Written by AbangNara | November 21st, 2016

Penerbangan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Air Asia. Harga tiket Air Asia memang tersangatlah murah. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain, memang bagai langit dan bumi. Kalau Abang Nara nak travel pergi ke dalam dan luar negara, memang first website yang akan dibuka untuk cari tiket ialah www.airasia.com. Tak bukak dah website lain.

1

honeymoon di Korea dulu pun terbang naik Air Asia

Ketika membuat tempahan tiket Air Asia, satu perkara yang tak akan Abang Nara “miss” ialah menempah makanannya. Makanan kegemaran Abang Nara ialah Nasi Lemak Pak Nasser. Pergh. Dia punya sambal, memang kena dengan jiwa ini.

2

selalu Abang Nara akan order 2 nasi lemak Pak Nasser nie. Satu tak cukup. Hehehe

Selain itu ada juga signature dishes Air Asia yang tak kurang sedapnya seperti Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan Roasted Chicken dengan Sos Krim. Semuanya memang menjilat jari.

3

4

Dan baru-baru ini,, seperti yang kita ketahui, harga minyak masak di Malaysia telah naik sehingga menyebabkan orang ramai stress. Iyerlah, bila minyak masak jadi mahal, harga makanan pun confirm akan naik. Nak goreng nasi kena pakai minyak, goreng ayam confirm pakai minyak dan sudah tentu masak sambal nasik lemak pun pakai minyak. Abang Nara ingatkan harga makanan di Air Asia pun pasti akan naik sejajar dengan kenaikan harga minyak masak, tapi ternyata Abang Nara SILAP.

Air Asia yang sentiasa penuh dengan kejutan kembali mengejutkan semua penumpangnya apabila telah menurunkan lagi harga makanan pre-booknya bermula 3 November lalu. Contohnya harga Nasi Lemak Pak Nasser kegemaran Abang Nara dari RM12 kini cuma RM10 sahaja untuk flight penerbangan AK. Harga makanan lain seperti Kamal Mee Goreng Mamak, satay ayam, nasi ayam, nasi briyani ayam dan banyak lagi kesemuanya pun turut sama diturunkan. . Korang boleh refer table kat bawah ini untuk mengetahui harga terbaru makanan pre-book Air Asia yang telah dimurahkan.

5

Antara sebab-sebab Abang Nara tak pernah untuk pre-book makanan setiap kali menaiki Air Asia ialah:-

1. Confirm dapat makanan
Kalau tak buat pre-book dan bila dah ada atas kapal terbang baru nak order, kemungkinan untuk makanan habis amatlah tinggi. Takkan nak berlapar sepanjang flight kan? Memang stress jadinya kalau lapar atas kapal terbang. Jadi pre-book meal adalah bersamaan dengan guaranteed meal. Guaranteed meal pula bersamaan dengan perut kenyang suka hati sepanjang flight. Hehehe.

2. Pilihan makanan yang lebih banyak
Jumlah pilihan makanan yang ada apabila kita pre-book makanan ialah 15. Tapi kalau kita nak order bila dah ada atas kapal terbang, cuma ada 10 pilihan je. Jangan buat-buat terkejut pulak kalau makanan feveret korang tak ada bila tak buat pre-book.

3. Harga yang lebih murah dan juga value for money
Seperti yang Abang Nara cakap tadi, kalau kita pre-book meal, kita boleh lakukan penjimatan sebanyak RM5 untuk setiap makanan yang ditempah. Selain itu, kita juga ada pilihan untuk memilih jenis minuman yang kita mahu. Kalau dulu bila pre-book makanan, kita akan dapat diberikan mineral water sahaja. Namun kini, dah ada pilihan dah. Kita boleh pilih sama ada mahu mineral water, kopi (untuk penerbangan 90 minit ke atas) atau pun air berkarbonat. Terbaik!!!

4. Priority serving
Ini yang paling Abang Nara suka apabila pre-book terlebih dahulu bersama Air Asia. Kita akan dapat makanan lebih awal berbanding mereka yang tak pre-book. Kita dah kekenyangan habis makan barulah diorang yang tak pre-book nie dapat buat order. Tak ke sedih? SIlalah pre-book agar air liur kita tidak meleleh melihat penumpang sebelah menjamu selera dengan begitu enaknya.

6Walaupun harga telah dimurahkan, Abang Nara tetap yakin dengan kualiti makanan yang disediakan oleh Air Asia. Kualiti confirm tip-top dan terbaik punya. Mana taknya, Air Asia baru sahaja mendapat anugerah Asia’s Leading Inflight Service 2016 from World Travel Awards & Catering Innovation of The Year 2016 daripada Onboard Hospitality Award. Kalau dalam bahasa Melayu mudahnya, anugerah makanan paling best untuk syarikat penerbangan. Secara jujur dan ikhlas, setiap kali Abang Nara naik Air Asia, memang tak pernah kecewa dengan mutu makanan yang disediakan oleh mereka. Memang sampai menjilat sudu.

Sekali lagi diingatkan, harga baru yang LEBIH MURAH ini telah pun bermula sejak 3 November lalu untuk kesemua penerbangan Air Asia. Syaratnya korang kena prebook terlebih dahulu. Kalau atas kapal terbang baru nak beli, harga tetap sama dengan sebelum ini. Nasihat Abang Nara, masa beli tiket tue, belilah makanan sekali. Confirm lapar punya atas kapal terbang.Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

Selamat terbang dan selamat makan di dalam penerbangan Air Asia anda.



TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Harga Minyak Masak Naik & Apa Yang Air Asia Lakukan Terhadap Harga Makanan Mereka Pasti Akan Mengejutkan Anda

  1. Ray ensem says:

    SODAP

    0

    3
    • T says:

      Please la bangnara pe yg sedapye nasi lemak air asia tu..lg sedap nasi lemak sigit daun pisang tepi jalan

      23

      0
  2. Karipule says:

    Tom yam btul nara ni!! Mencurah2 air liur aku tgk makanan ni. Dorang ada restoran tak? Kat mana tlg habaq mai sat

    2

    3
  3. Anonymous says:

    minta maaf…..makanan dalam penerbangan air asia tak sedap pada saya.

    13

    0
  4. ain says:

    aku perut sebu pas mkn nasi lemak tu. adei.nak try pny pasal.hahaha.agaknya perut x tahn dgn kanji tu.

    3

    0
  5. Riff says:

    X pyh nk kencing meleleh sgt ckp airasia murah compare with other airliners. Kot ye pn nak kipas x perlu puji melangit geli aku dengar.

    10

    0
  6. pemerhati bebas says:

    mahal la….ko nk buat iklan puji la melangit…ntah2 ko dpt free je nasi lemak tu…bukan kuar duit pun…bongok

    7

    0
  7. AKU says:

    blogger ni kalu nak benda free, puji melambung2. kalu bole jilat nak jilat janji nanti dapat la free or diskaun sebab promote dalam blog dorang. harga turun, kuantiti maintain ke? kalau nak kata sedap, tak la sedap mana pun, setakat bole makan jer la

    4

    0
  8. joshua says:

    nasi lemak pak nasser takde la sedap mana. kamal mee goreng mamak tu baru sedap.

    5

    0
  9. Pakcik says:

    Hobi pakcik suka kacau anak dara orang

    0

    0
  10. kak mah kebabom says:

    Kakmah naik minyak betul harga minyak naik..pas ni dgr citer letrek pun nk naik

    1

    0
  11. makdara says:

    baik ambik nasi lemak antarabangsa buh dlm air asia. baru org teruja nk mkn. ni pak nasser mana ni. laki anak buah kepada jiran tony ke

    0

    0
  12. Jamil Jamong says:

    “Antara sebab-sebab Abang Nara tak pernah untuk pre-book makanan setiap kali menaiki Air Asia ialah”

    So takyah prebook ke cmn?

    0

    0
  13. sitisydney says:

    Hi Nara buatlah post pasal gol Mohd Faiz Subri. Suruh satu Malaysia vote di Fifa puska. Dia satunya wakil Asia tercalon. Dan jgn lupa viralkan dlm bahasa korea ok. Gol dia cantik ada chance menang tapi dia tak popular kalau org Asia tak vote ,Messi or Neymar yang menang nanti. Pls Nara.

    1

    0
    • sitisydney says:

      DATUK CHONG WEI KITA TAK BOLEH Tolong menangkan gold Olympic tapi Faiz Subri BOLEH MENANG kalau kita VOTE. Kalau kita rakyat malaysia go to Fifa Puskas scroll down dan VOTE . JANGAN MALAS 5 saat punya kerja. Tamat 1.12.2016. 1 phone 1 undi ambik je phone nenek, atuk, bangla (jgn curi!) dan vote . Faiz Subri bertanding dengan bintang bola dunia Messi dan Neymar.

      0

      0
  14. Edd Razhe says:

    Gambar memang la cantik. Tapi masa serve dalam kotak plastik berbeza amat la jadi nya. Rasa pun hampeh! Sorry la…. Aku naik AirAsia last choice kalau aku nak terbang mane2. Cakap harga tiket bayak tu… Bila dah masuk makan, language & lain2… harga lebih mahal dari airlines lain. Bye AirAsia!

    2

    0
  15. Lala says:

    Kaya kan org malaysia. Walaupun kecoh gst.’,minyak masak naik, masihpenuh org kita naik air asia gi melancong. Cuti sekolah penuh je airport. Tu pun tak puas ati lg dgn najib. Agak2 nya klu takde gst najib dah tak jadi pm lagi kaya kann. Hari2 boleh naik airasia. Hahahaha

    1

    1