Written by Bella | April 10th, 2015

Baru sahaja mengikat tali pertunang dan bakal bersatu tidak lama sahaja lagi, Hanis Zalikha memberitahu beliau kini jarang bertemu dengan tunangnya Hairul Azreen kerana ingat pesan orang tua-tua bahawa tempoh pertunangan akan ditimpa banyak dugaan.

 Malah, Hairul juga sering mengingatkan beliau jika berlaku sebarang salah faham ataupun pertelingkahan adalah lebih baik untuk tidak menyebat perkataan putus, kerana setiap kata-kata itu ibarat satu doa.

Saya percaya apabila orang mengatakan banyak dugaan ketika berdarah manis, kerana syaitan memang tidak suka manusia melakukan perkara baik dan sebab itu setelah bertunang, kami membuat keputusan untuk jarang berjumpa dan elakkan keluar pada waktu malam.

Selain itu, Hairul dari dulu berpesan dengan saya, jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan sesekali menyebut perkataan putus atau sebaliknya kerana setiap percakapan adalah doa. Jadi saya sentiasa berhati-hati dan kami sedaya upaya menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik.

Hubungan Hairul dan Hanis menjadi ikutan ramai setelah aktres tersebut dilamar secara mengejut di siaran langsung pentas akhir konsert Gegar Vaganza. Mereka telah bertunang pada 21 Mac lalu dan bakal bernikah pada 5 Jun depan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada tanggal 14 Jun 2015.

Lebih baik untuk kalian tidak berjumpa selalu kata orang darah manis bukan? Dugaan dan ujian yang menimpa pasangan bertunang ada kalanya berat dan menggugat rasa kasih dan sayang. Apa-apa pun, kami berharap segala persiapan berjalan dengan lancar. Amin

Sumber Berita: Media Hiburan

 

24 responses to Hanis Zalikha Elak Berjumpa Terlalu Kerap Dengan Hairul Azreen

  1. Anonymous says:

    bagusla…xelok n berdosa kalo asik jumpee..yela dosa mata..dosa hati…salam jumaat

    0

    0
    • Tolak GST says:

      Kita tidaklah membantah GST tetapi yang kita bantah sekarang ini kesan kerajaan pimpinan Najib Razak terlalu boros membelajakan wang rakyat tidak ke arah yang sepatutnya seperti beli jet, hutang membengkak perlu diselesai dan hutang 1MDB dan segala macam kebobrokan hingga rakyat menderita kesan kepincangan kepimpinan yang mereka laksanakan. Mana adilnya???

      0

      0
      • Olga says:

        GST tak salah dan kerajaan pun tak salah,yg salah rakyat kerana tersilap pilih pemimpin.’terlajak perahu boleh diundurkan,tapi terlajak pilih pemimpin tanggung sendiri…opsss.

        0

        0
        • Oleh Itu...GST HARAM ya!!! says:

          Islam hanya membenarkan cukai untuk menampung keperluan negara, jika berlaku keperluan mendesak bukan akibat ketirisan dan pemborosan serta hanya untuk golongan berkemampuan.. realitinya kerajaan masih mempunyai sumber lain untuk dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan negara tanpa perlu mengenakan cukai GST. Realitinya ialah kerajaan masih berboros dalam berbelanja sehingga berlaku belanjawan defisit 18 tahun berturut-turut dan masih berlaku ketirisan dalam pengurusan perbelanjaan negara sehingga dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion setahun sebagaimana semakan berdasarkan Laporan Audit Negara.

          Najib sila berundur…..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Harap maaf topic yg kita bincang ialah isu GST bagi pendapat saya walaupun kita mansuh kan 16% tetapi hakikat kita membayar lebih dari 16% pengguna yg terakhir adalah mangsa keadaan.Cuba kaji balik yg tak layak kena gst tapi bila mereka beli bahan mentah mereka kena gst untuk tampung gst mereka terpaksa naik harga barang untuk menampung kos mereka

          0

          0
        • #JustSaying says:

          Tadi sempat Solat Jumaat di Masjid Negara bersama sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan selesai solat, rakyat masih mengerumuni beliau untuk bersalaman. Masih sama. Beliau pun nampak ceria harini. Semoga beliau diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Tiada tempat khas…ataupun layanan istemewa. Solat spt orang lain.

          0

          0
  2. GST Haram says:

    GST hukumnya haram!!!!!

    0

    0
  3. Shhh says:

    Kenapa aku rasa Haniz nmpk tua dari Hairul..Hairul mcm budak remaja baru nak up..Hairul kena ubah sedikit imej..kalo tak tergelam Haniz.hahahahahaha

    p/s: NAJIB TLGLAH LETAK JAWATAN. KAMI DAH TAK MAMPU NENGOK KAMU SBAGAI PM..SILA LAH BERSARA…

    0

    0
  4. Yahudi says:

    malas nak layan gopssi basi ni

    0

    0
  5. Zul says:

    kawin je la…abih cite…

    0

    0
  6. sukasuki says:

    Kekniss pakaian tu longgarlah skett..awk kan dah bertudung…

    0

    0
  7. baguslah. kau tu tak asyik tunjuk ketiak je, orang dah meluat.

    0

    0
  8. Hurmmmm says:

    Tak sabar dah nk jadi laki bini. Menggelupor!

    0

    0
  9. biar la dia nak jadi laki bini pun. bukan sumbang mahram

    0

    0
  10. lepas kawin berenti je berlakon. lakonan pun kayu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ramai je lagi…
      tp dh ko pun tak pandai jaga maruah…so kawan2 yg ko jumpa smmua mcam ko la

      0

      0
  11. Fans says:

    Tu yg seelok nya..pndai mak ayah Hanis mnddik ank2.jgn pkir 2-3 bln nk kwin dh blh serah dara tu.mne ade lg pompuan zaman skrg yg pndai jga dri dan mruah dah?smoga prkahwinan mreks d brkati Allah s.w.t.

    0

    0
  12. KAK KIAH bulu lebaTt says:

    Tak baik ko salahkan Setan aje.
    Yg nk meraba dan merasa ada lah korang sendiri.
    So jaga la maruah masing2 .
    Ni yg Ada kan GST pun bukan setan yg buat.. Manusia jugak yg jahat..
    Kesian mak pak aku .,

    0

    0
  13. Tahlia says:

    Mengada-ngadalah.
    Ladies and Gentlemen.

    Orang bertunang dan berkahwin setiap hari di pelusuk dunia. Sama ada setuju atau tidak, sebagai dewasa kita generally sudah tahu adat and pantang larang semua. Even yang single dan belum bertunang pun tahu.

    Mana2 artis menggunakan pertunangan atau perkahwinan dan merasakan bahawa mereka ini “extra special” and “oh so suci, murni dan pasangan paling bertoleransi sekali di dunia”… ini membuatkan saya rasa nak muntah.

    Janganlah kita jadikan mereka sebagai “benchmark” kehidupan. Sesungguhnya niat sebenar mereka adalah ntuk mendapatkan sponsors besar ntuk hari besar mereka. That’s the truth. Setiap pos dan artikel “sweet”2 sebegini adalah marketing paling besar yang ramai tidak tahu.

    Tunangan atau perkahwinan yang baik tak perlulah diangkat dan dijulang. Ia sama seperti mencari nama, bukan setakat penuhi tuntutan agama.

    Adakah saya jelous? Should I? Yes. Saya jelous. Saya jelous dengan ibu bapa saya. Nikah, tiada persandingan dan tiada majlis besar-besaran. Namun, nilai dan harmoni dalam perkahwinan ibu bapa saya, tiada tandingan. Contohi org tua yg makan garam terlebih dahulu.

    I bid Hanis and the tunang for the best, anyway.

    0

    0