Written by Bella | April 13th, 2016

Mengakui sudah mempunyai teman istimewa didalam hidupnya kini, Hans Isaac akui beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin.

Namun, buat masa ini Hans masih belum ingin memperkenalkan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya kepada umum. Buat Hans, jika mereka ada jodoh untuk berkahwin pasti beliau akan mengumumkannya kepada umum.

Saya akui memang ada seseorang dalam hidup ini. Namun saya belum bersedia mengumumkan siapakah orangnya. Adakah dia artis atau orang biasa tunggulah masa yang sesuai.

Bukan sengaja hendak mengelak soalan wartawan tetapi saya tidak mahu apa yang pernah saya lalui sebelum ini berlaku lagi. Memang sekarang saya sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Andai tiba masa kami hendak berkahwin, saya dan dia akan beritahu kepada semua.

Hans kini tidak mahu cerewet dan hanya mencari kesempurnaan didalam diri seseorang wanita itu. Pada masa yang sama beliau yakin pada usianya dan gaya pemikiran beliau yang sudah matang, Hans boleh menjadi seorang suami yang terbaik.

Ada teman memberitahu, dalam mencari pasangan hidup tidak ada yang sempurna. Mungkin 20 peratus tidak sempurna dan hanya 80 peratus saja.

Sebagai lelaki, sayalah yang perlu berusaha untuk melengkapkannya supaya menjadi sempurna. Dengan usia sekarang dan keyakinan yang tinggi untuk berkahwin, saya juga yakin menyatakan andai saya berkahwin sekarang, saya boleh menjadi lelaki yang penyayang serta suami terbaik.

Berkongsi impian perkahwinannya, Hans berkata, pada hari itu beliau akan memenuhi segala permintaan isteri kerana mengganggap itu hari bahagia isterinya.

Wah, akhirnya Hans Isaac bertemu dengan wanita yang betul-betul sesuai untuk dirinya. Jika benar hendak berkahwin tidak lama lagi, tahniah kami ucapkan kepada beliau. Semoga bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Harian Metro

25 responses to Hans Isaac Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?

  1. Anonymous says:

    finally…. tahniah!

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye ker….selagi tak umumkan hanya tinggal gossip.

      0

      0
      • Anonymous says:

        malas nk komen.. zzz

        0

        0
        • Anonymous says:

          Selepas kejadian ragut wan maimunah insaf… dan memakai tudung labuh… barang kemas pun xnampak dah……dia akan umumkan tarikh pernikahan.

          ni lah bakal husben wan maimunah…..

          0

          0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      ye ke jadi suami yg baik n penyanyang ? kalau gitu kasi u punye hp no biar minah jambu kol u skarang jugak boleh ?

      0

      0
  2. Curios says:

    Hans masih dgn lofa ke?

    0

    0
    • Tak Pasti says:

      Siapa yg follow adik Neelofa kat snapchat, perasaan tak adik dia selalu upload video akak dia tgh ckp dgn someone? Siap malu2 lagi… Aku pun rasa Neelofa ni dah berpunya. Mungkin dgn Hans balik ataupun dgn Caprice tu. Mamat tu quite open jugak try Neelofa.

      0

      0
  3. Still Single :( says:

    I actually like matured guy MACAM Hans Isaac ni. I’m talking abt the age; not too old but matured. Ada SESETENGAH tu kahwin Datuk/Dato’ yg dah ada cucu bagai tp katanya sbb cinta atau sbb lelaki tu matured. Padahal kita semua tahu bkn sbb tu.

    0

    0
  4. Cinta Cintata says:

    Bakal isteri hans ialah wan maimunah…tgk post nara sblm ni yg wan maimunah sedia utk brkahwin…17 april ni diorang akan buat sidang media…ni dari sumber yg boleh dipercayai…

    0

    0
  5. melati says:

    ko kawin lew gan saper pun adedr org Kisah..kikiki…..Tapi yg menjadi tanda tanya ni ? Uqasha Senrose ,suka ckp poyo, dh lew hidung macam pinocchio , pastu perasan cantik plak…dh lew perasan Cantik , menipu plak tu!!!! tahun lepas kater anak Hartawan nk dtg merisik !!..nasib baik anak Hartawan tu sedor yg Uqasha Senrose ni muka macam Pinocchio…so anak Hartawan tu patah balik naik kapal ,…hahahahahahaha ..semalam Uqasha Senrose menipu konon dh buat persiapan nk bertunang kat Obersi…..kelakor lew Uqasha Senrose ni….kalau lew Mat Jenin ko menipu Uqasha, mesti Mat Jenin baling ko dgn labu2 nya ……….hahahahhahahahahaahhahahahahahahahahahahahahahahhaahhahahahaaaaaahaahahahahahah

    0

    0
    • Anonymous says:

      lawak r ko ni melati..mula2 kutuk neelofa skg uqasha in future xtau le sapa

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko jgn jeles la melati. memang dier akan tunang dgn hartawan pun bukan sekadar cakap kosong atau bawak kereta handbrake tarik

      0

      0
  6. BorakArtisMalaysia says:

    Kalau korang nak tahu bakal isteri hans ni adalah BELLA si penulis ruangan ini,tol x bella hahaha dah kantoi jgn mare…

    0

    0
  7. mizz muzzy says:

    Hans dgn miss msia universe la. Apa tah namanya. Takde dgn lopak punye la.
    Elok la tu hans.. kawin dgn pompuan seagama dgn ko.

    0

    0
  8. Ros says:

    Baguslah hans, since ko pun dh bukan hero malaya lagi. Bp pompuan yg ko dah pakai kan. Sape yg dpt ko last ni nak kata bertuah idakler, tp selamat la kot since ko dh puassss enjoy dengan gaya hidup nasrani mu. Semoga berbahagia dan sukses selalu, kami doakan.

    0

    0
  9. limah says:

    kawin tp kalau dgn islam dia masuk islamlah…alhamdullillah kalau gitu..

    0

    0
  10. tecit says:

    apehal ko hans. yakin dapat jadi penyayang? iyekkkk. gelinyeee puji diri sendiri. a wise n matured guy wont ever said this.

    aku nasihatkan ko jgn byk sgt ckp la. bia tau2 dah menjempot je. baru orang xbosan. ini asyik2 tgh cari. dah becinta. tunggu sidang media nt.

    xpyah bla3 ni sume. biar tau2 ade invitation jee. baru gempakkk.

    0

    0
    • tecit tu alien ke? says:

      pesal dgn si tecit ni kena sawan vavi ke pagi2 da menganjing.. bia la hans tu nk jd penyanyang ke ape?ak rse si tecit ni kurang ksih syg la sbb tu meroyan tgk hans yg ensem penyanyang lg…kesian ko tecit hans jwb soklan wartawan ko plk yg meroyan kt sni hahaha

      0

      0
  11. dina says:

    haraplah hans kahwin dgn neelofa….sesuai…sama2 hensem dan cantik and mature. even masa awal2 dulu pun xde lah gedik dua orang ni. dah dapat pangkat dato pun hans ni….neelofa jadi datin lah…masing2 pun berduit…otak bisnes.

    0

    0
  12. tikui says:

    muka dah tak hensem,dah nampak tua kendur…tak jaga ka,umur kan tua sgt pun

    0

    0
  13. Anonymous says:

    hans ni nmpk tua la…sama2 geng ngan dia pn muka x nmpk tua mcm dia ni…

    0

    0