Harga Jus Vape Mahal : Ini Luahan Sharnaaz Ahmad Yang Cukup Padu!

Hiburan

Harga Jus Vape Mahal : Ini Luahan Sharnaaz Ahmad Yang Cukup Padu!

Vape antara isu yang cukup panas bak api membara sejak beberapa minggu ini tidak kisahlah daripada penggunanya, peniaga dan juga menteri-menteri. Lebih-lebih lagi selepas operasi besar-besaran dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap penjual vape.

Advertisement

Turut sama memberikan pandangan mengenai isu vape ini ialah selebriti yang cukup terkenal dengan sikap terus terangnya iaitu Sharnaaz Ahmad. Menerusi akaun Instagramnya beliau meluahkan perasaan tentang harga jus ataupun perisa vape yang agak mahal.

Aku pun isap vape.. Bila KKM menjadi jadi bigfoot dikala hari megambang ni dek tak cukup duit tabung darah negara.. Kesian pun ada dgn peniaga vape 95% melayu, 3% cina, 1%india 1%lain lain akidah… TETAPI!!!! Disini aku tak meyokong KKM atau vaporiansss..

Aku rasa dah sampai masanya dipantau sama harga jualan jus yg melampau harganya Rm40 sebotol 30ml.. Face to keyataan raah, modal nak buat satu botol tu cuma Rm1 MAX.. Pengeluar yg bermodalkan Rm1 ringgit ni tolak pada supplier RM15-20 ringgit..

Margin untung dah Rm14 ringgit.. Dijual pulak pada AKU.. RM 40 hengget sebotol.. Untung pulak si kedai vapionsss RM 20-25 hengget.. Sapa disini yg rabak?!!! Yg dok hisap ni lah.. Eh jangan mudah sangat cakap, “tak payah isap apa apa kan senang” eh mak ang, kalau kami tak ketagih dah lama berenti lah dol!

Ini penyakit!! Bukn tak usaha nak berubah, USAHA!! Tapi usaha pakai modal bukan ayaq lioq.. Konon vape boleh berenti rokok, lajiooo.. 20% sahaja berhenti terus!! 80% hisap dua dua.. Dulu budjet beli barang berasap 300-400 ringgit sebulan.. Sekarang?? Double boss!!! .. Satu botol ejuice -rm 40 (MURAH) Satu kotak rokok -rm 17 (MAHAL)

Akai ada? Konklusi nya disini.. Nak berniaga timbang rasa sama bos.. Jangan di kokaknya duit orang melayu jugak dgn harga untung cepat.. Bukak kedai vape pakai lambo boss!!! Bukak gym naik waja ja nih!!! Luahan dari pembeli dan penghisap vape dan segala yg berasap.. Jangan membenci aku pulak ya vapienss sekadar renungan.. Berniaga tu lek lek sudeh ye.. ?????? ?????

Terima kasih baca sampai abis.. Kalau typo buat buat tak nampak je lah ye.. Selamat malm. Boleh tolong tag taiko taiko vape sini.. Biaq kita sama sama belajar.

Kami rasa tidak semua penjual vape yang mengambil kesempatan dan menjual flavor pada harga yang mahal. Apa-apa pun ia bergantung kepada individu itu sendiri jika sudah minat akan sesuatu kalau harga mahal pun tidak menjadi masalah bukan?

Sumber Berita: Instagram Sharnaaz Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...