Written by Bella | January 14th, 2016

Hafizul Kamal, mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak tetapi beliau merupakan juara program On Air musim pertama serta pelakon yang membintangi drama seperti Miranda bersama Fasha Sandha dan Jauh Dari Cinta bergandingan dengan Anzalna Nasir.

Menyulam cinta selama tiga tahun bersama kekasih hati, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mieja, Hafizul dan pasangannya itu membuat keputusan untuk berkahwin pada 13 Februari ini.

Jelas Hafizul,  diawal percintaan mereka terpaksa berhubung secara jarak jauh selama satu setengah tahun.

Untuk pengetahuan anda, Mieja baru sahaja berusia 21 tahun dan merupakan penuntut di UiTM dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu Profesional.

Kami juga hanya bertemu buat kali pertama selepas hampir setahun berkawan. Walaupun usia Mieja masih muda, tetapi dia sangat matang dari segi pemikiran. Apa yang paling penting, dia juga memahami bidang kerja saya dalam bidang seni.

Sudah cukup bersedia untuk menjadi seorang suami, Hafizul yang baru sahaja ingin mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tempatan tidak khuatir jika beliau hilang peminat selepas berkahwin.

Saya tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan Allah. Saya juga tidak bimbang kehilangan peminat apabila sudah berkahwin kerana peminat kini sudah bijak menilai bakat artis yang mereka minati dan bukan kerana status mereka.

Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kediaman keluarga Mieja di Jerteh, Terengganu manakala majlis pihak lelaki pula diadakan pada 20 Februari di Kuala Lumpur. Pasangan ini juga sepakat untuk tidak mendedahkah jumlah wang hantaran kahwin kepada umum.

Tahniah kepada Hafizul Kamal dan bakal isteri, semoga segala perancangan buat majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Harian Metro

23 responses to Hafizul Kamal On Air Bakal Berkahwin 13 Februari Ini

  1. ahkak kesah ke? says:

    muka pun biasa2 jer. popular sangat ke? banyak sgt ke peminat dia? mcm ni pun boleh buat gosip jugak? wth

    0

    0
    • ahkak yg kesah says:

      kalau ahkak tak kesah…tak yah la tanya… bahahahahah .. p baca quran

      0

      0
      • ahkak kesah ke? says:

        tapi kan dik…muka bini dia senyum macam tahan berak jer kan?? kalau adik tahan kentut ada rupa tu tak? jangan marah yer, kesah pulak akak

        0

        0
        • Anonymous says:

          kesian ahkak kutuk adik kita tahan berak… dh jenis senyum mcm tu akhak nk buat cmne…. kahkahkah

          0

          0
        • azura says:

          puaka sangat mulut tu. kalau tak suka ke tak kenal ke, komen biasa2 je dah le. erm lepas maghrib nanti duduk baca yassin jap eh.mana tau masa tu dapat hidayah. hati tu mcm dah hitam sgt. bersihkan balik hati yg hitam dan dengki tu.. huhu. orang nk kawen ni kita doakan la baik2. mmg tak berapa kenal sbb dia pun pegang wtk pembantu je bnyk. tp eloknya hafizul pun tkde bikin kontorversi sgt utk naikkan nama dia. dan kebetulan adik sy dlu sekali dgn mieja ambil asasi undang2. dengar cerita mieja ni budak pandai. dlm jurusan skrg ni pun dia dah sem 3, straight stiap sem Dekan. ahkak ado? hihi

          0

          0
  2. me mee says:

    siapa dia ni?

    0

    0
  3. akak ambik kesah says:

    untuk pengetahuan ahkak kesah ke? bakal bini dia ni memang cantik dari semua segi. tambah pulak baik budi pekerti. kalau akak tak kesah, kenapa akak komen jugak kat sini? huhuu. kesian akak

    0

    0
    • zueeeee says:

      Baik budi pekerti semua orang boleh jaga. Akhlak maruah tu yang susah nak jaga. Tengok tu belum berkahwin da tanggap gambar macam orang berkahwin. Ibarat berpelukan duduk dekat dekat. Memalukan wanita bertudung. Maaf kalau terasa tapi memang patut terasa pun. Kasihan ayah nya

      0

      0
      • Anonymous says:

        xpe. nnt sy tlg bgth ayah sy. sbb perempuan yg x bermaruah yg awk kata tu adik perempuan sy. hope adik perempuan awk x tangkap gmbr sebegitu rupa. wslm.

        0

        0
        • zueeeee says:

          Bila masa aku kata adik kau perempuan x bermaruah? Buta ke?? Kahkahkah. Harap harap awak pun tak gitu ye. Sekadar mengingatkan untuk diri ini juga

          0

          0
  4. bukannamasebenar says:

    ala dia dh dpt anak org kaya le tuee..artis kejanya nk nipu jerr

    0

    0
  5. ayahanda ultraman kulup says:

    ahFuck kesah resah meroyan tahap gaban.
    lama tak kena ke?

    0

    0
  6. Mia says:

    Wahai ahkak kesah ke? Ahkak ckp boleh buat gosip??? Ahkak wei, ni bukan gosip, ni pemberitahuan dia nak kahwin. Apalah beza gosip dgn bukan gosip pun tktau ke? Nnt tak bgtau nak kahwin org buat cerita pula, ahkak mmg tak kesah, tpi peminat dia kesah. Okey bye ahkak

    0

    0
  7. Anonymous says:

    oo gf die ni suka meroyan kat twitter.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Gbr 1st tu muka bakal isteri dia ni ada iras Zara Zya ke Zya Zara…alah…pelakon yg selalu belakon dgn Aaron Aziz tu…

    0

    0
  9. Lara says:

    Bosan la tak der benda nak kutuk… BN cepat la up la gosip panas panas, kami tengah boring ni.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Cantik. Macam lisa surihani time anak dara dulu. Muka lisa chubby sikit. But still, sooooo pretty. Congratulations!

    0

    0
  11. fatilla says:

    hafizul dah kahwin. hefny ada kosong lagi tak? macam nak cuba nasib. muka dia mcm badboy gituuuu really my typeeeee

    0

    0
  12. ayamm says:

    senyum seiras :D

    0

    0
  13. Anonymous says:

    aku geli betul org senyum mulut kemam camtu…

    0

    0
  14. Puhlease says:

    Senyum fake control gila geli aku.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Tahniah pijot & mieja from us hafizulions family..abaikan kejian org, kami sentiasa doakan y terbaik u korang..love both of you…gyeaahhh

    0

    0
  16. cik mawar says:

    Pandangan dan kutukan manusia jangan dipandang. Memang lumrah sesetengah manusia yg berhati dengki . Yg tak tenang bila tengok org senang . Apa yg penting moga awk berdua bahagia hendaknya :) insyaAllah . Moga till jannah . Dapat anak yg comel lotey ?

    0

    0