Written by AbangNara | June 14th, 2017

Terkejut beruk Abang Nara apabila mengetahui yang COURTS Malaysia kini sedang menawarkan kempen “Harga Rendah Hari-Hari” yang dijalankan setiap hari dengan tawaran barangan keperluan kediaman serendah RM28 sahaja bersempena ulang tahun ke-30 mereka. Kempen ini adalah satu peluang keemasan untuk kita semua memiliki barangan keperluan kediaman yang diidam-idamkan selama ini pada harga mampu milik. Dengan adanya Jaminan Harga COURTS, Jaminan Harga Terendah adalah komitmen COURTS Malaysia untuk pelanggan. Pelanggan boleh mendapatkan pulangan 3 kali ganda bezanya sekira mendapati ada harga yang lebih rendah dalam tempoh 30 hari

6

Ini adalah masa dan peluang terbaik untuk melengkapkan barangan keperluan rumah kita. Sebanyak 69 cawangan COURTS di seluruh Malaysia menjayakan kempen “harga rendah hari-hari”ini bagi memastikan semua orang dapat menikmatinya. Antara ke”awesome”an dan kelebihan kempen “Harga Rendah Hari-Hari’ ini ialah:-

1. Tiada had masa
Nak beli hari ini pun boleh, esok pun tak ada masalah, lusa pun ok, lepas raya pun boleh beli sebab kempen ini berjalan sepanjang tahun. Bila rasa teringin nak berjimat-cermat tu, boleh datang terus ke COURTS Malaysia pada bila-bila masa.

2. Tiada had stok
Apa yang best tentang kempen “Harga Rendah Hari-Hari” ini ialah sekiranya produk di dalam kempen ini kehabisan stok, pihak COURTS Malaysia akan menawarkan produk sama daripada jenama lain, namun masih mengekalkan harga yang sama

3. Tiada had kuantiti
Dah la murah, boleh pulak beli banyak-banyak pulak tu. Memang sesuai sangat kalau nak beli untuk dijadikan cenderahati sempena kahwin ke, house warming ke kelak. Berbaloi-baloi!

4. Tiada pembelian minimum
Kali ini, untuk kempen ini COURTS Malaysia tidak memerlukan pembelian minimum untuk produk tersenarai. contohnya pembelian dengan pembelian PWP Kalau tertulis periuk nasi harga RM28, maka RM28 lah anda kena bayar. Tak perlu nak kena beli peti ais pada harga RM1000 terlebih dahulu, baru boleh beli periuk nasi pada harga RM28. Di COURTS Malaysia, anda bayar RM28, anda dapat periuk nasi. Mudah dan tiada sebarang kekeliruan.

5. Tiada gimik
No gimik, no confusing. What you see is what you pay. Amboi ambil kau terus speaking English Abang Nara. Memang terbaik kempen “Harga Rendah Hari-Hari” dari COURTS Malaysia ini.

Antara barangan keperluan rumah yang ditawarkan oleh COURTS Malaysia bermula dengan harga serendah RM28 ialah:-
1. Cerek (RM28)

1

2. Seterika wap (RM30)

2

3. Dapur gas (RM38)

3

4. Periuk nasi (RM58)

4

5. Mesin basuh automatik (RM559)

5

Abang Nara dah buat kira-kira. Kalau anda beli keenam-enam barangan keperluan rumah di atas, jumlahnya tak sampai RM1,000 pun. Memang jimat sangat-sangat nie. Boleh lah cari sofa baru, tukar langsir baru, ushar tv yang lagi besar dan juga aircond yang lebih berkuasa. Semua yang Abang nara sebut ini boleh didapati di COURTS Malaysia dengan harga yang amat berpatutan sekali.

6

Untuk makluman, barangan untuk kempen “Harga Rendah Hari-Hari” COURTS ini akan dibuat penilaian semula senarai harga dan produk yang ditawarkan dalam tempoh tiga bulan bagi memberi kelainan dan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Malah sekiranya kehabisan stok, pihak COURTS akan menawarkan produk sama daripada jenama lain, namun masih mengekalkan harga yang sama. Memang COURTS mengamalkan prinsip “memuaskan hati pelanggan” menerusi kempen ini.

Untuk senarai penuh produk yang ditawarkan di bawah kempen ini, anda boleh melayari laman sesawang, www.courts.com.my untuk maklumat lanjut. Silalah bersegera ke cawangan COURTS berhampiran anda sebelum terlewat. Selamat membeli belah.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Comment

Optional