Written by Bella | April 7th, 2016

Terkejut juga kami apabila ada akaun Facebook dengan nama Hanez Suraya menjual lesen terbang secara online. Rupa-rupanya itu bukanlah Hanez Suraya tetapi ada pihak yang mewujudkan akaun Facebook palsu dengan menggunakan namanya untuk menjalankan aktiviti yang salah di sisi undang-undang.

Perkara itu hanya disedari oleh Hanez Suraya apabila beberapa pihak menghubungi beliau dan meminta Hanez untuk berhati-hati dengan perkara tersebut.  Malah, Hanez juga ada menerima e-mail daripada mereka yang terpedaya untuk membuat urusan berkenaan.

Pada mulanya saya pelik kenapa ramai yang e-mel saya untuk bertanyakan tentang urusan tersebut kerana mereka terpedaya dan menyangka ia kepunyaan saya.

Selepas itu, barulah saya kesan terdapat satu akaun yang menawarkan perkhidmatan itu. Saya sudah meninggalkan mesej agar dia berhenti mengaitkan nama saya.

Jelas Hanez, beliau mendapati akaun berkenaan diwujudkan sekitar dua tahun lepas dan ia pada asalnya satu akaun untuk memburukkan artis.

Akaun palsu itu sudah lama wujud kira-kira dua tahun lalu. Selalunya dia gunakan akaun itu untuk komen di laman-lama web artis untuk memburukkan sesuatu.

Namun, sekarang sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar lagi dengan mereka yang menggunakan nama saya untuk tujuan jenayah seperti itu.

Bengang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu, Hanez bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat agar namanya tidak lagi terbabit dalam aktiviti haram berkenaan.

Saya malas nak layan, tetapi bila fikir balik ia adalah sesuatu yang agak serius dan saya harap pihak polis ambil tindakan kepada individu tersebut.

Banyak dah individu yang menggunakan nama artis untuk mewujudkan akaun palsu dan menjalankan kegiatan haram di laman sosial. Harap orang ramai selepas ini tidak mudah terpedaya dengan kes-kes sebegini. Kalau hendakkan lesen, buatlah dengan cara betul. Tidak adalah nanti ada orang yang menjadi mangsa kerana pemanduan anda yang tidak mematuhi undang-undang.

Sumber Berita : mStar Online

13 responses to Hanez Suraya Berang Ada Akaun FB Palsu Gunakan Namanya Jual Lesen Terbang

  1. Anonymous says:

    Hahahaaa org tu pun pandai pilih nama artis yg dah busuk utk lg menbusukkn nama Hanez oii.. Mereput la ko lpas ni….

    0

    0
  2. miranda says:

    Comelnye anak perempuan dia…

    0

    0
  3. melati says:

    balasan lew tu… jp lagi balasan Madu palsu akan tiba…….kikiki

    0

    0
  4. Wow says:

    Wow. Berhijab tapi telanjang. Pakai pakaian ketat macam tu (Jumpsuit kuning) takder beza dengan org yang tak berhijab. Beza nya cuma tutup rambut ngn leher jer.. Diharap berubah~

    0

    0
    • sona says:

      dengki ker…setiap manusia ada cuba memperbaiki diri….

      0

      0
      • kamal says:

        Sona…….bukan sebab dengki la bodoh mmg dh terang2 dalam Islam x bole pakai pakaian yg menyerupai seperti tidak berpakaian (telanjang). ni la manusia skrg bila ditegur x bole terima pastu ada pulak yg menyokong benda yg salah….

        0

        0
      • Wow says:

        Ko mmg spesis pak jib. Tak dapat ditego ponn.. Waima benda yang betol. Harap Talkin untuk ko!

        0

        0
    • Anonymous says:

      laki dia kan dayus dia suka bini nya telanjang………….. dulu pakai baju budak2, skirt pendek, shortpants senang masukkan tangan sekarang main balut2 main raba2………

      0

      0
  5. Cik green says:

    Lesen palsu patut la ramai drive mcm x bljr undang2. 2 tahun plak tu… jpj oi…. police oi …. tu la sibuk politik sgt…

    0

    0
  6. gaga says:

    Anak dia muka mcm liyana manan..

    0

    0
  7. anon says:

    kepala tutup tapi kenapa pakai baju yg sendat sngt tu…..blh nampak bukit bukau. Artis2 yg bertudung ni mcm bertudung nak publisiti je. Pakai sendat gier…..ziana, rozita, rebeka islam,..

    0

    0
  8. darus says:

    Hahhhhhhaaaaa kelako!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    aku nak la lesen ni

    0

    0