu baik sekali, siap cerita asal-usul bagaimana dirinya boleh terjebak dalam bidang komedi. Memang jelas terserlah kesempoiannya.

harith iskander

Jadi apabila Abang Nara mengetahui yang Harith Iskander akan membuat satu persembahan komedi terbesar yang diberi nama “To know Malaysia is to LAUGH MALAYSIA”, memang amat teruja diri ini dibuat. Persembahan ini akan diadakan esok, 29 Oktober 2014. Tiket masih lagi dijual di www.airasiaredtix.com. Persembahan hebat Harith akan bermula jam 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil.

LAUGH MALAYSIA

Dengan pelbagai tragedi yang kurang baik melanda Malaysia sejak kebelakangan ini, sekurang-kurangnya dengan menghadiri LAUGH MALAYSIA ini akan dapat mengurangkan stress. Abang Nara berani jamin lawak Harith Iskander pasti akan membuatkan usus anda pecah (sila pastikan ada insurans). Harith juga bakal ditemani oleh 2 rakannya iaitu Jason Leong dan Papa CJ. Untuk makluman harga tiket untuk LAUGH MALAYSIA ini ialah RM 258, RM 158, RM 118, RM 78, dan RM 38.

LAUGH MALAYSIA

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan komedi hebat Harith Iskander esok (29 Oktober 2014). Beli tiket sekarang juga di www.airasiaredtix.com.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Harith Iskander Bakal Pecahkan Usus Anda Dalam “To know Malaysia is to LAUGH MALAYSIA” 29 Oktober

  1. minah jambu merah biru says:

    nyampah ngan wak doyok huh !

    0

    0
    • Yulanda says:

      lawak mamat ni too “dry” la. hanya mampu buat aku senyum je..ketawa tu susah lah. he is funny but not that funny. next?

      0

      0
    • Jojo says:

      tiket paling mahal rm 258 tiket???…mak aiii, berbaloi kah? tengok lawak johan lagi sedap.

      0

      0
  2. shhhh says:

    aku tak tahu apa yg kelakar sgt dia ni..

    0

    0
  3. jeni says:

    Lawak dia lawak urban…hanya geng2 yanb faham bahsa london saja yang layan…
    walaupun maharaja lawak nampak rural…tapi kaw punya lawak untuk cater semua umat moderate yang ada jati diri…..apeapepun…johan lagi lawak…lagi kayo.

    0

    0
    • urban k bkn uban says:

      Kalo cam 2 g buat lawak kat london le…baru dpt sambutan ramai…sbb org kat sini tk paham lawak urban….cabut uban pandai le!!jual pulak tiket cam nk buat umah banglo 4 tingkat….berbaloi kerrrrr untuk org yg bukan london g tgokkk!!

      0

      0
  4. poyos la says:

    harith ke??sori xprnh minat kat dia ni..lawak entah pape..kawen plk dgn minah sigh lagi byk terdedah sane sini elok la sgt tu ..blagak si botak ni kt fb xblh org kondem post dia mcm racis si botak ni..memang xminat trs..

    0

    0
  5. anon says:

    Lawak dia ni boleh tahan lah, nak kata pecah usus tu over pulak. Stand-up comedy yg artis2 US buat. Honestly aku lebih suka tengok US comedy series mcm Big Bang Theory, Seinfeld, Cheers, Threes’ Company, Everybody Loves Raymond, Rules of Engagement dll…
    Lagipun nak bayar tiket semahal tu, rasenya tak berbaloi. Bukan bintang hollywood pun..

    0

    0
  6. just me says:

    stand up comedy ni mmg la seronok, tapi kebanyakan lawak mereka ni diulang berkali kali..kalau ada pun cerita2 lawak terbaru, hanya satu dua aje..mana2 tempat saya pergi (tempoh lama) kalau ada stand up comedy rajin juga la sy pergi..kalau first time dengar mmg berbaloi..tapi kalau dah biasa dengar lawak that particular comedian, sy tak galakkan pergi..membazir..sbb lawak sama juga akan diulang2..they must have thought they perform before new audience every time..haiyaa..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    lawak, lawak jugak …jgn spai negara sendiri tergadai…jd bahan lawak…

    0

    0
  8. Tak minat harith dah says:

    Seriously arang yang speaking London kononnya pun dah muak dengan lawak Harith ni. Urban la habis… Banyak double meaning je sometimes. And bangak kutuk org. Whatever lah! Dulu memang selalu tengok standup dia tapi bila dah lama-lama dia reoeat lawak dia banyak sangat! Every show sama je lawak dia. Pfffttt
    Harith, jangan nak feeling diva sangat! Afdlin shauki tu buat jugak standup
    Comedy. Tapi tak repeat pun lawak dia.

    0

    0