Harapan Masih Ada Dan Kami Masih Berkawan – Qi

Hiburan

Harapan Masih Ada Dan Kami Masih Berkawan – Qi

Pastinya Qi ialah orang yang paling bersedih apabila hubungan cintanya dengan Yuna telah berakhir. Namun Qi masih menaruh harapan agar percintaanya dengan Yuna bakal bertaut semula di harapan. Buat masa ini, mereka berdua masih berkawan.

yuna dan qi

Advertisement

Abang Nara suka dengan fikiran positif Qi. Masa hadapan tiada siapa yang dapat meramalnya. Kalau ada jodoh, pasti Yuna dan Qi akan bercinta sekali lagi. Kata Qi kepada portal Murai:-

Ya, memang kini status kami sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan kerana kami membuat keputusan untuk lebih tumpukan kepada komitmen kami kepada kerjaya masing-masing. Hubungan kami tidak pernah putus dan sebenarnya masih lagi berkawan baik serta berjumpa, malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik. Terus-terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana

yuna dan qi

Dan kalau ada di antara pembaca BeautifulNara berfikir tentang kewujudan orang bertiga yang menyebabkan putusnya hubungan mereka berdua, Qi menafikan hal itu sekeras-kerasnya:-

Bukan kerana orang ketiga walaupun kami masing-masing ramai kawan. Tetapi seperti apa yang saya katakan tadi, ianya adalah kerana kami masih sibuk dengan kerjaya masing- masing. Saya pun tidak boleh nak paksa dia balik ke Malaysia dan menjalinkan hubungan seperti biasa. Tapi saya tidak akan berbohong, jika satu hari nanti saya ke sana untuk bersamanya.

Tak apalah Qi. Bunga bukan sekuntum. Berkawanlah dulu. Kalau betul jodoh tak akan lari ke mana. Mana tahu di masa depan Qi akan bertemu dengan si dia yang lebih sesuai. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Tak gitu?

P.S: iPhone 50 tahun akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...