Written by Bella | September 3rd, 2015

Sudah menjalinkan hubungan cinta bertahun lamanya, Akim Ahmad menghargai pengorbanan Stacy untuk memeluk Islam dan beliau  sama sekali tidak akan mengabaikan kekasihnya itu meskipun keputusan Stacy memeluk Islam bukan untuk beliau. Jelas Akim, beliau diberi kekuatan untuk tidak mudah tergoda dengan wanita lain.

Walaupun saya tahu pengorbanan yang dibuat bukan untuk saya, tetapi saya menganggap kesanggupannya memeluk agama Islam ada kaitan dengan saya. Pengorbanan itu akan mengingatkan dan melarikan pandangan saya terhadap wanita-wanita cantik (yang berada di sekelilingnya).

Nak cakap tentang jaminan saya kepadanya, saya tak berani kerana saya hanyalah manusia biasa.

Sudah lama mendengar berita mereka bakal berkahwin, Akim bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Buat masa ini, Akim mahu memberi Stacy masa dan ruang agar beliau dapat mendalami Islam dengan lebih baik.

Malah, untuk memberikan semangat buat Stacy, Akim pernah datang ke rumah beliau dan sama-sama mendirikan solat.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam,  memeluk Islam pada Pada 24 Ogos lalu di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor. Penyanyi tersebut ditemani oleh ibu bapanya serta ibu bapa Akim ketika melafazkan syahadah.

Sumber Berita: mStar Online

27 responses to Hargai Pengorbanan Stacy: Akim Tutup Pintu Hati Untuk Wanita Lain

  1. Lovelyvic says:

    Betul tu Akim…. aku sokong
    Yang penting statement kita harus berpada…
    Jangan eksyen pukul canang beriya2…
    Sebab yang riak dan takbur… janji mcm2 tu…
    Selalunya ujiannya lebih sikit… dan biasanya laki tu kalah dengan ujian tu.

    Moga kowang berdua bahagia.

    0

    0
    • Anonymous says:

      klu jodoh tak kemane..
      klu takde jodoh maknanya hanya ade pertemuan.
      klu tak kawen pn takpe, besar dah tugas bawak org masuk Islam.

      0

      0
    • sobena says:

      setakat ni, aku mmg suka dgr komen2 akim berkenaan hubungan dia dgn stacy..selalu je dia bgi komen yg merendah diri..kalau aku jdi stacy, terharu jgklah…hihihhi…

      0

      0
  2. MERAH JINGGA says:

    Sah masuk islam sbb nakkan Akim..

    0

    0
    • Mak Jemah says:

      Merah Jingga
      patut ko lbh besyukur sb bertambah umat Muhammad.
      Hidayah dtg dr mcm2 bentuk termasuk bercinta ngan pasangan islam.
      so pas ni harap2 Ummu kekal istiqamah utk mengenal islam lbh dalam bersama akim…AMIN!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Habis? Apa masalah ngko?

      Tak kiralah apa pun alasan… asalkan dia sanggup menukar agamanya itu kita puji. So, sekarang ni wajib kita membantu dia untuk beliau terus kekal sebagai sorang Islam dan mengamalkan cara hidup seorang Islam.

      Bukan dengan cara sinis macam ngko, merah jingga. Perangai sinikal dengan keputusan orang. Lantak ler sebab kekasih atau apapun. Jumud punya orang…!!!

      0

      0
    • minah jambu says:

      memang betol tk salah lagi !! minah jambu stuju ngan kate2 kau tu..kalau dia tknk Akim tkan dia nk masuk islam tol tak..pasal dia tau si Akim ni dh tergila2 kn dia sangat sampai dh tak mau lagi tengok pompan2 cantek n pintu hati dia dh tertutup untok minah lain emmmmm ye ke tu hehe..jangan skarang aje cakap macm tu..tengok la nanti bila Akim dh kawin aje ngan si stacy teros Akim dh tk boleh nyanyi n belakoin lagi jeles la kate kannn tk gitu stacy ? huhu cian si Akim kenape la kau jadi macm ni..

      0

      0
  3. Anonymous says:

    alhamdulillah,aku lagi suka pasangan akim dan stacy dari pasangan nora dan nazri,mengabihkan boreh je.

    0

    0
  4. redantz says:

    cantek stacey nih.

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    suka baca statment akim,x berlagak mcm org hangat bercinta..x d kehulur hilir tunjuk ngan smua org,semoga korang mencapai ape yg diimpikan

    0

    0
  6. Anonymous says:

    bagus tu akim..aku sokong..x kesah le stacy masuk islm sb akim ke ap..janji niat dia baik..ad retis tu suka bercinta ngan retis melayu tpi x masuk2 islam gak ( mcm han isac tu )..

    0

    0
  7. aku says:

    wah, bagus betul akim ni. aku xexpect dia se mature ni
    dieorg kapel xcanang semalaysia (instag,twitter etc), mngaku kapel dgn sempoi, stacy masuk islam senyap2, xmelalak ckp gerenti kawin, cinta yg satu selamanya bla bla

    bagus3
    harap dieorg last together

    0

    0
    • Mimi says:

      Bila yang muda lagi matured dari janda/duda in their 30’s.
      Stacy Akim vs Nora Nedim

      Malu weh Nora, boyfriend kaya anak vip bagi hadiah mewah, melancong sana sini, usung you sana sini, tapi tak mampu nak ambil you jadi isteri yang sah, mungkin Nedim tunggu program Kahwin Free tu kot

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Alhamdulillah.Pahala buat Akim kerana berjaya menambah umat Muhammad

    0

    0
    • minah jambu says:

      ye la itu pon kalau Akim suruh stacy ni tutop aurat n bertudung n kasi ajaran ugama yg secukup nye…kalau maseh nk melonjak2 kt pentas pakai pakaian yg pendek2 ketat2 pahala ape yg Akim dapat ????

      0

      0
      • Anonymous says:

        yang islam dari lahir pun ramai yg perangai tak senonoh.. jgn nk expect stacy tetiba jadi ustazah terus.. biar la dia pelan2 kayuh.. sbb org mcm minah jambu ni la agama lain paling serong dgn agama islam..

        0

        0
  9. Atu says:

    Adakah ini satu pengorbanan bagi stacy utk hakem atau ini satu keiklasan mencari kebenaran utk stacy sendiri kerana Allah?

    0

    0
    • MERAH JINGGA says:

      itu maksud aq sebenarnye..

      0

      0
    • che ton says:

      stacy mencari kebenaran 3thn lamanya (selama dorg ni couple) dan bila telah yakin dgn kebenaran itu, dia memeluk Islam ikhlas kerana Allah yg dianggap oleh Akim suatu pengorbanan buatnya juga… yg penting, klw stacy ni mmg nk masuk islam sbb akim je, dh lme dh dia masuk islam… dia pn bru brapa thn masuk kristian.. xbaca artikel sblm ni ke?

      0

      0
  10. Maisarah says:

    Alhamdullilah..pembaca BN dalam ni takyah duk pertikai niat Stacey masuk Islam..senang ja sebagai orang Islam kita percaya hidayah Allah sampai kepada dia..buat la macam mana pun kalau hidayah tak sampai dan Allah tak buka hati dia..tak berhijrah juga seseorang tu ke dalam agama Islam…Insya Allah semoga Allah menrahmati pasangan ini dengan pernikahan..

    0

    0
  11. cik tata says:

    Semoga stacy di beri hidayah dan terus istiqamah. Dan untuk kita, semoga kita pun diberi petunjuk dan hidayah supaya boleh jadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam.

    0

    0
  12. zara says:

    aku suka cara akim untuk mendekati stacy ni.. ialah pasangan ni i tgk x juga riak bagai yg tunjuk kan drg ni tengah bahagia bercinta.. tak macam pasangan lain. i like akim ni.. verry humble…also stacy juga dia x tunjuk yang dia ni tengah hangat bercinta..walupun hati tengah berbunga2 sekarang. apapun semoga hubungan mereka berjaya hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga akhir hayat..

    0

    0
  13. zaza says:

    xpe stacy, menarilah atas pentas mcm sehebat dulu. sbb itulah bakat sebenar ko. jgn kuburkan bakat ko hanya disebabkan sentimen “perempuan bertudung tk boleh terkinja kinja atas pentas”. itu statement lapuk. i ttp nak stacy yg hebat atas pentas mcm dulu.

    0

    0