Hafiz Suip Minta Perkahwinan Ditaja Sehingga Ratusan Ribu Ringgit?

Hiburan

Hafiz Suip Minta Perkahwinan Ditaja Sehingga Ratusan Ribu Ringgit?

Umum mengetahui penyanyi Hafiz Suip bakal mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada bulan Mei hadapan.

Sudah menjadi kebiasaan untuk beberapa pihak menaja artis bagi perkahwinan mereka tetapi lain pula khabar angin kali ini dimana Hafiz pula yang meminta untuk ditaja sehingga ratusan ribu ringgit bagi majlis raja seharinya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Hafiz menerusi BH PLUS terkejut dan menafikan gosip berkenaan. Namu, Hafiz akui ada beberapa individu yang menawarkan tajaan kepada beliau tetapi semuanya masih dalam perancangan.

Manalah datang cerita ini? Memang tiada wakil daripada pihak saya meminta penajaan daripada mana-mana indidvidu. Begitupun, pihak yang mahu menaja memang ada, tetapi kami belum dapat dduk berbincang kerana saya sibuk dengan urusan perkahwinan adik.

Mungkin dalam minggu depan, baru saya akan berjumpa dengan pihak yang berminat untuk menaja majlis itu. Soal penajaan bukan boleh dibuat main-main.

Buat Hafiz perbincangan secara empat mata harus diadakan agar kedua-dua belah pihak merasa puas hati dengan terma dan syaratnya.

Saya sudah lihat banyak situasi yang disebabkan penajaan, akhirnya timbul masalah sampai bergaduh kerana tidak puas hati.

Apa yang dilakukan oleh Hafiz itu adalah yang terbaik buat beliau dan pihak penaja. Walaupun penajaan itu bagus, tetapi sebagai pengantin tentu sekali Hafiz mempunyai hasrat ataupun rencana sendiri buat majlis perkahwinannya bukan? Buat apa juga tajaan sehingga jutaan ringgit kalau tidak rasa puas hati.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...