Written by AbangNara | September 16th, 2014

Untuk makluman, Abang Nara tak sentap langsung tidak dijemput ke konsert Shila Amzah. Ikhlas Abang Nara katakan, diri ini bukan jenis pergi konsert. Paling last pergi konsert pun masa Wings dan Search kat Sunway Lagoon. Itu pun dah berapa tahun berlalu. Lagipun sejak anak dah 2 ini, jangan katakan pergi konsert, nak pergi tandas buang air besar pun kadang-kadang tak sempat. Hehehe.

shila amzah

Kekecohan mengenai liputan yang tak diberikan oleh media Melayu terhadap konsert Shila Amzah yang berlangsung hujung minggu lalu nampaknya semakin parah. Wartawan-wartawan kebanyakan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah kerana dipersalahkan sedangkan tiada sebarang jemputan diterima. Menariknya, Shila Amzah telah berkongsi gambar yang dimuatnaik oleh ‘fan club’nya yang menunjukkan bukti media Melayu sebenarnya dijemput.

shila amzah

Yang Abang Nara nampak di senarai di atas hanyalah Berita Harian dan Kosmo. Kalau anda beli Berita Harian hari ini, memang ada ditulis mengenai konsert Shila Amzah. Siap puji melangit lagi. Suratkhabar Kosmo Abang Nara tak tahu la pulak. Tapi kalau 1 daripada 2 yang dijemput dah ditulis, kira okaylah tue kan? Pelik juga apabila ‘fan club’ Shila Amzah ini melahirkan kekecewaan yang amat sangat tapi jemputan yang dibuat hanya kepada 2 media melayu sahaja. Ingatkan hantar jemputan untuk 10,20 media tapi yang tulis hanya 1 je. Kalau macam tue memang wajar la kecewa kan? Ini tulisan kekecewaan ‘fan club’ Shila Amzah untuk tatapan anda.

Salam semua. We’ve been getting not so nice comments with regards to the post we posted yesterday. @Shilaamzah_photography is just a fanclub. And we as fans menantikan article/write up from the malay media since this concert is held in Malaysia dan tentunya banyak orang Melayu yang nak tahu tentang concert Shila.

But what we got was caci maki dan penghinaan dari pihak media. Many claimed that tiada undangan dari pihak Shila. So here it is. We’ve managed to get a copy; tandatangan media2 yang hadir malam itu. So…… You judge for yourself. : )

Note:
We’re just a fanclub yang berniat untuk menyokong kerjaya Shila sahaja. Dari awal sampai sekarang. Nothing but just updates about Shila. Yang tak suka, its just a click away…

shila amzah

Bukan Abang Nara nak mengkritik ‘fanclub’ sesetengah artis ini, tetapi kadangkala memang ada yang lebih sudu daripada kuah. Tindakan sebegini pastinya akan melukakan hati para media Melayu yang selama ini menyokong kerjaya Shila Amzah. Takut-takut di masa hadapan Shila Amzah akan diboikot. Yang rugi adalah Shila Amzah sendiri. Hmmm. Namun mungkin Shila dan para peminatnya dah tak pandang dah pasaran Malaysia. Iyerlah, nama dah gah di negara China yang penduduknya berbilion orang kan? Hmmmm.

68 responses to Hanya Terima Caci Maki & Hinaan, Fan Club Shila Amzah Tunjuk Bukti Media Melayu Dijemput

  1. Anonymous says:

    ye ke media melayu menyokong shila , lg mehentam ade la .. pastu2 nak terasa , merajuk2 .. citt .. bla la !

    0

    0
    • Kak Yanti says:

      fan club shila oiii… tadi akak tengok kat TV ada jer dorang siar pasal konsert Shila, Shila siap ditemuramah lagi, so apa lagi yang fan club shila tak puas hati ni ? tak lah nak suruh seluruh reporter dalam Malaysia ni temuramah Shila pulak. Please lah jadi fans yang matang.

      0

      0
      • hatimtai says:

        Eh sape tengok citer melarik awan? Td aku terbukak citer tu skali tengok hero dia …aalamak aiii xselere tengok. Mne pengrh amek hero mcm tu? Kalo x ckup bajet x payah la buat drama

        0

        0
        • Yahudi says:

          tak yah la siarkan concert dia , bukan nya cantik pon , kalau Rita Ora dtg , or Iggy Azalea kew ? baru la kita semua turun pedang !! dah kalau org tak nak datang tu , just get over it la ! tak taw malu kew ? org Malaysia pon menyampah dgn you okey ,sebelum nie kutuk Melayu , hahahah ! cuba tgk Yuna , semua org syg dia , even Joe Jonas pon tangkap gambar dgn dia ok ?? tak macam you !! meroyan sbb media tk buat liputan , so ??

          0

          0
        • Julia Jakarta says:

          HAHAHHAA gak bisa lawan sama mbak AGNEZ MO !!

          0

          0
        • miss ynwa says:

          malas nk komen pasal shila,,, mahupown fans dia yang budak2 nie
          semua ribena sgt!! grow up pls!!!
          nk ckp yg iolss terhibur sesgt ngn konsert chow kit road ni ,,,korg pon kenn??hihiksss rindu nyew tgk zamani suara sdpp..,,suara hattan pon same mmg mantoppp ~!,,,atai ank saudara arwah sudirman (mengingatkan rindunye kami kt arwah,.. dah lew suara sama ) kan kan kan uolss???? buang mase la uolss layan kerenah fan shilalas nih

          0

          0
        • 2 media berbahasa Melayu (BH & KOSMO) tak mewakili semua media berbahasa melayu. Agak sedih bila fanclub yg setahun jagung ni guna sweeping generaiization dgn menyebut media melayu tak beri sokongan sedangkan yg hadir hanya 2 (yg tak dijemput belum dikira lagi, yg dijemput tapi tak dpt hadir apatah lagi). Di hari MALAYSIA yg mulia ini, agak sedih bila fanclub yg bebal ini memainkan isu racism bila ia boleh saja menyebut ucapan terima kasih kepada media yg membuat liputan tanpa perlu ada perbandingan. Buat shila tekno fanclub, sila profesional atau media tidak mahu berkerjasama dgn anda lagi kerana anda punya PR yg buruk dgn mereka.

          Konsert Shila Amzah je pun. Kami tak hadap lah walau diberi tiket free. Lain la konsert IRON MAIDEN, PINK FLOYD, MEGADETH, SLAYER, KING CRIMSON. baru baloi dgn tiket yg dibelanjakan.

          0

          0
        • Anonymous says:

          hatimtai…ye la aku tgok cite tu pn hero dia org x best…klau heroin dia org baru hek tpi ok jugak la dia berlakon..haaa satu lagi…aku x boleh la tgok si hanfi sahad ( bltk ke nama dia y kekasih nad zainal tu)lagi menyampah..len kali cari le pelakon y membuatkn penonton ad aura nk tengok cite tu…ni tengok pelakonya…auhaiii wat spoil jer…

          0

          0
        • Amira Amair says:

          A’AH LA..SAMA LA..HILANG SELERA AKU NK TGK..CTER MCM DAH BEST MELARIK AWAN TU..HUHUU

          0

          0
      • Anonymous says:

        tiga gambar shila pegang mic tu mcm kelakar la kt mata ak.

        0

        0
      • free Palestin says:

        Dia ingat konsert dia tu isu negara ker ?
        x rela aku nak bukak newspaper baca pasal konsert.

        0

        0
    • wawa says:

      sama je nara pun lebih sudu dari kuah jugak kadang tu. berita print skrin “followers” kat instagram, artis bergaduh, artis sosial laju je kan nak up. batu api.

      0

      0
    • al hafiz says:

      Media ni sekarang mmg mengada-ngada….pehal lak media nak tgu dijemput…bukan ke keje korang pergi cari berita,,kalo nak tgu org jemput takyah jadi media,,,jual sate je tgu org dtg beli…mentang2 lah artis yg satu ni tak tunjuk peha ,xdedah aurat media demand pulak….ade lagi satu versi yg aku dengar media xnk hadir kerana konsert tersebut disponsor oleh kelab judi…wallahualam,…tp kalo ye pun…media ni maksum sgt ke nak condem org lain…kerja media tayang aurat tiap2 hari tak haram ke?buat gosip fitnah sana sini sebelum terbukti kebenarannya tak haram?Muhasabah diri ckit la media melayu…patutla korang mcm katak bawah tempurung,,,korang pun makan duit syubhah bg anak bini makan….support ckit la kat shila yg naikkan nama negara kat sana….tak mustahil ramai rakyat china yg fanatik terhadp shila akan terpikat pula dgn gaya fesyen hijabnya dan terus membawa pada hidayah …siapa tahu kan….sb org kenamaan ni akan menjadi model ikutan…tidak hairan la berita keislaman michael jackson disorokkan media barat shingga ke hari ini dek kerana takut pengaruh fanatik peminat beliau akan membawa kepada pengenalan agama…..wallahualam

      0

      0
      • ana says:

        Syabas! So far, komen yg terbaik! Yg lain tolong buka mata dan buka akal fikiran seluasnya supaya dapat berfikir dengan waras ,jngan tau nak mengutuk saja.

        0

        0
  2. ex shila says:

    bukan lawo mana pun sheila ni, muka jenis bosan..mula2 tgk mcm lawo lama2 jd jemu

    0

    0
  3. shila gemok says:

    next please.

    0

    0
  4. aku says:

    Makin pnjangla crita ni……..

    0

    0
  5. sebab ada anon yg bangang dan tak tangkap point dia. kapitalis ikut pi dia. tapi kalau kau nak harap media gosip buat ulasan muzik live, memang diorang tak pandai. aku punya point simple je: Shila Amzah jgn dok layan diorang sgt media picisan. lepak je mcm Yuna dan Zee Avi. tau2 dah masuk magazine Rolling Stone, masuk talkshow Conan o Brien, main konsert Coachella. ko sembang dgn media bodoh, ko dapat cerita bodoh. wartawan bapok tanya belas balak Pekida ko, ko cuma jawab pergi mampus malas aku nak jawab.

    0

    0
  6. mak jemah hm says:

    ini semua poyo…

    0

    0
  7. shi-lalat says:

    kerana mulut badan binasa…..

    0

    0
  8. hah says:

    kalau artis luar dtg , xde pun nak jemput2 .. artis malaysia d anak tiri media melayu , ntah pape

    0

    0
  9. mrs eyda says:

    shila ni lama-lama tengok dah makin kurang manis.tengok je la pemakaian masa atas pentas.kalo muslimah tonjol lah pemakaian yg sesuai utk muslimah.ni ketat je sana sini,dah nampak bentul perut peha.mcm tak sesuai je org melayu kita ni.jaga la nama baik orang melayu.

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      elehhhhhhhhhhhh kau macm tk tau aje shila bertudung kan kerana si shahnaz cinta hati dia…macm bongok pulak kau ni huh !

      0

      0
    • aku says:

      Dah tu, terkinja2 ats stage! Sgt x sopan! Astagfirullahalazim

      0

      0
  10. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    buang masa aje nk komen pasal si shila ni …laong kn perkataan ini lagiiiiiiiii bagos ! idop umno ! idop jalur gemilang ! idop serawak ! idop 1malaysia ! idop pak najib ! lov u pak najibbb ! muah !

    0

    0
  11. alma says:

    aku ni bukan fans shila pon.. tp mmg betul la apa yg shila ckp.. media melayu mmg tak support dia pon. sikit2 nak kutuk nak maki dia. kadang2 aku kesian kt shila ni.. dia usaha, berjaya tp media melayu sendiri tak hargai dia.. nak bangunkan artis melayu.. media kena sama2 support la.. bukan taw buat gossip entah apa2.. pastu sikit2 nak sentap. phuii!

    0

    0
  12. mak cik gayah says:

    Shila.. lebih baik ko nasihat kat fan club ko ni jgn over sgt.. xpasal2 t carrier shila jatuh sebb sesetengah ahli fan club yg over. Ble org naik meluat ngn fan club, apa pun x dpt..

    0

    0
  13. taksumemasukcampur says:

    BeautifulNara you better check IG shila since her fanclub tgh berdebat kutuk2 you kat sana. Tak paham2

    0

    0
  14. pls shila says:

    Shila ni bajet siti nurhaliza je gayanya..puii!

    0

    0
    • mas_pisces@yahoo.com says:

      pd aku ct. pd awl usia shila 2 bukan sape2 pun….konset luar ngra pun dri sndri yg ofer… popular pun dlm M’sia.. so xp’lu nk bndingkan mereka kot sbb msg2 ada kekuatan sndri & halatuju sndri…..

      0

      0
  15. BurgerJalanan says:

    heleehh, media memang suka gosip jelahh. macam nara. suka gosip2 jerr. kannn =P

    0

    0
  16. 987654 says:

    Tak rugi pun kalau wartawan Malaysia ni tak pergi konsert Shila ni. Lagi satu. Aku sangat-sangat malu bila perempuan beragama Islam, memakai tudung (or tutup rambut mcm Yuna tu) dok menyanyi dengan rasa bangga nya. Aku rasa diorang tu tau suara tu aurat, tapi ya la. Kononnya nak menonjolkan bakat yang ada lah kata kan. Hmhh mungkin diorang rasa neraka hanya untuk org yang tak menutup aurat je kot.

    0

    0
    • mas_pisces@yahoo.com says:

      soal dosa, perhala, syurga neraka di tangan Allah… siapa kte nk menentukan hukuman seseorg sedangkan dri sndri pun belum tentu mati dlm iman/msuk syurga…. just nasihat yg membina sudah le….jgn wat spikulasi yg belum tntu i2 yg mereka fikir……

      0

      0
  17. kacang soya says:

    fanclub dye nie aku rse kaum kerabat dye jew nie…

    0

    0
  18. Wat Lek Wat Peace says:

    Kalau xde media ‘picisan’ tu mana dia nk dpt publicity in the first place. Fyi, media (suratkhabar) ada slots and ruangan. Ko ingat mentang2 ko buat concert smlm, arini ko dh bleh kuar paper lahh?? ko ingat paper xder queue ke utk story? Fan club tu…. xyah nk hadap sgt nk back up2 segala. Berita tergempar sgt ke yg xsabar2 sgt nk kluar media?

    0

    0
  19. Noya says:

    Eh..tp kan abg nara, gmbr tu bukan bukti jemputan kepada media, tu mcm guest book je..sape yg dtg je sign. Bkn proof yg media melayu dah dijemput or brapr ramai dh dijemput.

    0

    0
  20. Tak Kuase says:

    Aik..tak habisnye lagi isu ni..?
    zzZZzz

    0

    0
  21. huhu says:

    Aku tak tahu ape cerita psl konsert + media what so ever ni la…
    Tapi aku sgt tabik spring kt NAra hrni sbb dlm bebanyak post dia, yg ni la nmpk JUJUR sekali…hahahhaha.. pedas pn iyer.haha.

    Yela certain people ni kalau komen cukup la lembut gigi dr lidah mcm baik bebenor (especially kt fesbuk/ ig laaa) pdhl belakang menyumpah seranah. Kita ni sbg peminat atau bukan peminat seseorang artis, perlu jujur bg komen… Kekdg artis dh buat taik pon masih lg nk kata “Takpelah kak go on kami sokong akk 500%” Kami tetap setia di blkg akk, Kami support akk seumur hidup… Puihhhhh bodoh kalo ada peminat cmni.

    0

    0
  22. cikmunge says:

    saya sgt kecil hati dan mula x minat dgn Shila since caption Me-Layu.. sejak dia popular di China..dia pandang sinis dgn peminat disini..entahlah.. semoga u berjaya ye Shila..

    0

    0
  23. jackson says:

    Pada pendapat sayalah kan, media melayu semua nak dijemput, bukan kerja media ke pergi cari artis kalau buat konsert , cuba jadikan media china sebagai contoh mereka yg bertegas nak jumpa penganjur bukan nye penganjur pi cari seluruh media.

    0

    0
  24. jackson says:

    Pada pendapat sayalah kan, media melayu semua nak dijemput, bukan kerja media pergi cari artis kalau buat konsert , cuba jadikan media china sebagai contoh mereka yg bertegas nak jumpa penganjur bukan nye penganjur pi cari seluruh media, tak akanlh nak jemput semua. Lagipun selama ni saya nampak media melayu dok mengutuk shila sahaja dari segi percintaan mahupun pakaian. Media melayu pemalas senang cerita semuanya nak free. Sekian.

    0

    0
  25. shilalat says:

    Yang aku tahu shila ni bodoh & tak matang. tu je.

    0

    0
  26. Ayuni says:

    Kebelakangan ni nampak Shila macam hilang arah dan agak desperado. Dia minat si Kris Exo sampai baju pun dah meniru Kris. Dia minat Exo M, buat gesture tiru exo M, sampai hantar ice challenge pun hantar pada Exo M. Yang sedihnya semua bertepuk sebelah tangan. Maybe sebab dia overdo it dan nampak tak classy sgt, baik kris ke Exo M buat donno je kat dia. Come on la you tu famous, cantik, gadis, hijabis tolonglah tone down sikit dan tunjuk jual mahal kat boys tu sikit. Bagi Ayuni agak memalukan. Kalau tengok kat Ig dia adui, Ayuni lebih suka tgk dia masa tahun 2013, nampak murni dan sweet je. Ayuni rasa bab ni Yuna lagi ok, dia cool je, walau Youtube tak berjuta likes byk penyanyi dan komposer puji dia (dia x diketengahkan sgt sbb dia hijabis dia org block sikit). Moga Shila lebih bijak sikit (sekarang Ayuni rasa memang dia kurang bijak sikit) bila berkata kata anda melakukan sesuatu. Dan yang paling penting, Gadis Melayu kena ada “Class” walau pun awak sukakan sangat seseorang tu, keep cool dah la.

    0

    0
    • exo-l ? says:

      Biarlah shila tu. Dia pun peminat yg ada perasaan kat exo. Dia pon dah ada boyfriend. Kita pon x tau kris atau exo m buat dunno ke tak. Kita tinggal kat malaysia, shila pulak dunia artis .

      0

      0
  27. Mirai Suenaga says:

    Ntah apa2 ntah pakaian dia

    0

    0
  28. Shamil says:

    2 tue banyak abang nara oiii!!! lebih dari 1 kot!
    2 is better thn 1 kata fanclub shila ;-p

    0

    0
  29. Melayu yg hang kata ME-LAYU umpama nk kata mcm melayu ne apa..?? Aku sllu tgok hang pnya IG pantang ditegur msti nk mnjwb..keras kpla sbnarnya hang ne..sbb hang igt hang dh berjaya org xboleh kata@tegur hang skit asyik nk mlenting..klu teguran yg baik apa slhnya..xperlu nk melenting..hei..!!! Hang ckp soal melayu..?? Habis hang 2 apa..?? Hang xmalu ka dok tulis ckap psal melayu di IG hang sdgkn followers hang ada brbgsa cina..?? Xmalu ka dok tunjuk kt bgsa lain..?? Ditmbah pulak buatkn melayu sama melayu brtelagah sesama sndiri..hang xmalu ka bukak aib org melayu..?? Hei sedar sikit..bgsa cina tntu2 dh skong hang klu tgok prpecahan melayu..?? Jgn bgga sgt..jgn riak sgt..jgn takbur..hdup ada pasang surut..kna igt 2..hnya sebab media sj hang mnyalak mcm dgn apa lg..siap agungkan bgsa cina..astaga..apa ni..?? Kaya wang ringgit xbawak ke mana..jika xdak skongan org MELAYU..!!! smpay bila hang nk agungkn cina..?? Jgn lupa daratan..

    0

    0
  30. antiartistpropa says:

    shila amzah ni glamour ke kat Msia masalahnya? hahahahaha..kalau setakat dikenali di China, org Msia tak berapa lulus sekolah aje yg cakap dia ni bertaraf internasional..sila buat research sikit ye apa tarafnya pertandingan yg diadakan di China (yg selalu artist Msia masuk termasuklah si shila amzah)..ada kelas ke pertandingan tu? hebat ke sekadar dikenali di China? hahahaha…wartawan terpaksa cover cerita artist2 suam kuku di Mlaysia seperti shila ni sbb tugas..kenyataannya? shila amzah dan berpuluh penyanyi lain di Malaysia ni tak layak jd penyanyi pun !!

    0

    0
  31. Pandanganku says:

    Pada pandanganku, Shila lah kene jemput media, sbb itu majlis dia, sbb kalau buat kenduri pun tuan rumah jemput orang datang, tak gitu, adat melayu be…media banyak nak “cover” cerita yang lebih penting demi negara, bukan nak tumpu kat konsert dia je.” Fan ” Shila ni pun satu, tak menyempat nak tunggu berita keluar, cerdik tak leh ikut, bodoh tak leh nak ajar…

    0

    0
  32. Pandanganku says:

    Pada pandanganku pada peminat peminat Shila terutama yang melayu, jangan kutuk-kutuk bangsa sendiri..korang dulu lahir dari mana? Celah-celah batu ker? Bukan ke korang lahir dari celah-celah kangkang melayu….cet !, tak der akai….

    0

    0
  33. layu kah? says:

    Melayu memang layu. Itu hakikat masyarakat melayu. Kerjanya jaga tepi kain, gosip sana sini kerja x jalan..ekonomi cina yg kuasa. Melayu ada apa? Kita cuma ada hak istimewa bumiputera. Kueueueue.

    0

    0
  34. Sinun says:

    Aku heranlah dengan peminat-peminat tegar Shila Amzah ni, konsert Shila Amzah tak masuk dalam surat khabar melayu pun jadi satu isu besar, yang melayu menang “Noble Prize” tu ramai orang tak tahu pun tak kecoh pun.Itu lah bezanya orang yang bijaksana dgn orang yang bijaksini.

    0

    0
  35. aduhaiii retis says:

    aduhaiii…pasal concert pn nak kecoh smpai berhari2…
    cari rezki sebenarnya niat untuk ape…
    1-glamor
    2-glamour
    3-glemer

    pikir2 la…

    0

    0
  36. miss dombol says:

    who dat?..who dat?…shila? oh gosh!!aku xsuke shila..die ni bagus sebernarnye tp kerek sgt…nek meluat nengoknye..skang aku addict dgn I.G.G.Y AZALEE je..lagu BlaCk widow ft RITA ORA best giler, Rita ora ok xmen la nk bace gosip bout Rita rudaini yg tamak halobaaa tu…aku suke booty I.G.G.Y walaupun fake die still admit yg die wat injection xmcm retis melayu cocok sana cocok sini sampai mengelebeh pun xnak ngaku konon cakap makan sayur banyak tu pasal idung nek mancung cikit..

    0

    0
  37. […] Hanya Terima Caci Maki & Hinaan, Fan Club Shila Amzah Tunjuk Bukti Media Melayu Dijemput (65) […]

    0

    0