HAHA Datang Malaysia Sempena “LOVE 11” & Shocking Deals Mengkagumkan Daripada 11street

Hiburan

HAHA Datang Malaysia Sempena “LOVE 11” & Shocking Deals Mengkagumkan Daripada 11street

Seperti biasa setiap pagi rutin harian Abang Nara ialah membuka laman web www.11street.my. Tup-tup minggu ini ada terpampang wajah HAHA di muka hadapan laman membeli-belah online yang semakin dikenali ramai ini.

HAHA 11street

Advertisement

Setiap minggu Abang Nara dan wife memang akan bergelak tawa melihat gelagat HAHA dalam Running Man. Tahun lepas ketika HAHA hadir ke Malaysia, memang first class showmanship yang ditunjukkan. Kelakar tahap gaban!!!

HAHA 11street

Abang Nara pun apa lagi. Terus tekan la gambar HAHA di laman 11street nie. Rupa-rupanya HAHA akan hadir ke Malaysia pada 11 November ini bersempena dengan sambutan “LOVE 11” di Lot 10, di mana 11street akan memberi ganjaran dan giveaways sebagai tanda terima kasih kepada pengguna mereka. Menariknya, 11 November di Korea adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang yang tercinta.

Selain daripada giveaways dan hadiah bernilai RM1.1 juta (mak aih banyak gila nie) untuk dimenangi, “LOVE 11” yang bermula daripada jam 12 tengah hari sehingga 8 malam di Concourse LOT 10 ini bakal memberikan peluang kepada para peminat HAHA untuk bertemu selebriti dari Korea ini. Ini peluang sekali seumur hidup nie. Sila tonton video di bawah.

Lagi satu aktiviti menarik yang bakal diadakan ketika “LOVE 11” ini ialah pemberian Pepero percuma. Kalau korang tak tahu, Pepero ini memang popular sangat-sangat di Korea. Siap ada Pepero Day lagi kat sana. Selain itu ada “product booths”, pemberiah hadiah “11street GENIE” serta pertandingan “Snap n Win” untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan. Senang cerita memang berbaloi-baloilah kalau korang pergi “LOVE 11” ini. Jangan lupa kosongkan tarikh 11 November ini. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Maklumat lanjut tentang “LOVE 11” sila klik di sini.

HAHA 11street

Ok cukup bercerita tentang HAHA dan “LOVE 11”. Abang Nara nak cerita tentang Shocking Deals di 11street.my yang pernah Abang Nara kongsikan dulu (kalau lupa boleh baca artikel ini). Makin hari makin menarik nampaknya Shocking Deals yang ada di 11street ini. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-

1. Winter Down Jacket dari RM200 didiskaun kepada RM39 sahaja. Sesuai sangat kalau pakai untuk pergi Korea musim sejuk ini

HAHA 11street

2. Kasut VINCCI cuma RM29 sahaja. Harga asal RM200. Tak payah berebut-rebut nak pergi beratur masa jualan gudang.
HAHA 11street

3. Apple iPad Mini 3 128GB ditawarkan pada harga RM2,199 berbanding harga asal RM2,499. Murah RM300 tue.

HAHA 11street

4. Jabra Bluetooth Headset ini memang sesuai sangat untuk digunakan ketika memandu kereta dan mereka yang sentiasa sibuk menerima panggilan. Kualiti terbaik!!! Harga asal RM99 tetapi selepas diskaun 56%, cuma RM46 sahaja.

HAHA 11street

5. Khemah macam playhut castle tent ini memang dah lama Abang Nara cari. Aariz dan Arissa mesti suka sangat. Bolehlah diorang berdua duduk dalam tue main lama-lama. Percuma 50 biji bola dan ‘mat’ lagi.

HAHA 11street

Nasihat Abang Nara, silalah sentiasa ushar Shocking Deals yang ditawarkan setiap hari di link ini. Shocking Deals ini tidak sentiasa ada dan akan tamat tempohnya. Jadi kalau ada yang berkenan, terus tekan butang beli je. Tunggu lama-lama nanti takut stok habis ataupun tempoh tawaran tamat. Dengan Shocking Deals ini, memang banyak yang kita boleh jimat. Takkan ada harga yang lebih murah ditawarkan berbanding Shocking Deals di 11street.my. Kalau ada, korang boleh tunjukkan bukti dan dapat kembali refund berdasarkan perbezaan harga. Power kan?
HAHA 11streetSila ingat apa yang Abang Nara dah tulis di atas. 11 November ini ramai-ramai kita meriahkan “Love 11” di Lot 10. Kalau nasib baik, boleh jumpa dan beramah mesra dengan HAHA. Sementara itu, jangan lupa untuk cekidaut Shocking Deals yang ditawarkan oleh 11street. Selamat membeli belah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...