Written by Bella | March 7th, 2015

Sebelum ini, berita mengenai Hafiz Suip mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya ketika bermain futsal telah diketahui ramai. Malah, penyanyi tersebut sendiri mengakui harus menjalani rawatan fisioterapi selama setahun untuk benar-benar pulih.

Namun,  beberapa pihak mendakwa kerana kecedaraan tulang belakang (slipped disc)  ia sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada vokalnya, dimana Hafiz dikatakan tidak boleh menyanyi lagi.

Menurut Hafiz, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan doktor yang merawatnya juga membenarkan beliau untuk terus menyanyi tetapi membataskan sikit pergerakannya.

Janganlah tutup punca rezeki saya dengan mengatakan saya tidak boleh menyanyi lagi. Doktor masih memberikan kebenaran untuk saya menyanyi namun tidak boleh bergerak terlalu aktif dan sebagainya ketika membuat persembahan.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada saya walaupun saya berada dalam keadaan kesakitan namun masih diberikan kekuatan untuk terus memperjuangkan kerjaya saya.

Berbicara soal kariernya pula, Hafiz yang baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama Nureffy tidak risau dengan tanggapan orang yang mengatakan populariti beliau akan merundum selepas berkahwin nanti.

Apa yang saya buat adalah untuk kebaikan diri saya sendiri juga. Keputusan berkahwin diambil tidak bermakna populariti saya akan jatuh, kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.

Agak pelik bila kami denganr kecederaan tulang belakang akan memberi kesan kepada suara. Memang tidak logik jika difikirkan semula. Dengan menjalani rawatan fisioterapi selama setahun, kami yakin selepas ini Hafiz akan bergerak lebih aktif dan menghiburkan peminat. Semoga Hafiz cepat sembuh.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

 

4 responses to Hafiz Nafi Tidak Dibenarkan Menyanyi Kerana Sakit Tulang Belakang

  1. melati says:

    Elok pun tk nyanyi…suara pun macam org tahan kentot..

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    semoga cepat sembuh….

    0

    0
  3. rahat om nuluhon says:

    Jika kita x suka seseorang tu janganlah kita mengutuk org tersebut. Marilah kita saling hormat menghormati antara 1 sma lain. Sbgai manusia biasa tuhan ciptakan kita dgn kelebihan Dan kelemahan masing2. Kita mungkin x sdr bhwa kita mengutuk org namun rmi dorg d luar sna yg juga mengutuk kita Tanpa kita sedari. Oleh yg demikian jgnlah kita asyik mncri kelemahan Dan kesalahan org lain.sebaiknya renungilah diri sndiri Dan perbaikilah keperibadian kita.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    boleh klik url ni untuk mendapatkan maklumat tentang penyakit yang anda hadapi sekarang ini pusatrawatanislamalqalam.blogspot.com

    0

    0