Written by AbangNara | July 2nd, 2013

Selalunya percintaan yang gagal di tengah jalan adalah kerana kewujudan orang ketiga. Rumahtangga banyak runtuh pun kerana si suami melayan wanita lain dan si wanita mengorat suami orang. Namun dalam perhubungan Hanez dan Awi, tiada unsur orang ketiga yang menyebabkan hubungan mereka putus.

hanez suraya

Secara logik, kalau ada orang ketiga yang nak mengorat Hanez memang boleh diterima akal. Orangnya memang cantik. Walaupun sudah berpisah, Hanez masih gagal melupakan Awi. Kata Hanez kepada Mstar Online:-

Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.

Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.

hanez suraya

Mungkin ada jejaka di luar sana yang sudah memasang niat untuk mengorat Hanez. Lupakanlah hasrat anda itu. Hanez buat masa ini ingin memberi fokus kepada kerjayanya. Kata Hanez:-

Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya

Jadi diharap kepada yang nak mengorat, silalah bersabar. Bagi peluang untuk Hanez kembangkan bakat dan kerjaya lakonannya terlebih dahulu. Bagilah dalam setahun dua. Lepas itu kalau anda nak mengorat Hanez, dipersilakan. Hehehe.

P.S: Proposal yang sangat romantik

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Kewujudan Orang Ketiga

  1. LESONG says:

    muka mcm sombong, tapi cun beb!

    0

    0
    • roonay says:

      next gossip..plzzzzzzzzzzzzzzzz

      0

      0
      • Liaa says:

        xkenal maka tk cinta. Muka I pon jenis muka2 kekwat , i pon cun mcm Hanez gk tp I tk smbong .

        0

        0
        • miss ynwa says:

          i muke cun cam saing2 hanez suraya gitewzzz tapi i x sombong sebab tu…laki uolsssssssssssssss pon melekat kat iii …aummmmmmmmmm3

          0

          0
  2. key Pop says:

    pergh…kulit muka dia…waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh

    0

    0
  3. kakigosip says:

    Dua-dua tak best.next gosip!lantak la diorg nk bercinta ke putus ke ..psl apa.

    0

    0
  4. AKU says:

    dah kene.. lum x nie…ke awi rafael tu ek

    0

    0
  5. paukaya says:

    habis madu sepah dibuang..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Ada hikmah disebalik semua ni…lagipun awi tu bukan sesuai sgt dgn ko hanez…dgn tatoo bagai dia tu…Allah akan bagi terbaik untuk semua umat Nya…yg penting ko maintain cun ok hanez..kau mmg jelita!!!

    0

    0
  7. Mata bulat says:

    Hanez ni natural beauty kat luar tak make up pun memang cantik dan tinggi..
    dia nampak sombong tapi tidak sebenarnya..

    0

    0
  8. den la ni says:

    sudah cukup-cukup sudah..cukup sampi di sini saja..

    0

    0
    • Glamer Gilerrr says:

      Hanez mmg lawa kat luar… dia tak make up lgsung pun tetap lawa…. Kulit dia mmg dh asli gebu & licin…

      0

      0
  9. mak dare says:

    cantekk.xmcm si lopak muke plastik

    0

    0
    • nonanoni says:

      neelofa tu gadis cantik,garang dan bijak ..bagus perwatakannye. knape nak jeles?
      kau takde kan…

      0

      0
  10. minah says:

    penah nampak die ni kat ecurve…tgok wayang…xsombong sbb bila senyum, dia balas balik senyum…tak mcm sesetgah artis..belom femes dah sombong…hagak2 sape la retis tu…hahahaha

    0

    0
    • Anonymous says:

      retis tu tak dengar lah tu kau panggil, tak kan bila jalan asyik nak pusing belakang depan, atau pun kau ni jenis gatal tak…retis mana yg nak layan org gatal, aku pun tak nak layan hahaha

      0

      0
  11. mak dare says:

    lopak kan artis tuu

    0

    0
  12. BUNKFACE NO.1 says:

    gambar yg first macam hantu pontianak…jeling macam tu, serammm

    0

    0
  13. miss s says:

    cantik xpki mekap..

    0

    0
  14. Malebes says:

    Guys, dari menambah dosa mengutuk org, pekata bg yg Muslim, tlg sedekahkan Al-Fatihah kpd bapak kwn aku yg baru meninggal semalam, dapat pahala korang. Terima kasih byk.

    0

    0
  15. lagubestbest says:

    Umo n tinggi dia bape yek?

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Hanez ne mmg cantik tp ntah npa x minat.. Hurm

    0

    0
  17. […] Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Kewujudan Orang Ketiga (22) […]

    0

    0
  18. […] Hanez Suraya Dan Awi Rafael Berpisah Bukan Kerana Kewujudan Orang Ketiga (24) […]

    0

    0