Written by Bella | October 30th, 2015

Awie sebelum ini telah membuat bantahan permohonan interim ataupun nafkah anak sementara yang dibuat oleh isterinya Rozana selepas mendapati alasan yang dikemukakan oleh beliau tidak begitu jelas.

Terbaru, Awie juga mendakwa wanita itu seakan sengaja untuk menganggu tumpuan beliau terhadap Konsert Wings 30 Tahun yang bakal berlangsung pada 31 Oktober ini apabila beliau menerima surat permohonan nafkah itu secara mengejut sewaktu prosiding pertama kes berkenaan.

Pada saya tindakannya secara mengejut menghantar surat tentang prosiding permohonan nafkah interim anak sengaja mahu menggangu perhatian saya terhadap konsert pada Sabtu ini.

Dia bukan tidak tahu pada saat ini saya sibuk dengan latihan menjelang konsert yang berbaki dua hari lagi dan ini cubaan dia untuk menjahanamkan saya.

Malah Awie juga menganggap Rozana tidak serius dalam tuntutannya kerana beliau gagal untuk menghadirkan diri di mahkamah bagi prosiding kes mereka.

Jika dia benar-benar ingin mempertahankan hak anak-anak sepatutnya dia hadir ke mahkamah tetapi apa yang saya lihat dia tidak serius dan cuba lari dari kenyataan. Dia tidak ada hati pun sebenarnya hendak mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja.

Rozana dalam tuntutannya meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya.

Sumber Berita: mStar Online

14 responses to Hantar Surat Permohonan Nafkah Secara Mengejut: Awie Dakwa Rozana Cuba Sabotaj Beliau

  1. Anonymous says:

    aku pun dah pening tgk kisah umah tgga korang ni..

    0

    0
    • Anonymous says:

      mlm neh lepas geramlah kat konsert..after baru pening2 pk pasal nafkah.
      tp pasal nafkah tu bagi jelah ..anak2 kot

      0

      0
  2. melati says:

    Rita no2….

    0

    0
  3. rianda says:

    =) nasib kau la awie. ada bini elok2 pegi cerai nakkan pmpuan ni. padan muka

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Nafkah anak bayar je lah..itu pun susah..

    0

    0
  5. kiah pekasam says:

    ahh dulu nak sgt smpai sngup bercerai itu mknnyaaa

    0

    0
  6. Semut merah says:

    Kalau Awie bayar confirm ke duit tu dapat kat anak? takut dia guna beli handbag lagi.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tanggung jawab bapa beri nafkah…kalo bini dia misuse duit tu,dia jawab lah dgn Allah….bayar tetap kene bayar…kalo tak, aniaya.

      0

      0
  7. oppssss says:

    rasanya cite nie lain sikit ngan rita…mmg betullah nafkah kena bagi bila dah bercerai…tapi takutkan kalo nafkah bagi xdpt kat anak…perkara yg perlu dirisaukan…tgoklah kos pembantu rumah pn awie kena byr..patutnya dia yg jaga anak tu..sbb sblum nie dia menuntut hak jagaan anakkan…hmmmm…waallahuallam.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Mana2 court pun,anak below age mesti mak yg dapat hak penjagaan

    0

    0
  9. at least he cares says:

    retis2 laki or mcm pemain bola srg tu kalo cerai lg senang ati x pedulik anak pas berpisah…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Sian..dulu time ceraikn arni nazira mcm2 ckp kt pompuan tu.skang dah terkena blk..byr jela..Dah tangungjawab ko..

    0

    0
  11. Jandatua says:

    Bukan ke Rozana yang lari meninggalkan Sawie………jadi wajarkah dia nuntut nafkah? Nafkah makan pakai anak-anak bolehlah diberi tapi nafkah tempat tinggal dan pembantu rumah, Rozana tidak layak.

    0

    0
  12. nadia says:

    Jangan bayar awie ,dia tu tipu tu nanti duit dia guna utk beli handbag ngan makeup..baik ko kawin ngan Erra Fazira.

    0

    0