Written by AbangNara | December 10th, 2015

Kerana satu gambar dengan caption bertulis “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!” oleh Azian Mazwan Sapuwan, terus timbul desas-desus bahawa kata-kata itu ditujukan kepada Faradhiya. Semua sedia maklum bahawa Azian Mazwan Sapuwan telah tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 2 yang menyaksikan para peserta berentap dengan tema “Karok Tarik”. Susulan caption tersebut, ramai yang beranggapan ia ditulis dengan tujuan mahu menyindir Faradhiya yang gagal memberikan persembahan terbaik kerana masalah kesihatan.
azianSecara jujur, Abang Nara baca kata-kata yang ditulis oleh Azian Mazwan Sapuwan memang tak ada terlintas ia adalah satu sindiran. Cuma ia adalah satu luahan hati dari Azian yang puas hati dengan persembahannya di Gegar Vaganza 2. Pelik sungguh bila ada manusia-manusia yang cuba mengaitkan kata-kata itu dengan Faradhiya. Enggan pihak luar salah faham, salah seorang finalis GV2, Haiza tampil menjelaskan hubungan mereka di dalam GV2 adalah seperti adik beradik. Kata Haiza:-

Kami sesama bintang GV semuanya dah macam adik-beradik. Saya kesal dan terkilan ada segelintir pihak cuba nak melaga-lagakan kami.

Kami rapat dan saling menyokong antara satu sama lain tetapi macam-macam analisis yang orang di luar sana buat hingga cuba melagakan kami.

Saya harap kami bintang peringkat akhir GV tidak termakan atau terpengaruh kata-kata yang melaga-lagakan. Harap semuanya bertenang dan bersangka baik pada dunia hiburan.

Untuk mereka yang suka menjadi batu api harap hentikanlah sikap begitu sebab ini cuma hiburan. Rasanya pengguna laman sosial perlu tahu ini bukan medan bertempur untuk dapat jawatan penting hingga perlu nak berbalah.

Kami kembali ke pentas GV untuk menghiburkan semua peminat dan kami berterima kasih di atas sokongan yang sangat luar biasa

azian

Kadangkala Abang Nara kagum dengan mereka yang boleh spekulasi macam-macam hanya daripada beberapa patah perkataan. Tinggi sungguh imaginasi mereka. Kadangkala sian pun ada. Tak penat ke buat analisis dan cuba mencipta teori? Kalau Abang Nara baiklah tidur ataupun buat kerja lain. Tak gitu? Sumber ManggaOnline.
azianP.S: Dapatkan segera koleksi Telekung Cotton Exclusive keluaran khas Gudangmy! Beserta dengan beg bagi memudahkan utk dibawa ke mana2! Telekung Cotton Exclusive mempunyai 2 warna pilihan : putih & cream yang menarik dan juga FREE SIZE sesuai utk semua golongan! Harga hanya RM79 free postage seluruh Malaysia! Boleh click: facebook.com/Gudangmy Call/sms/Whatsapp: +60192361986 dan juga Instagram : @gudangmy

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 responses to Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya

  1. pah bedah says:

    alah dah mmg faradiya nyanyi cam gampang malam tu,azian patutnya masuk final

    0

    0
    • Laqoyah says:

      azian tu sheeda versi lebih tua. x cantik. tu la pasal. GV2 ni pun politik juga…tengok rupa dan umur.

      0

      0
      • Fan Nana says:

        bangkit la ko dibaham neraka sbb x berhijab….

        0

        0
        • Anonymous says:

          GV2 tahun ni x best. Tahun sudah best. Harap tahun depan ada undi. Juri2 tukar je. Berat sebelah…Sampah gila. Daripada penaja hingga pengacara. Semuanya menggelupor!!!

          0

          0
        • Tiska Bawang Goreng says:

          azian mazian who ? Tak kenal la nenek, elok la tersingkir, pasnie pg mengaji k. Dh tua dh pon dok melalak tak ingat dunia

          0

          0
        • Singa Puros says:

          Jangan la tak baik ckp Farah gtu?

          Nenk sheedah lagi worst urat2 muka semua keluar mcm ular.

          0

          0
    • Najib Undur..Malaysia Pasti Makmur says:

      0

      0
      • hahahahah says:

        “2.6 billion. Duit tu datangnya dari Tok Arab. Kononnnya derma. Saya rasa kalau Tok Arab tu gila pun dia takkan bagi”- Tun M

        0

        0
    • Anonymous says:

      farahdhiya sakit tekak le beb….tapi dia konsisten. azian tu..entah ler. mcm makcik2 kiah jual periuk je. hehehehe

      0

      0
      • Nyanyi heavy metal koyak tekak says:

        Kadang kesian dengan farah dhiya ngan nana, lagu kena semua susah2 dan luar dari biasa, but naseer wahaab lahai sepesen ja lagu..hmm nampak mcm berat sebelah

        0

        0
    • Shhh says:

      Ko ni tak baca ke..statement faradhiya..dia da ckp mmg dia nk berundur sbb tekak dia sakit..ko ngat senang ke nak nyanyi..berlatih vokal semua tu..pasti akan sakit..dato ramli yg bagi farahdhiya peluang..sbb tu dia stay..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    ramli ms berat sebelah..selalu puji nana. takut dgn fans nana, padahal haiza lagi versatile.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ni semua politik la. Buang masa..rancangan yg x mengasah minda. Syok sendiri semuanya. Takkan gemilang semula kerjaya seni mereka. Zaman2 mereka dah berlalu!

      0

      0
    • lantakkoranglah says:

      But he criticised her first few performances though. Takde energy lah, itulah, inilah, after Nirmala baru Ramli MS puji. The thing is, she’s the only yang beria2 ikut semua yang dia cakap. Dia suruh nyanyi kasi tenaga sikit, she did it the following week. Mana ada juri puji Nana dari first week unlike other contestants. Siap ada yang juri kata confirm masuk final lagi tu, belum masuk juri beria2 tepuk tangan kasi standing ovation bagai. Nana ni, dia bukan peserta favorite kot awal2, tapi bila dah ada improvement, baru juri buka mata sikit. Bila mereka puji, bising pulak yang dok depan keyboard je ni.

      Btw, about Haiza, she was praised almost every week for her great performance. Apa lagi nak?

      0

      0
  3. melati says:

    GV2 tahun ni paling berat sebelah….juri2 pun mcm hauk! Tukar lah….menyampah duk sokong Nana penyanyi nasyid tu!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Tok Kat benar- Haiza selalu buat kejutan demi kejutan tiap2 minggu. Dia ni yg layak jadi JUARA!

    0

    0
  5. mr. right says:

    mmg betoi minggu lps farahdiya xsihat..tp pertandingan mesti kena adili dengan adil.. yg tekeluar sebelum ni pun bagus2 gak.. ada kurang out jgk kan.. aku pun suka farahdiya tp ikutkan minggu lps dia yg layak tekeluar.. azian mazuan xperlu guna ayat karok mendatar..itu mmg ditujukan buat farahiya.. mungkin rezeki farahdiya kut..dpt lagu pun bleh jd juara…yg aku frust haiza selalu dpt lagu jantan..pasaipa eekk.. sian haiza…

    0

    0
  6. Feeza says:

    based on the print screen from IG azian, mcm bukan peminat yg melaga2kan, tp azian tu sendiri yg mmg perli si farahdhiya
    “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!”

    ko ghaser??

    0

    0
  7. cikikaka says:

    azian suara mmg la bole tahan tapi agak membosankan.. sorry la cakap..
    matang sikit la kak xpayah buat status mcm tu.. nampak sgt perli nye..

    0

    0
    • Ros syrup says:

      Memang betul satement dari Azean sendiri.

      Tak padan pakai tudong pun tak nak terima hakikat oii. No market value
      Gigi boge tak nak pasang.

      Dudok rumah buat anak cukupkan 8.

      Go Farah go….. U are so pretty n muka bole jual. Norman Hakim n Hattan
      Mesti geram terlepas youuu

      0

      0
  8. Anonymous says:

    acong pun biasa je sebenanye.. tapi rezeki dia dpt gi final..

    0

    0
    • pengkritik tak bertauliah says:

      mmm.. nassier wahab dia mmg pandai menyanyi tapi x versatile, suma lagu jd pop, play safe…haiza n nana mmg mengejutkan mantopp dr nyanyian but aku x minat, acong suara dia x sedap pun sorry ckp.. ezad aku paling minat, walaupun sora sedap tp mcm abg nassier wahab gak.. suma lagu bg dia x menjadi sgt.. salu play safe je, kak azian aku rs pun biasa2 je plus dia dah senja gitu x minat org nk tgk.. Dato Kat salu bias ngan faradhiya… pada aku boleh laaa… tp x de la wow sgt

      0

      0
  9. Anonymous says:

    Dah x percaya GV2 lagi…politik semuanya!!!

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Ramli MS tu bias. Patut kerja dgn RTM je…

    0

    0
  11. Singa Puros says:

    Aku setuju bukan orang luar yg melagakan tapi Azean senderi
    Sindiran ukan karok mendatar ye…. Itu mulut Azean sendiri.

    By the way Azean you mesti faham u anak da 7 bak joget tak lincar
    Pagar pun banyak yg dah hilang (gigi rongak) jual CD pu
    Cucu kakak tak nak beli ok. No market value so to speak.

    Face the fact awK orang kerjaya sudah dah dah diberi rezki dah
    Bertudong da alhamdulillah make a small comback….

    Kakak bukan peminat FD. Tapi you must know dia ada market value.
    Ini bukan politik tapi FD ada rupa solid lagi badan boleh berlakon
    Belum kahwin jual CD cicit kakak pun nak beli.

    Macam Azean and Sheedah sudah2 lah umor dan melepasi
    40 hingga 50…..kita tak boleh ikut orang hollywood we are just
    A kampong wood. Beri support kepad- kaWan2 kita…
    Anak kita pun fa berderet tak yah lah kak

    All the best FD! Haiza and Nana…. To Haiza i repeat
    Its AzeN yang tak puas hati balek office Kawan2 dia cakap
    Eh kau yg nyanyi abagus knapa kau out…. Itu yang dia tulis di Ig tu

    0

    0
    • Anonymous says:

      Wei azean umur baru 30++ la..

      0

      0
    • wak says:

      sepatutnya bukan faktor umur at rupa cantik atau anak tujuh atau badan bergetah yg menjadi pertikaian. Ini gv. Markah 100% dr juri professional. Juri menilai bakat bukan rupa. Tok ram n tok kat sangat peka dengan bunyi. mereka menilai mengikut kriteria markah. Mereka cuma dapat mendengar sekali n terus beri markah. Cubalah kita ulang semula siaran n dengar berkali kali barulah dapat menilai mcm mereka menilai, segala teknik nyanyian, kesilapan, akan dapat kita kesan

      0

      0
  12. Bunga cengkih says:

    Haiza ni asal dangdut tapi semua lagu boleh nyanyi. Nana memg power suara like penyanyi asal. Dia boleh tarik kaw2 time hightone mggu lepas. Acong mantap hari tu erkeliar sbb dpt lagu x best. Ezad memg menjiwai lagu yg dia bawak setiap mggu tp nampak mcm tergopoh2. Farahdiya mggu lepas jadi x best sbb suara dia x ok. Farahdiya nyanyi lagu rock memg mantap. Nassier wahab setiap minggu bawak lagu apa pun still x ada feel. Bukan nak kutuk, tp memg hakikat. Tapi Bila dia nyanyi lagu dia sendiri feeling habis, org yg dengar pun terpukau. Azian nampak ada peningkatan. Mggu lepas dia selesaikan task dia memg padu. Minggu lepas karok tarik. Yg nmpk x tarik time hightone tu nassier wahab. Sy bukan peminat fanatik siapa2 dlm gv. Tp sebagai pendengar sy rasa memg x patut azian terkeluar. Juri kena jujur jangan pilih kasih. Maaf terpanjang pulak

    0

    0
  13. Lina says:

    Tapi ayat mazian ni mcm xpuas hati je..mmg nmpak mcm perli…sape setuju dgn aku?

    0

    0
  14. lantakkoranglah says:

    She’s a sore loser. Sama macam Amir Ukays. Nuff said.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Suara itu aurat wahai makcik2 sekalian. Eloklh kalah and x dpt sambutan drpd producer muzik..tu tandanya Tuhan tu syg.. Buat suara yg pecah tu bersyukurlh at least terhindar kita dr aurat suara.

    0

    0
  16. Tinot says:

    Kalau dia tak puas hati keluar..sorg lagi amir ukays.muka dia nampak benau takpuas hati.dia rasa sore dia sedap.sian.org dgr mmg tak sedap.

    0

    0
  17. Maaf yer says:

    Sore azian tak best
    Me tak faham siapa ckp sore azian best.. Serious tak best..

    0

    0
  18. . says:

    Batu api kes ni Biasa lagi. Jgn jadi batu api mcm fans nd & fs!! Fans yg sgt teruk

    0

    0
  19. gorgeous says:

    bukan batu api tapi reality…rata2 orang ramai boleh judge sendiri nyanyian azian dengan farahdiya malam separuh akhir tu…haiza pun tak berapa umpphhh nyanyi malam tu sbb lagu dia cm biasa2….azian malam separuh akhir tu nampak ok sangat….judges ni sebenarnya dah tau sapa dia orang nak utk masuk final….sbb kalau orang tu dia taknak dari mula dia hentam….kimK sgt

    0

    0
  20. Tahpape says:

    azian mazuan sapuwan mmg patut keluar…Nyanyi lagu sedalam mana cinta pun terkucil pastu lupa lirik…lirik nyanyi ulang2 part yg last tu…ko rasa layak ke g final?? suara dia dlm 100 org 80% suara mcm dia….tp farahdhiya dlm 100 org blm tentu sorang pun ada suara mcm dia….

    0

    0
  21. Me says:

    Diorg yg nyanyi kita pulak yg bergaduh. Dear bro & sis.. Kita sama2 doakan mudah2an artis2 kita ni berjaya dahla. Peace…

    0

    0