Written by AbangNara | October 28th, 2015

Haniya adalah nama untuk anak perempuan. Ia membawa maksud anak yang memberi kegembiraan ke dalam hati kedua ibu bapanya. Ia juga membawa makna seseorang yang menjalani kehidupan gembira dan tenang.

Impian seorang gadis ialah untuk memiliki baju yang banyak sehingga ruang simpanan tidak mencukupi. Namun di zaman sekarang yang mahal serba-serbi, ia adalah satu impian yang sukar untuk dicapai. Oleh kerana itu, Haniya Muslimah Wear direka khas dengan visi untuk menjadi satu jenama pakaian Muslimah yang bergaya dengan harga yang berbaloi.

Haniya Muslimah Wear dengan usaha keras untuk kesemua prosesnya termasuklah mencari bahan, mencipta rekaan, pembuatan, photoshoot, pembungkusan, penghantaran dan paling penting, servis selepas penjualan. Selain itu Haniya Muslimah Wear juga hanya dijual secara online untuk memastikan harganya tidak terlalu mahal berbanding jenama lain.

Usaha berterusan ini telah berjaya dalam memastikan Haniya Muslimah Wear mengeluarkan rekaan baru setiap bulan demi untuk memuaskan hati pelanggan mereka. Jom kita tengok koleksi Haniya Muslimah Wear untuk bulan Oktober 2015.

haniya

Haniya Leather Lace Design Kurung Modern dan Mermaid Cut Skirt direka dengan lace kulit pada bahagian pergelangan tangan dan secara menegak. Yang paling mencuri perhatian ialah potongan pada bahagian atas baju kurung ini yang padan dengan sempurna sekali dengan skirt yang dipotong seperti duyung. Ia dijual pada harga RM89.90 sahaja dan terhad kepada 100 helai sahaja, kerana mahukan pemiliknya merasa ekslusif. Untuk tampil lebih menawan, disyorkan untuk anda membawa handbag kulit yang dijual pada harga RM47.90 sahaja.

haniya

Haniya Bohemian Flowered Pattern Mix Colour Long Dress Jubah ini dijual pada harga RM74.90 sahaja. Ia hadir bersama lengan yang dicetak dengan rekaan istimewa. Jubah ini nampak klasik kerana ia mempunyai warna yang pelbagai dan juga corak Bohemian pada bahagian bawahnya. Hanya 100 helai akan dijual untuk setiap warna.

haniya

Haniya Special Gathered Front Sleeve Plain Blouse ini mempunyai lengan yang panjang dan rekaan unik bergetah padanya. Dengan butang di bahagian belakanganya, blouse ini memudahkan para gadis mengambil wuduk. Ia kini dijual pada harga RM34.90 berbanding RM79.50 pada awal penjualannya. Seperti biasa, ia terhad pada 120 unit dan didatangkan dalam warna purple, peach, blue dan army green.

haniya

Material Haniya Plaid Design Blouse’s amat lembut dan sangat selesa untuk kulit. Datang dengan lapisan penuh pada blouse dan juga rekaan kotak-kota yang amat menarik perhatian. Sesuai untuk dipakai ketika pergi kerja, jalan-jalan, majlis perkahwinan atau apa jua majlis. Outfit of the day (OOTD) anda pasti akan sempurna jika memakai blouse ini bersama dengan handbag penuh elegan yang berharga RM47.90. Blouse ini dijual pada RM34.90 (harga sebelum RM69.85). Anda boleh memilih warna putih, hitam, biru dan peach.

haniya

Haniya Flowered Printed Design Blouse ini amat sesuai jika digayakan sebagai kasual dan juga untuk ke pejabat. Ia mempunyai potongan bulat pada leher dan juga lengan yang panjang. Apa yang membuatkannya kelihatan menawan ialah cetakan istimewa pada bahagian kanan. Sekali pandang, pasti terpikat. Dengan harga RM37.90 (harga sebelum RM89.90), blouse ini terhada pada 120 helai sahaja.

haniya

Terhad kepada 120 helai sahaja, Haniya Floral Printed Design dan Patch Pocket Blouse ini mempunyai ruang poket pada bahagian kanannya. Selain itu, bahagian kanan blouse ini turut diserikan dengan cetakan berbentuk bunga dan bahagian belakangnya mempunyai butang. Boleh dipakai untuk ke mana-mana sahaja. Harganya? Cuma RM35.90 sahaja (harga sebelum RM83.74)
haniya

Haniya Floral Printed Design dengan U Shape Blouse ini sangat sesuai untuk digayakan ketika ke pejabat dan juga di waktu kasual. Blouse ini mempunyai cetakan berbentuk “U” di bahagian dari bahagian sisi dan belakangnya. Bahagian leher pula berbentuk bulat dan sudah tentu lengannya panjang. Datang dengan warna dark brown, turquoise serta kuning. Ia kini dijual pada harga RM35.90 berbanding RM83.74 untuk 120 helai sahaja.

Untuk makluman, Haniya Muslimah Wear hanya boleh didapati secara online dan penjual rasminya tidak lain tidak bukan ialah Nile.com.my, your trusted online shopping mall. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Haniya Muslimah Blouse di sini atau Haniya Muslimah Jubah/Baju Kurung di sini. Pastikan anda segera memiliki setiap rekaan kerana ia dijual pada unit terhad. Setiap rekaan didatangkan dengan saiz S sehingga XXl.

Selamat membeli-belah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to Haniya – Kegembiraan Dan Gaya Hidup Yang Bergaya

  1. minah jambu says:

    boleh tahan murah jugak dia punye harga boleh order ?

    0

    0
  2. mini senduk says:

    video ni lagu apa? terus rasa nak beli

    0

    0
  3. mendouza says:

    hurmmm yg songket tu cantik utk i pegi buat show

    0

    0
  4. Saerah says:

    Dah beli blouse plaid design warna peach. Sangat2 cantik. Lining sampai ke lengan. lining dijahit hujung lengan tu, x dibiarkan loose mcm kebanyakan baju with lining. Lining pulak dari material yg sgt comfortable…bole cash on delivery lagi for KL/PJ..(i’m not the owner tapi seorang customer yg sgt berpuas hati)

    0

    0
  5. Ila.. says:

    Cam mane nak beli…Suka la yg blouse kotak2 n kurung modern tu..

    0

    0