Written by Bella | February 27th, 2015

Hafiz Suip yang sebelum ini telah mengalami kecederaan pada tulang belakang (slipped disc) ketika bermain futsal akur dengan arahan doktor apabila beliau perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan beliau benar-benar sudah pulih.

Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya.

Hafiz dinasihatkan untuk tidak berdiri terlalu lama dan melakukan pekerjaan yang berat agar ia tidak mengganggu proses tulang belakang tersebut untuk sembuh.

Kesakitan yang dialami sebelum ini agak teruk dan kini beliau beransur pulih  dan telah kembali aktif mengambil undangan nyanyian. Hafiz akan menjalani sesi fisioterapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Kecederaan pada tulang belakang memerlukan masa untuk pulih kerana ia merupakan salah satu bahagian yang aktif untuk mengerakkan tubuh badan manusia. Kami harap Hafiz Suip akan sembuh seecepatnya seratus peratus.

Sumber Berita: mStar Online

2 responses to Hafiz Suip Akur Jalani Fisioterapi Selama Setahun

  1. Joyah Pok Pek says:

    Kesihatan lebih penting..wang ringgit boleh di cari tapi kalau dah sakit wang pn x mampu cr lagi – 1st lagi???

    0

    0
  2. cecitececite says:

    My husband pun penah kene slipped disc ni,jd mkn kene jg supaya bdn x mbesar..yela x bole aktif main bola,jog sume so my husbnd jln kaki kt taman.mkn ubt on time n jgn skip jmpe doc. Ade satu tahap my husbnd down sbb byk pgerakn tbatas but he get over it. Dont give up n Get well soon hafiz.

    0

    0