Written by AbangNara | July 19th, 2014

Salah satu perkara WAJIB yang Abang Nara akan buat sebelum memulakan pemanduan kereta ialah memakai tali pinggang keledar atau dalam bahasa omputihnya ‘seatbelt’. Abang Nara juga akan turut pastikan wife dan anak tercinta masing-masing sudah mengenakan ‘seatbelt’ sebelum menekan minyak menggerakkan kereta. Tak kiralah nak pergi kedai mamak depan rumah atau nak balik kampung, Abang Nara cukup geram kalau ternampak mereka yang memandu tanpa menggunakan ‘seatbelt’. Lagi-lagi kalau yang bawa anak kecil.

toyota seatbelt

Sila tengok statistic yang dikeluarkan oleh Toyota di atas. Sedih gila kan? Hanya 22% pemandu Malaysia yang menggunakan ‘seatbelt’ ketika memandu kereta. Rendah sangat-sangat kesedaran memakai ‘seatbelt’ ini . Sedih Abang Nara. Pelik juga kenapa ramai tak suka pakai ‘seatbelt’ sedangkan tak sampai 5 saat pun nak ‘buckle up’. Cuma tarik, masukkan dan Insya Allah nyawa kita akan lebih selamat sepanjang perjalanan. Abang Nara pernah mengalami kemalangan dulu dan Alhamdulillah tak tercampak daripada tempat duduk kerana memakai ‘seatbelt’. Pemandu yang melanggar Abang Nara tue terhempas daripada tempat duduk pemandu ke tempat duduk penumpang sebab tak pakai seatbelt. Sedih kan?’

toyota seatbelt

Untuk menambah kesedaran para pemandu di Asia Tenggara amnya dan Malaysia khasnya, Toyota kini menganjurkan ‘SeatBelt Art Contest’ yang terbuka untuk rakyat Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Satu inisiatif yang bijak, menarik dan lain daripada yang lain.

Terbahagi kepada 2 kategori iaitu ‘public’ dan ‘professional’, para peserta hanya perlu mereka ‘seatbelt pad’ sekreatif yang boleh dengan tidak melupakan ciri-ciri unik budaya negara masing-masing. Untuk kategori ‘public’, sesiapa sahaja boleh menyertainya dan tiada sebarang had umur. Untuk kategori ini, Toyota akan memilih 2 pemenang dari setiap negara untuk membawa pulang iPad Air 32GB dan juga 10 ‘seatbelt pads’ yang terpilih sebagai rekaan terbaik.

Sementara untuk kategori ‘profesional’ pula , ia terbuka untuk ‘design students’, ‘design teachers’, blogger dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan bidang ‘design’ juga tanpa sebarang had umur. Seorang pemenang daripada setiap negara akan dipilih dan berpeluang membawa pulang Canon EOS 60D Kit II serta 10 ‘seatbelt pads’ berdasarkan rekaan pemenang itu.

toyota seatbelt

Meh sini Abang Nara terangkan satu persatu caara nak sertai ‘Seatbelt Art Contest’ daripada Toyota ini. Disebabkan Abang Nara seorang ‘blogger’, maka kategori yang Abang Nara layak masuk ialah ‘profesional’. Pertamanya Abang Nara akan ‘download template’ yang telah disediakan dan juga THUMS yang wajib dimasukkan ke dalam rekaan Abang Nara kelak.  Kemudian dengan gunakan software yang berkaitan, Abang Nara mula membuat rekaan sekreatif yang boleh dengan menggunakan ciri-ciri unik budaya negara kita, Malaysia. Paling penting jangan lupa masukkan THUMS yang disediakan. Mungkin korang tengok gambar kat bawah nie lagi senang nak faham kot.
toyota seatbelt

Lepas Abang Nara dah siap membuat rekaan dan berpuas hati (rasa boleh menang), maka dengan pantasnya Abang Nara mendaftarkan diri menerusi Facebook di laman SeatBelt Art Contest.  Pilih kategori yang sepatutnya dan isikan maklumat peribadi selengkapnya. Pastikan email yang diisi betul, manalah tahu menang nanti. Langkah seterusnya ialah ‘upload design’ yang telah direka tadi. Letakkan tajuk yang menarik dan sedikit penerangan yang mampu memikat hati juri.
toyota seatbelt

Inilah rekaan Abang Nara yang berdasarkan batik Malaysia. Abang Nara percaya anda boleh buat lagi hebat. Abang Nara memang tak pandai sangat bab-bab ‘design nie’.

Boleh vote rekaan Abang Nara dengan link disini:

http://www.besafetyleaders.com/seatbeltart/professional_category_detail.php?d=YjY0MTdAOTM=

Bermula dari 30 Jun dan akan tamat pada 31 Ogos ini, ‘Seatbelt Art Contest’ menawarkan hadiah-hadiah yang sangat menarik. Kalau tak join, memang rugi amat. Mana tahu ada rezeki boleh dapat iPad dan kamera Canon baru. Paling best dapat gunakan ‘seatbelt pad’ yang direka sendiri. Memang terbaik!!!

toyota seatbelt

Jadi tunggu apa lagi? Sertailah peraduan ‘SeatBelt Art Contest’ daripada Toyota ini sekarang. Jangan lupa sebarkan kepentingan memakai ‘seatbelt’ kepada ahli keluarga, rakan-rakan, awek-awek dan pakwe-pakwe anda. Suruh diorang join sekali sekali contest ini untuk tingkatkan kesedaran. Tak gitu? Info lanjut layari www.besafetyleaders.com/seatbeltart

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Hanya 22% Pemandu Malaysia Memakai Tali Pinggang Keledar, Ini Amat Menyedihkan!!!

  1. Can you tell us more about this? I’d want to find out some additional information.

    0

    0
    • One Direction says:

      kalau aku balik kampung nenek aku mesti ada orang naik motor tak pakai helmet, lepas tu bawak motor pulak duduk tengah2 jalan bawak slow nak mampus. Padahal kat depan motor tu clear x ada apa2. Bayangkan keadaan kereta yg terpaksa ikut belakang motor tu macam mana ? nak pintas pulak memang tak boleh. Kereta kena bawak slow dalam 15 km/h mcm gitu…memang terseksa jiwa raga. Kalau motor tu bawak ikut tepi…rasanya kereta boleh lalu. Lepas tu kat kampung sebelah pulak..ada jugak kereta, motor keluar simpang macam tu jer tak tengok kiri kanan. Aku pulak kena berhentikan kereta…kalau x memang bergesel dgn kereta, motor tu. Kalau bergesel…memang salah dorang yg keluar simpang tu lah, sape suruh keluar tak tengok kiri kanan kan.

      0

      0
    • Olga says:

      wahaha…org indon lbh civil dr Malaysia!

      0

      0
  2. Orkid Indah says:

    Bukan setakat tak pakai seatbelt … paling geram buang sampah kut tingkap wlpn hnya potong rokok jer … kdg2 tu pull over tepi jalan … lps tu bukak pintu dngn selambernyer pemandu2 @ penumpangnya buang sampah merata2 …. ikut suka hati nak buang kat mana … Dah jadi habit tak jaga keselamatan & kebersihan. Paling memalukan pelancong asing & yg bekerja di sini dr eropah & eastrn asian terutama korea + jepun. Berkerut dahi lps tngk ramainya Pemandu kereta warga tempatan tak pakai seatbelt bila memandu. Inilah yg dikatakn PEMANDU TULANG BESI URAT DAWAI … agaknya mereka ni ada ILMU KEBAL kot sbb tu tak takut cedera bila berlaku kemalangan …

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      tu la camana tempat nk berseh kalau orang2 Nye pengotor nk mampos !! kadang2 minah jambu tengok pempers pon dorang buang bersepah2 kotek pon ada huh pengotor !! bila tempat tu kotor tau pulak dia bising cakap eeeee kotor Nye busok ! tapi yg buat kotor dia sendiri….helo ! tolong kerajaan sikit jaga tempat kasi berseh boleh ??????? kalau kawasan berseh udara Nye pon segar dn nyamannnn kite2 pon sehat meng meng meng ape tu udara segarrrrrrr….jangan nk jadi pengotorrrrrrrrrrrrrrr !!

      0

      0
  3. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    dorang2 ni sengaja tknk jaga keselamatan dorang untok memakai tali pingang keledarrrrrrrr pasal dorang ingat tkde ape2 yg berlaku…..minah jambu sekrang ada di Singapore rumah nenek minah jambuuuu hehe…cian kaki nenek minah jambu bengkakkkkk pasal dia terpelecok kt tangga…mesti sakit kan cian…minah jambu harap rakyat Malaysia doa kn semoga kaki nenek minah jambu yg bengkak tu jadi bertambah lebih baik n ilang bengkak Nye…thank uuuuuuuuuuuuuuu…

    0

    0
  4. awgmursyidin says:

    Perlukan lebih byk awarness utk mendapat lebih byk kerkesanan…

    0

    0
  5. WOOITT.. says:

    ni mesti kat kampong..kat KL tau takut kena saman!

    0

    0
    • Orkid Indah says:

      Benar @ WOOITT … Selalunya berlaku di luar bandar @ pinggir bandar. Tp kat KL pun ada gak … klu nak gi kaw yg berdekatan rumah eg. Nak ke kedai. Sy dah bnyk kali ada pengalaman naik kete yg bw kanak2. Sy nasihatkn parentz spy mnjaga kselamatan dngn pnggunaan seatbelt ank2 kecil tp ramai yg ignore shj. Kes depan mata. Kanak2 tersebut terhumban dr belakang ke hdpn, kpala benjol terhantuk di tingkap tepi @ dashbrd, terperosok bwh tempt duduk. Paling geram bw todler semasa memandu letak kat stering. Malang skali brek scra tiba2 & kank2 tersebut luka di dagu & badan malah trhentak sdkit di stering kete. Kdg2 tu malas nak naik kete org yg bw kanak2. Ada tu parents tak ambil iktibar bukan sekali tp dah berapa kali brlaku, kes brek scra tiba2, ank mrk dlm keadaan mncemaskn cuma tiada kecederaan cuma tersembam di tempat duduk.

      Bukan semua parents begitu wlpn segelintir tp keselamtan kanak2 mestilah di utamakan. Contohilah UK dimana 95% pemandu mrk memakai seatbelt. Kajian saintifik membuktikan pemakaian seatbelt dpt mengurangkan kecederaan parah. Terutama penggunaan kerusi utk kank2 di dlm kereta.

      Sy tiada kampung mmg parents asal KL so ikut ke kg2 kwn. Alangkah terkejutnya cara pemanduan mrk2 di luarbndr. Minta maaf utarakan pendpt sdemikian wlpn tak bnyk kereta tp silalah memandu dngn cara mengikut undang2 & berhemah. ( Klu di europe klu memandu terlalu perlahan pun boleh kene saman sbb menyusahkan org lain ). Terlalu perlahan, tidak berhenti di simpang utk lihat kenderaan kluar masuk, tiada pemakaian seatbelt, berhenti scra tiba2, bw kanak2 naik motor dngn cara merbahaya menyusahkan pemandu kereta. Tidak memakai seatbelt mmg ketara sekali. Terutama nak ke kg2 yg berdekatan tp masalahnya melalui jalan2 besar.

      Contohilah Pemandu2 di Jepun sangat2 berhemah wlpn di kaw bandar @ luar bandar. Susah nak tngk mrk tak pakai seatbelt. Paling teruk sekali cara pemanduan negara2 arab. Bising & ramai yg tak berhemah. Pemandu2 msia masih lg terkawal. Sy harap Cara Pemanduan kenderaan di msia mencapai tahap spt pemandu2 ngra maju di masa akn dtg. Jepun spt planet asing cara Pemandunya memandu dngn cara sngt berhemah. Salam Eidulfitri buat smua Msian yg beragama Islam. Terutama Buat Nara & wife serta spasang chya mata yg comel2.

      0

      0
  6. Anonymous says:

    meh aku nak tambah sikit…pastu ada yang bukak pintu pastu buang kahak/air liur kat tepi jalan…nak je aku langgar orang yg pengotor cmtu..ni aku perasan selalu time benti kat traffic light la…mencik la aku orang pengotor ni…(eh..mcm lari tajuk je)..haha

    0

    0
    • Orkid Indah says:

      Hahahahahaha …. kelakar giler … tak pe lah lari tajuk pun … ceria kat sini … “Ggghakkkkkk tuih …” begitulah bunyik bila mengeluarkan kahak yg telah tersimpan di tekak yg gatal itu … kahkahkah … kdg2 kesian penunggang motor terpaksa berhenti kejap … tak dpt nak cilok sbb pemandu kete nak buang kahak … lps kete tutup pintu … moto pun lalu lah & langgar kahak tu … kene tayar tak pe bkn badan …. hehehehe …

      0

      0
  7. pemanduwanita says:

    Bukan tak pakai seatbelt je, sesetengah tu (bukan semua) tak reti bagi signal, suka jadi road bully, cuai, ego and suka buang sampah dari dalam kereta. Paling penting bagi la signal bila nak belok, bahaya nyawa orang lain oiii

    0

    0
  8. Do you mind if I quote a couple of your articles
    as long as I provide credit and sources back to your weblog?
    My blog site is in the very same niche as yours and my users would really benefit from a lot of the information you provide here.
    Please let me know if this okay with you. Thanks!

    0

    0
  9. Candida says:

    Thanks for finally writing about >Hanya 22% Pemandu Malaysia
    Memakai Tali Pinggang Keledar, Ini Amat Menyedihkan!!! | <Liked it!

    0

    0