Written by Bella | November 25th, 2015

Setiap anak yang sudah bekerja pasti akan mengimpikan untuk membawa ibu bapa yang sudah menjaga kita dari kecil untuk menunaikan umrah ataupun haji di Mekah.

Setelah beberapa tahun  jatuh bangun sebagai artis dan akhirnya mempunyai pendapatan yang stabil, Hafiz yang bakal berkahwin tahun hadapan ingin membawa ibu bapa serta adik beradiknya  ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada 3 Disember nanti.

Ya, saya akan menunaikan umrah bersama ahli keluarga selama dua minggu bermula 3 Disember ini. Sebenarnya, inilah impian terbesar saya sejak bekerja iaitu membawa ahli keluarga ke Mekah.

Sebelum berkahwin, kebetulan ada kelapangan dan rezeki, rasanya tidak perlu ditangguhkan lagi. Ini merupakan umrah pertama saya dan sudah tentu cukup teruja dan berdebar. Harap perjalanan kami ke sana di permudahkan Allah.

Berbicara mengenai perkahwinan beliau pula, Hafiz memberitahu beliau hanya ingin sebuah majlis yang sederhana. Setakat ini persiapan majlis perkahwinan beliau sudah siap 50 peratus.

Alhamdulillah, setakat ini sudah 50 peratus persiapan siap seperti tempahan lokasi perkahwinan dan barang hantaran. Namun, ada banyak lagi perkara yang belum selesai seperti tema untuk majlis resepsi yang akan berlangsung sehari selepas majlis akad nikah. Jika lelaki lain, biasanya mereka akan menyerahkan persiapan perkahwinan kepada keluarga, tetapi kalau boleh saya mahu lakukan semuanya sendiri.

Kalau boleh saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri kerana rasanya lebih bermakna. Namun, saya tidak menolak tajaan daripada mana-mana pihak cuma bukan untuk keseluruhan majlis.

Alhamdullilah, sudah rezeki Hafiz untuk membawa keluarganya ke Mekah. Semoga selamat pergi dan balik. InshaAllah.

Sumber Berita: Kosmo!

6 responses to Hafiz Suip Bakal Tunaikan Umrah 3 Disember Ini

  1. Pekerja Gomen says:

    Selamat mengerjakan umrah dan ziarah

    0

    0
  2. melati says:

    tk minat dia ni Suara macam org tahan kentot…….

    0

    0
  3. Black says:

    Dulu adik dia (gambar bawah tgh2) belagak giler kat UiTM sbb abang dia glamour. Dia & geng2 keras dia. berlagak cantik tak pe, tu pergi kuliah pakai cincai mcm org bangun tdur. Suka cari gaduh dgn org lagi.

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Serius lawak komen ko ni…
      Aku pi kelas dari pra-ijazah sampai master pakai jeans lusuh, tshirt ngan kasut sneakers buruk…. mmg mcm org baru bangun tido… tak pernah org kata aku berlagak.
      Aku pi nak pi kelas bukan pi majlis cocktail.

      0

      0
  4. . says:

    krik,krik,krik

    0

    0
  5. Rahul says:

    suka tgok farid dan diana kahwin , nikah kt luar majisd dan tdk mncemarkan majisd anda ada gitl masuk majisd tak pakai tudung , mau pak imam tggung dosa oooo sbb x tgur suruh tutup aurat dulu

    0

    0