Written by Bella | August 26th, 2015

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, Hanez Suraya masih lagi dihantui oleh kontroversi lama beliau bersama suami Romie Razin Adilha apabila ada pihak yang tidak senang hati dengan kebahagiaan mereka sekarang.

Pelbagai tomahan dan berita tidak benar disebarkan meskipun Hanez kini sudah hamil anak mereka selama 4 bulan. Namun, buat Hanez  tidak mahu cepat melatah dan memikirkan perkara tersebut  kerana tidak mahu ia dipanjangkan dan menjejaskan masa depannya.

Berbicara mengenai gosip rumah tangga beliau bermasalah hanya kerana satu foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram baru-baru ini, Hanez sedar masih ada lagi pihak yang dengki dengan beliau. Walaubagaimanapun, beliau sama sekali tidak terkesan dengan berita itu dan mengakui bahagia di samping suami tercinta.

Orang luar tak tahu apa yang berlaku, tapi terus menuding jari mengatakan hubungan kami sedang retak. Saya pelik bila sekeping gambar sahaja boleh timbul pelbagai andaian tentang rumah tangga saya.

Memang saya tahu ada individu yang masih dengki dengan saya dan tak mahu lihat saya bahagia dengan perkahwinan ini. Melihat kepada situasi ini, saya sedar orang kita ini memang suka ambil tahu hal orang lain berbanding hal sendiri. Apa pun yang berlaku, jujurnya saya sedikit pun tidak terkesan dengan cerita-cerita tersebut kerana apa yang pasti hubungan kami berada dalam keadaan baik.

Hanez juga sempat meluahkan rasa teruja beliau untuk menyambut kelahiran bayi pertama beliau yang bakal lahir pada hujung tahun ini.  Ditanya mengenai jantina anak mereka, aktres tersebut dan Romie telah membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut buat masa ini.

Setiap manusia ada lakukan kesilapan dalam hidupnya dan jika kita terus menghukum mereka kesalahan tersebut masih tidak dapat diperbetulkan bukan? Doakan sahaja agar Hanez Suraya kekal bahagia dan selamat bersalin tidak lama lagi.

Sumber Berita: Utusan Online

12 responses to Hanez Suraya Akui Bahagia Bersama Suami: Tidak Sabar Timang Cahaya Mata

  1. mak jemmsssss says:

    asik-asik la cite psl dua org ni…slalu sgt artis kalo sblm ni bad record atlast yg tu la slalu disebut-sebut n dipuja-puja…bosannnnn… next please.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    sape la nk dengki dgn ko weiii… aduh prasaan.. bkn dengki laa silap tu… tapi benci.. benci myampah sbb ko bole wat muka suci atas air mata org lain… bru org ckp ckit dh kta org dengki!! dulu ko amik tau hal laki org tu sbb apa??? ok2 bkn dengki…tpi gatallll

    0

    0
  3. acik says:

    nasihat saya – just diam jela HS.. that’s better.
    and jagalah hati org lain sama.. straight to the point, ex-wife ur hubby.
    she might saying “I’ve moved on.” the reality is, there’s always the scar.

    simpan utk diri sendiri, itu lebih baik.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    kesian…ni laa die ARTIS…bl dh byk sgt kontroversi dl,dh kawen ttb pkai tudung dgn harapan peminat akan terima blek dan lupakan ape y die dh buat…urmmm…aku ssh skit nk percaya artis y dl bad story berubah dgn drastiknya jd baik…mmg laa semua org blh berubah yee btl..tp bl ko ikhlas berubah ke arah kebaikan ada baik x perlu nk menunjuk sgt..untuk ape??nk bgtau kat ex-wife hubby ko y korg ni bahagia pastu nk ckp laa y ko je dpt bahagiakan si romi ni..huh…setiap sesuatu perbuatan tu ade niatnya..hnya Allah sj y tau niat ko y sebenar2nya hanis oii… klu btl niat ko ikhlas,harap romi tu pn berubah laa jd laki bertggjwb jd imam ko dan slalu solat jemaah bersama di rumah yee…semoga mendapat keberkatan..

    0

    0
  5. sobena says:

    errr…sapelah yg nk dengki dgn ko..
    ko bahagia ke, derita ke, tu takdir ko..tpi utk dengki pd ko, mmg xlah !!

    0

    0
  6. irish says:

    eeee….pls la PERAMPAS ni…takde sapa nak dengki dengan ko pun…sampai ko mereput pun takde sape kisah…

    0

    0
  7. aku yang meluat says:

    ada aku kesaahhh? dik ko tak yah lah sibuk kat industri ni… well…we all semua dah accept the fact yang ko bahagia dan tak sabar nak beranak pinak. cuma bila lak ko nak terima hakikat yang ko dah tak diperlukan atau dialu alukan di dalam industri ni? please lah….wake up…. jangan poyo sangat boleh? simpan sikit poyo tu untuk bekalan masa hadapan kot kot lah nanti laki ko buat hal. hokeh?

    0

    0
  8. miss aloya kueh lapis says:

    tak kisah la sape nak benci or suka die ni…yg aku pelik camne la nara ni asyik publish benda yang sama..kite sebagai pembaca dah naik muntah…pic pun dah kuarkn aritu…benda recycle je artikel nara ni…grow up la nara…

    0

    0
  9. zabedah zabit says:

    who care dia ni..

    kak bed rasa, dia bayar nara suh publish cte dia ni..dah mengandung tu duk diam2 selalu kuar dlm tv ke blog..ramai yg meyumpah..ko tu dah megandung..

    0

    0
  10. suraya says:

    Biar pun dia berlakon lagi, tetap boikot, macam Memey dan rakan2nya yang lain. Diam2 di rumah jangan jalan2, sekarang tak payah eskot orang pegi minum2, bekelah, eskot romiang jak, lepas tu jaga anak, romiang nak cari bini baru

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Perempuan ni gila ke apa ??? Pelik2.. eh..perampas tak ada siapa DENGKI dgn kau. Kau tu siapa??? NOBODY jangan gila menuduh orang. Orang.BENCI KAU PERAMPAS. . Lps beranak MEROYAN kot siperampas ni

    0

    0