Written by Bella | April 2nd, 2015

Bakal bernikah pada tanggal 5 Jun depan, pengacara Hanis Zalika mahu menggunakan tempoh dua bulan sebelum tarikh pernikahan untuk mengenal tunangnya Hairul Azreen dengan lebih mendalam agar ia akan lebih mudah jika mereka sudah bergelar suami dan isteri kelak. Buat masa ini Hanis sedang memanfaatkan masa yang ada untuk mendekati Hairul.

Itu benda paling penting dalam fasa pertunangan ini supaya saya dapat tahu dan belajar memahami dia dengan lebih terperinci dan mendalam.

Jadi apabila kami sudah berumah tangga nanti senanglah sikit untuk melayari kehidupan baru itu bersama. Saya harap sangat tempoh ini memadai untuk saya mendekati Hairul.

Pelbagai bahan bacaan tentang tips untuk menjadi isteri dan alam perkahwinan sudah dibaca oleh Hanis bagi menambah ilmu pengetahuan serta sebagai persediaan baik dari segi mental mahupun fizikal untuk menempuhi alam perkahwinan dan bergelar seorang isteri.

Pada masa yang sama beliau berharap segala persiapan berjalan dengan lancar dan tidak dilanda dengan ujian yang berat sepanjang tempo pertunangan. Ini kerana kata orang-orang tua mereka yang bertunang ini akan menghadapi pelbagai cabaran.

Yang saya tekankan sekarang adalah persediaan mental dan diri sendiri untuk jadi isteri orang. Saya banyak dengar ceramah dan baca buku untuk tambah ilmu pengetahuan.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Yang paling saya harapkan dalam fasa ini (pertunangan) kami tak diuji dengan hebat yang di luar kemampuan diri.

Semoga kami dapat harungi fasa ini dengan baik, insyaAllah. Mohon semua doakan yang terbaik agar kami dapat disatukan.

 Bukan mudah untuk seseorang itu melangkah fasa yang baru terutama sekali jika sebuah perkahwinan akan terbina. Mungkin pada mulanya, kedua-duanya akan merasa sedikit kekok tetapi jika sudah selesa nanti pasti anda berdua akan tahu baik atau buruk pasangan anda. Persediaan secara mental dan fizikal sememangnya perlu. Buat Hanis dan Hairul kami harap segalanya berjalan lancar untuk anda berdua.

Sumber Berita: Harian Metro

 

23 responses to Hanis Zalikha Mahu Kenal Hairul Azreen Lebih Mendalam Sebelum Nikah

  1. tanpa nama says:

    gmbr 1st ingtkn erra.

    0

    0
    • roke says:

      tang mana erra . depan camera boleh tutup elok2. blkg kamera hmmmmm

      0

      0
      • noks says:

        Tak payah la hanis. Lepas dah kahwin nanti kenal la puas2 laki kau tu. Apa yang kau kenal sebelum kahwin tu mungkin 10% diri dia. Lagi 90%, lepas tinggal sama2. Trust me im telling the truth. Nanti dah kenal 99.9% boleh la buat press conference ya lol

        0

        0
        • umno celaka says:

          Selagi ada GST, selagi tu aku tak halalkan duit yg kerajaan dapat. Nabi suruh tunaikan zakat bukan GST. Mati2 BN cakap tak membebankam rakyat. Padahal si Najib tak pernah hidup susah. Next pilihanraya, harap Si Babib Tun Razak tumbang!!!

          0

          0
        • ema says:

          betul2..mmg pon…masa sebelum kawen tak berani nak marah,pukul lagi takut kena tinggal, tak berani nak kentut depan2, malu katanya,sebelum kawen tak tau pasangan pengotor, pemalas sebab kalau keluar sama pun pakai cantik2, smart2..tak nampak langsung sisi pengotor n pemalasnya..sebelum kawen boleh berlakon…huhuhu

          0

          0
  2. aku says:

    Zaman nie,bila dh bertunang makin dekat..tp bila dh berkahwin makin jauh plak..seeloknya dok rumah jg diri baik2.elakkan berjumpa sllu.buat stail mcm org dolu2.dh kawin nti nk dekat camane pun dekatlah..barulah rumahtga aman bahagia

    0

    0
    • misiku mee tarik says:

      ooo, slama ni dok bercinta berkepit berdua, kehulu kehilir, peluk2, bercuti ke paris la ke london la tak terperinci lagi la eh… macamana terperinci tu eh..?? syok gak dengar.. :p

      0

      0
  3. Joyah Pok Pek says:

    Selalu perempuan yg put effort sblm kawin baca buku agama, kekeluargaan, bljr memsk, mengenal hati budi bakal suami, keluarga dan sedara mara mertua, bakal suami buat persedian apa??? persediaan goyang kaki lepas kawin makan minum pakai kemas semua bini buat..hidup mudah senang sebab semua diuruskan..alahai~~typical Malaysia culture suppose to followed Rasullulah S.A.W married culture *sigh*

    0

    0
  4. mimi mazola says:

    Ok juga idea hanis tu..tp percayalah lps.kawen barulah tau true colors masing2…dah xdan nk refer buku2 tu yg mcm too good to be true..hohoho..

    0

    0
  5. pariapa says:

    Dah tawen br tau perangai sebenar..jgn terkejut udah ler…

    0

    0
  6. koala bear says:

    Xyah nak kenai mendalam sgtlah dlm masa betunang ni..ini sume poyo??!!!!@!

    0

    0
  7. ponti brunei says:

    Btw i just nak tya.blog u masih penuh dgn photo zaman jahilliah u..bila nak delete..ke u x perasan??saja lah i nak bgtau kan.kan.kan…

    0

    0
  8. jojo says:

    better kenal lah after nikah nanti.. semuanya akan tahu..
    baik buruk semua nampak..
    skrg ni tak duduk serumah.. tak nampak semuanya..

    0

    0
  9. cik mek molek says:

    Hurm whateverlahhhhhhhhhhhhhhh… Nexttttttttttt

    0

    0
  10. pelik tp benar says:

    hmm org lg nk bercinta lps nikah, ni terbalik la pulakkk, di manakah kemanisan itewwwww

    0

    0
  11. adam says:

    ckp mcm bru jumpa tunang smlm…padahal dh berkawan 11 thn kot sblum ni…siap pegi london paris sama2…poyo je ayat2 camni

    0

    0
  12. Teddy Bear says:

    hmm org lg nk bercinta lps nikah, ni terbalik la pulakkk, di manakah kemanisan itewwwww

    0

    0
  13. Anonymous says:

    bagusla..memang itu tujuan sbenar btunang..tuk mengenal hati budi..tp tu pun mungkin 50% je yg keluar..100% perangai akan keluar selepas kawin nanti..

    0

    0
  14. bubble gum says:

    semoga segala yang baik2 utk anda berdua… love is in d air ~~

    0

    0
  15. Anonymous says:

    jaga peribadi dan akhlak
    yakin…
    jodoh yang baik untuk orang yg baik…
    tu kn janji Allah.. x payah nk pening2

    0

    0