Harga Minyak Naik, Fizo Omar & Tauke Jambu Beri Pendapat

Hiburan

Harga Minyak Naik, Fizo Omar & Tauke Jambu Beri Pendapat

Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel bermula hari ini sebanyak 20 sen telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia. Di akaun sosial Abang Nara, kebanyakan rakan-rakan melahirkan rasa kecewa, marah dan tertekan dengan kenaikan ini. Iyerlah, kesan kenaikan harga minyak bukan pada jumlah yang berlu dibayar ketika mengisi bahan api tersebut ke dalam kenderaan kita, tetapi turut sama memberi impak kepada harga barangan harian.

fizo omar

Advertisement

Secara peribadi, Abang Nara hanya akan bersetuju dengan kenaikan harga minyak sekiranya infrastruktur pengangkutan awam membolehkan rakyat Malaysia untuk pergi ke mana-mana dengan selesa. Tak adalah nak naik komuter/LRT/STAR pun kena pandu kereta ke stesen yang jaraknya 30 minit dari rumah kita. Apa pun, Abang Nara tertarik dengan pandangan Fizo Omar dan Tauke Jambu mengenai kenaikan harga minyak kali ini.

fizo omar

Seperti yang anda boleh baca, Fizo Omar mengajak rakyat Malaysia untuk menjadi lebih kreatif mencari rezeki agar kenaikan ini tidak membebankan. Untuk makluman, pendapat yang dikongsi di Instagram ini telah pun dibuang oleh Fizo selepas mendapat reaksi negatif daripada para pengikutnya. Ramai yang tidak berpuas hati dengan pendapat yang diluahkan oleh Fizo. Ramai yang mempersoalkan nak gigih dan kuat bekerja sampai ke tahap mana lagi. Satu persoalan yang wajar bagi pendapat Abang Nara.

fizo omar

Sementara Tauke Jambu pula memberikan pendapat yang lebih dekat dengan mereka yang berpendapatan sederhana dan ke bawah. Abang Nara setuju dengan pendapat Tauke mengenai harga barang akan turut naik apabila harga minyak naik. Kadangkala sampai tak masuk akal. Minyak naik 20 sen tapi teh tarik dan nasik lemak naik sampai 50 sen. Macam letak minyak pulak dalam makanan dan minuman. Hehehe.

Apa pendapat anda mengenai kenaikan harga minyak kali ini? Apa yang boleh kita lakukan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Mana tahu ada idea bernas yang boleh kita jalankan bersama-sama.

[flowplayer id=”29706″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...