Written by AbangNara | June 1st, 2011

Apa khabar semua hari ini? Ingat lagi tak dulu Abang Nara pernah cerita tentang pilihan raya susu Dutch Lady? Ala, yang ada 4 perisa baru tue. Takkan tak ingat kot? Kalau betul-betul tak ingat, apa kata korang refresh memori korang dengan melihat gambar calon-calon pilihan raya susu Dutch Lady kat bawah nie.

world milk day

Beria Abang Nara promotekan “Red Bean” sebagai calon yang paling layak memenangi pilihan raya ini. Bukan sahaja kat blog nie, kat Facebook dan Twitter pun beria Abang Nara minta korang undi “Red Bean” nie. Abang Nara memang berharapan tinggi yang “Red Bean” akan menang. Apatah lagi Kak Ziana Zain pun menyokong “Red Bean” nie.

world milk day

Akhirnya setelah 3 minggu undian dijalankan untuk menentukan perisa terbaru susu Dutch Lady, pemenangnya telah pun diketahui. Yang paling mengkagumkan, lebih daripada 200,000 undian telah diterima untuk tempoh masa yang amat singkat ini. Dan kalau korang tengok kat Facebook Dutch Lady, memang macam-macam cara pujuk rayu undi telah dilakukan untuk memastikan kemenangan perisa kegemaran masing-masing. Dan pemenang pilihan raya susu Dutch Lady ini ialah:-

world milk day

Perisa “Sweet Corn” yang disokong kuat oleh Faizal Tahir telah pun dinobatkan sebagai juara untuk perisa susu baru Dutch Lady yang baru. Harap-harap dengan penabalan ini, makin ramai rakyat Malaysia yang akan minum susu kerana khasiatnya yang sangat banyak. Makin ramai rakyat kita minum susu, makin mantaplah generasi rakyat Malaysia yang akan terbina. Bersempena dengan kemenangan ini, perisa “Sweet Corn” boleh didapati di pasaran bermula bulan Julai ini. Tapi korang kena cepat sebab ianya akan dikeluarkan sebagai limited edition sahaja.
Cuba korang tengok video sambutan kemenangan “Sweet Corn” ketika ditabalkan sebagai juara. Happening weh ~~ Jeles pulak Abang Nara dibuatnya sebab “Red Bean” kalah. Untuk pengetahuan, lebih daripada 2,000 manusia telah datang di hari pengumuman kemenangan ini. Paling membanggakan, pihak Dutch Lady telah mendermakan 20,000 kotak susu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia . Salute kepada pihak Dutch Lady yang prihatin.

Dan tahukah anda hari ini ialah Hari Susu Sedunia atau kalau dalam bahasa omputihnya “World Milk Day”. Walaupun tak ada cuti umum, World Milk Day diraikan di seluruh dunia pada setiap 1 Jun sejak tahun 2001 lagi untuk memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan meminum susu. Kewujudan World Milk Day telah ditetapkan oleh United Nations of Food and Agriculture Organisation dan ianya diraikan di di kesemua 5 benua di dunia ini. Jadi bersempena dengan “World Milk Day” ini, Dutch Lady akan berada di tempat-tempat di bawah untuk memberikan anda peluang mencuba perisa “Sweet Corn” yang telah memenangi pilihanraya susu Dutch lady.

world milk day

Mesti ramai yang tak tahu bahawa susu ialah antara makanan yang mempunyai vitamin dan zat-zat mineral terlengkap yang diperlukan oleh badan kita. Sebab itulah pakar-pakar makanan menasihatkan kita semua untuk meminum sekurang-kurangnya 2 gelas susu setiap hari Jadi sempena dengan World Milk Day ini, Abang Nara nak ajak kita semua minum susu beramai-ramai untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan otak yang cerdas. . Bak kata omputih sekali lagi, bila anda “Drink More, You Can Do More”.

world milk day

Tahukah anda beberapa khasiat susu terutamanya susu Dutch Lady UHT memang sangat-sangat berguna bukan sahaja untuk perkembangan kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa seperti kita ini? Selain daripada merangsang pertumbuhan sel otak kanak-kanak, susu Dutch Lady UHT juga membantu menguatkan tulang-tulang di dalam badan kita ini. So tak perlu risau penyakit lenguh-lenguh ataupun sakit-sakit sendi tulang. Semuanya dijamin beres dengan syarat anda meminum susu Dutch Lady UHT 2 kali sehari.

world milk day

Jadi bersempena dengan kemenangan perisa “Sweet Corn” di dalam pilihan raya susu Dutch Lady yang telah berakhir Ahad lalu, anda boleh mencuba perisa terbaru ini dengan mengejar radio-radio cruisers dari Sinar, Era, My, Hitz dan Mix FM setiap hari. So masa balik kerja tue jangan lupa dengar radio untuk mendapatkan peluang mencuba susu baru pilihan rakyat Malaysia. Paling penting, ingatlah pesanan Abang Nara, “Drink More, You Can Do More”. Abang Nara pun tengah segar dan terasa boleh berblog sepanjang hari sebab baru lepas minum susu Dutch Lady.

Like Facebook Dutch Lady untuk info lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Hari Ini Ialah World Milk Day, Jom Minum Susu Beramai-Ramai

  1. alamak abg nara citer psl susu ke..? hurghhhsayer snarnye mmg sayer x suke susu tapy mk suroh jd terpakse lh….abg nara dulu mmg suke susu ke..?
    knp..? abg nara kalu ade twitter abg nara bleh follow sayer nm twitter saya MiraDonghaeSuJu jd kiter same same follow la yekk..?

    0

    0
  2. cik ayin says:

    faizal tahir jugak akhirnya..yeahh… :)

    0

    0
  3. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eeeeeeee minah jambu tk boleh minom susu lah !! nanti minah jambu nye perot sakit …pas tu minah jambu akan mengalami berak barakkkkkkkkkk !!!! ape2 susu pn minah jambu tk leh minom……….cuma satu susu je minah jambu leh minom ia itu susu F&N sebab minah jambu kalau buat kopi minah jambu tarok susu F&N elehhhhhhhh murah ajeeeeeeeeee he..he..he……..

    0

    0
    • laila says:

      patutlah nampak macam lembap. tak suka minum susu rupanya, minum susu pekat manis je? kampung

      0

      0
  4. xoxo says:

    Nak share dgn sume..those yg nk diet pls jgn mnum any susu, dairy product lah yg mengemukkan..amik kalsium tablet utk replace susu..sharing is caring.

    0

    0
    • mak bedah says:

      rasanye yoghurt better kot sbb
      1st calcium die cm susu tp lg sng tulang absorb
      2nd beli yg low fat so xde la mengemukkan
      3rd yoghurt ada bacteria yg ble jaga kesihatan perut
      4th aritu bc kt internet bacteria dlm yoghurt ble halang fat absorbtion kat small intestine…..
      5th sodap pon sodap..ada rasa buah2an….

      sharing is caring……

      0

      0
  5. Kutek says:

    apa la Dutch Lady nih…celebrate Hari Susu Sedunia kat bandar2 jer. Abis, orang2 kg cam den nih ha..camner?? pilih kasih betul!! orang bandar jer ke pandai minum susu?? Kita orang kg minum susu kambing tau…lagi best!! lebih baik dari susu lembu Dutch LAdy tu.
    Produk tempatan…yang penting HALAL dan susu kambing kegemaran Nabi Muhammad SAW.

    0

    0
  6. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    kampong pn kampong lah ! dh minah jambu tk suka minom susu nk buat cmana……

    0

    0
  7. mulut capoi says:

    SUSU MINUMAN PALING BAIK UNTUK KITA,SEMASA BAYI,KANAK2,DEWASA,TUA,SEMASA SAKIT.TAPI KITA MESTI BIJAK MEMILIHJANGAN BILA PROMOSI SUSU KITA DAH TAKSUB …IIIIIKUT TANPA SELIDIK DAN BEZAKAN SESUAI ATAU TIDAK,AWASSSS DAH LUPA KE DULU ,SUSU YG. TERCEMAR….ENTAH DARI NEGARA MANA BAYI MAUT..AKIBAT SUSU.SUSU MENTAH KENA MASAK DULU TAKUT TERCEMAR DGN. BAKTERIA…BINATANG PUN ADA T.B.(TUBERCULOSIS BACILLI).KENA BACA N TENGOK DULU IA DIBUAT DARI SUMBER MANA.BIAR CEREWET XAPA JANJI SELAMAT.SUSU PEKAT MANIS X ADA ZAT HANYA GULA SAJA, BAHAYA UNTUK ORG. DIABETIS.PILIHLAH SUSU KURANG LEMAK TAPI TINGGI PROTEIN DAN KALSIUM.TAMBAH SEKARANG NI BANYAK JENAMA2 DIPASARAN….AWAS….

    0

    0
  8. susu ibu lagi baik.makanan seimbang untuk bayi.kalau sakit mata ambil 2-3 titik bubuh dlm mata..pasti sembuh.susu tepong lebih baik dari susu pekat manis. tapi mak aku dulu bagi susu cap junjung ….susu pekat manis..sihat pun …masa sekolah pandai pun .

    0

    0