Written by Bella | January 11th, 2017

Beberapa kali Nora Danish memberitahu beliau mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Nedim Nazri. Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Berbicara kepada pihak media mengenai perkahwinannya, Nora memberitahu beliau tidak akan mengadakan sebuah majlis yang besar dan cukup sekadar akad nikah di rumah sahaja.

Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran. Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran.

Dalam pada itu, Nora yang aktif dalam bidang fesyen dan mempunyai tudung dan jubah jenama beliau sendiri mengakui beliau ada terdetik didalam hati untuk menutup aurat.

Sejak saya menceburi bidang perniagaan tudung, jubah dan baju muslimah beberapa tahun lalu, sudah ada niat untuk ke arah itu (bertudung). Cuma saya tidak mahu menjadi antara orang yang tidak istiqamah iaitu pakai dan buka, perkara ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Insya-Allah saya akan berubah menjadi yang lebih baik.

Soal perkahwinan adalah benda yang baik, tak salah untuk Nora berkongsi berita gembira itu dengan peminat yang memang sudah ternanti-nanti bilakah agaknya Nora akan mendirikan rumah tangga.  Mengenai niat Nora untuk menutup aurat pula, apa yang dikatakan Nora itu betul, beliau kena bersedia sepenuhnya untuk berhijab agar terus beristiqamah dan mengekalkan perubahan beliau ke akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

18 responses to Hanya Akad Nikah Sahaja, Tiada Majlis Perkahwinan Yang Besar – Nora Danish

  1. Bedah says:

    Calender Cina tahun Ayam 2017. Ramai retis nak kawin….Konon nylaha tahun ni bagus kalau nak kawin. Sbb bila bertelur..kecoh sekampung. Mcm ayam lah juga kan.

    45

    0
  2. Anonymous says:

    tetap cantik & semakin matang.. tahniah nora..

    10

    1
  3. Anonymous says:

    Laaa ingt dh ada tarikh.. rupanya masih blom ada.. xnak ckp psl kwin sbb x jadi2 tpi masih bercakap jgk psl kwin..

    21

    1
  4. melati says:

    Tahniah……. org akan hormat anda lagi kalau anda Tolak semua tajaan..!! hihihi

    2

    0
  5. Miss Unibes says:

    Tengok! Nedim mirip Bung Mokhtar. Lagi2 kalau nak senyum. Ada bau2 bacang ke diorang?

    11

    0
  6. Mata mata says:

    Sian nora kena gesa kawin. Elok la tu berkepit sana sini pun xelok boleh timbulkan fitnah

    1

    0
  7. acikleha says:

    laaa..acik ingat ko dh kawen nora..sb banyk gamba ko kesini sanon ngan ank montori tu…baru nak kawen rupe nye ker…kesian acik sangka ko dh kawen…

    1

    0
  8. Anonymous says:

    kesiannya…nedim ni xde perasan ke nk kawin..nora ni tertunggu2 bila agaknya nedim nk dtg meminang

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Macam barang, terpaksa potong harga sebab tak laku. kalau takda majlis, takda hantaran tapi masih juga laki jual mahal taknak nikah, tak tahu lagi nak kata apa……
    dh diskaun 100% tu Nedim oii…takkan tak faham2 lagi.

    24

    1
  10. pakcik german says:

    Mcm ade big sale je and
    Harga runtuh….or
    Lelong..lelong… seribu satu dirham lelong lelonggggg seribu satu mlm…….
    Anyway momod annehuda at forum cari adlah moderator yg busuk kepam biars one aided mkn gaji buta tuli .sekian

    3

    2
  11. pakcik german says:

    Mcmana nk kawen ualls.
    Si hang nadim airpot masih togok heineken uallsss..mcmana nk jadi imam pada istrri n anak2..???

    0

    1
  12. orgtua says:

    laaa…..dah confirm date baru cerita lah!

    1

    0
  13. Fidot says:

    Aku rs mcm every year pun cite yg sama dua ekor ni. if xde date lagi better dok senyap2 jela. Laki ni mmg xde keje rasenye, ikut montot nora je. hehe

    12

    1
  14. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Ye dok mu ni? Majlis sderhana dyeorg adlh besar utk kte org biasa. Aku tgk Amar-Amyra kte wt kecil2an tgk2 grand gk mjlis. Kesimpulannya, jgn kite org biase nk tiru hidup artis & so called glamorous life. Klu mak ayah kaya & anda mampu takpe. Pikir kumpul duit rumah…bkn duit bpoyo utk mlancong…lg2 yg pmpuan tu. Rumah makin mahal…nk selesa skit rumah sderhana pn dh bpe ratus ribu. Kerajaan bajet 2017 xde pn kate nk turun harga bahan binaan & harga rumah…..semua sibut gst, minyak & bhn mentah…x nmpk mnde x pnh turun. Syarikat kereta pn trun harga.

    1

    0
  15. Yekeni says:

    Talk talk talk talk talk …… talk is cheap kan….

    I want a garden wedding, bali wedding, beach wedding …… well, we can dream ….

    0

    0

Leave a Comment

Optional