Written by AbangNara | January 10th, 2014

Setelah tujuh minggu bertarung, akhirnya Hafiz telah pun dinobatkan sebagai juara program Pencetus Ummah musim pertama. Peringkat akhir Pencetus Ummah telah pun berlangsung malam semalam dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis. Tempat kedua dimenangi oleh  Shahrul Hamid dan tempat ketiga dan keempat pula milik Mohamed Zaini serta Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

keputusan pencetus ummah

Dengan kemenangan ini, Hafiz membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi. Program Pencetus Ummah ini ternyata membawa kelainan dan menjadi ikutan ramai. Melayari Facebook Pencetus Ummah, ada beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Abang Nara.

keputusan pencetus ummah

Untuk makluman anda, juri jemputan untuk pusingan akhir Pencetus Ummah ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Bagi Abang Nara itu adalah satu pilihan yang baik kerana Pak Nil memang banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan. Jadi sedikit sebanyak Pak Nil dapat berkongsi ilmu dengan para peserta Pencetus Ummah. Pada pendapat Abang Nara, Pak Nil lebih menilai daripada segi penyampaian dan teknik penceritaan. Bukannya isi penceritaan itu.

keputusan pencetus ummah

Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada semua mereka yang terlibat dalam Pencetus Ummah. Daripada respons yang diterima, nampak gayanya musim kedua Pencetus Ummah pasti akan diwujudkan. Semoga ia akan lebih baik berbanding musim pertama. Kalau hadiah “up” sikit pun lagi cantik. Pasti lebih bersemangat semua orang.

37 responses to Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

  1. adam says:

    Tahniah hafiz!!Bila aku tengok Pu mlm tadi..tiba2,ak teringat video rakaman yg pihak oasis prank hantu toyol kat dorang tu.Kelakar doh.haha..Ape2 pon,3 peserta lain tu anda jugak s’org pemenang dan jugak p’dakwah.Malam tadi ramai pulak artis datang,*Heliza comel gila*..hahaha..

    0

    0
    • anak pAk Din says:

      sedih .. pilu.. dengan Dr.Ridhuan … percetus ummah mengubah diriku….

      0

      0
      • Jaja says:

        Tahniah PU Hafiz!! Tapi kenapa hadiah untuk juara 50K je untuk program Pencetus Ummah ni? Juara Maharaja Lawak Mega boleh dapat 500K..

        0

        0
        • cakcibor says:

          itu la realiti di Msia..kalau benda2 melibatkan artist dan maksiat, berduyun2 sponsor..ini pun nasib baik dpt RM50k..kalau benda2 lain seperti anugerah sasterawan, novelist, etc adalah ciput RM3k – 5k..hmmmm…realiti..sedih kdg2 fikir..

          0

          0
        • Maria Mersadis says:

          Bagus la Che Ta pon datang , Hopefully dia dh berubah sbb dia MILF idola I , kalau dia berubah ii pon ikut berubah sekali .

          0

          0
        • cam ape je says:

          kau berubah sebab Allah ke sebab cik ta?kalau dia x berubah,so kau pun x nak berubah..sebnarnya manusia ni banyak bagi alasan tuk escape diri.

          0

          0
      • dol says:

        mmg ramai artis yg dtg.. tp mana pak menteri? maharaja lawak ada pula masa nak luang.. begitu juga dgn teater Bahayanya Wanita.. org kenamaan siap promote bagai nak rak teater tu.. ada yg sanggup beli ticket tiap2 mlm semata nak tunjuk supportive la konon.. apa2 pun.. tahniah hafiz.. semua yg bertanding semlm pemenang dan yg paling menang Dr Ridhuan Tee..

        0

        0
    • Olga says:

      RANCANGAN APE NI XPERNAH TGOK LANGSUNG BEST KER?

      0

      0
  2. adam says:

    Tahniah hafiz!!bila aku tgok pu mlm tadi tiba2 teringat video part pihak oasis kene kan dorang pasal toyol..kelakar kot.Ape2 pon,yg 3 tu..anda pon s;org pemenang dan ‘sorg pendakwah.Congrats!Mlm tadi ramai pulak artis dtg.*heliza cute doh*hahahah

    0

    0
  3. oshin says:

    setuju dgn abg nara.. hadiah tu bolehlah di “up” kan skit untuk musim akan datang. :-)

    0

    0
  4. jebat says:

    program yang bagus…jemput artis nyanyi lagu camtu pun bagus..juri pun bagus..semua bagus…yang tak bagus ialah orang yang nampak salah ye..

    0

    0
    • betul tu…nampak salah je tp x nmpak part yg baik nye
      tahniah pihak astro oasis kerana bt program yg mcm ni
      tahniah pengacara program kerana berjaya mbuat penonton d dewan dan d rumah sebak dgn tazkirah anda
      tahniah buat juri kerana mberikan komen yg jujur n ikhlas
      tahniah buat para pemenang dan peserta mimbar pencetus ummah
      tahniah buat penonton dan yg mberi sokongan
      tahniah untuk semua yg terlibat
      kami nantikan program mimbar pencetus ummah musim ke 2
      *** program mcm ni lagi bagus drp AF or MLM…bagi hadiah kemain gempak2 hmpir berjuta2 tp hdiah mcm ni x smpai 500k pon….mohon pihak astro lebih peka…

      0

      0
  5. Anonymous says:

    # Jadi insan special di sisi Allah
    #Moh pi ngaji , tak ngaji ceroi
    #Jeghongei-jeghongei juge..meh beamei
    ” Saya daie bukan mufti
    tagline macam ni lagi ada makna dari merepek bukan2

    0

    0
  6. JambuSangat says:

    Duniaku Dakwahku..alhamdulillah..tahniah buat PU Hafiz..semoga usaha dakwah dapt diteruskan hingga ke akhir hayat..ameennn..

    0

    0
  7. GENDUT says:

    Program yang amat berkualiti…..tahniah PU Hafiz dan juga PU2 yang lain…..

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    tahniah PU Hafiz…moga lainkali hadiah up sikit…
    “terperanjat mak dgr PU Shahul rupenyer ada bini 3”!!!..

    0

    0
  9. shahz says:

    Setuju sgt Hafiz jadi juara sebab penyampaiannya yg jelas dan sampai, jawapan yg bernas dan isi cerita yg ringkas tapi padat. Pasal Pak Nil jadi juri tu actually x ada salahnya sebab Pak Nil dan Kak Bed mengadili dari segi persembahan kot. Juri2 kena la kat kepakaran masing2. Dah ada Ustaz Kazim dan Ustaz Hassan mengadili dari segi keagamaan. Pasal persembahan artis2 tu, tak jadi isu pun sebab lirik2 lagu yg dinyanyikan tu baik dan blh dihayati. PU ni dapat sambutan sebab ada variety tu sebab ada viewers. Kalau tak, program ni blh jadi hambar.

    0

    0
  10. melati says:

    Bodo lah komen kat FB mempertikai kan pasal Pak NIL…aper dia Pak Nil tak tahu pasal Agama,,,,awak tahu ker Pak Nil (Haji Aznil) tak peka pasal Agama ni entah2 Pak Nil lagi luas pengetahuan dari Ustaz2…..MOTIF jgn pandang org dari luaran jer.

    0

    0
  11. melati says:

    Azuree Azmy..naper cetek sgt otak ko nak pertikai kan pasal Pak Nil jadi juri P.U…awak ingat Haji Aznil bin Haji Nawawi cetek sgt pasal Islam ni…komen FB awak tu macam sekolah Tadika…awak kenal rapat sgt ker gan Pak Nil ni? pastu yg Like tu pun semua macam Azuree Azmy jugak…masih ader Rakyat Malaysia berfikiran sempit nacam Azuree Azmy ni termasuk lah yg Like…walau pun kita dah Merdeka 56 tahun.

    0

    0
  12. betik says:

    apa salahnya pemilihan pak nil sbg juri?

    mereka perlukan pendapat drpd mata seorang penghibur. kan ke penghibur2 ni sasaran golongan pendakwah? kene tau lah org2 retis ni suke terima dakwah yg mcm ne.

    podahhhh!!

    0

    0
  13. melati says:

    Syukri Hamid awak lagi satu bodoh komen kat FB awak pun pertikai pasal juri sebab awak kater byk ustaz2 kat Malaysia ni? CONTOH macam PU semalam Penonton tanya bahasa Inggeris tapi aper pun dia tak Faham…penonton dari Syria plak tu, so kalau juri tak pro yg awak kater ustaz2 yg tak semesti nya boleh faham English macamaner? kan malu kan Malaysia namer tu.

    0

    0
  14. emy says:

    Tahniah pu hafiz & pu2 yg lain…anda semua hebat.truskan dakwah anda…

    0

    0
  15. cikikaka says:

    bagi aku xde masalah pasal aznil.. Dia komen pun banyak dari segi pengacaraan & penyampaian. ape la masalah korang yg tahu nak kondem je bila aznil yg jadi juri. sekurang-kurangnya astro dah tarik artis supaya ade minat dalam bidang agama & aznil tu dah pun naik HAJI.. yang kutuk2 aznil tu dah pegi haji ke belum?? aku tgk pencetus ummah rancangan yang baik yg boleh bagi keinsafan pada kita semua.

    0

    0
  16. abc says:

    Tahniah kepada PU hafiz , Shahul, Yeop, Rahmat serta PU yang lain…teruskan perjuangan dakwah anda…mudah mudahan diberkati oleh Allah s.w.t..Amin…..jadilah insan spesel di sisi Allah s.w.t…jom p mengaji…tak ngaji ceroilah….nyerongeng nyerongeng juga moh kita beramal…saya da’i bukan mufti

    0

    0
  17. Haz Evefa says:

    alhamdulillah.. rancangan ni memang terbak dan ohsem. Sebagai remaja umur 16 tahun, program ni memang membuka mata hati dan mengukuhkan ukhuwah sesama Islam. Ya Rabb, bak kata PU Hafiz, jangan jadikan PU ni bermusim je.. Habis PU buat maksiat balik. Buat benda-benda lagha balik. Yang penting memang terbaik! Siapa punya idea la buat program ni. Jazakallahu khairan khatira. :)

    0

    0
  18. minah jambu merah biru says:

    tk minat lah ngan mat alim alim ni terima khaseh aje lah ye thank uuuuuu..adios !

    0

    0
    • Nur 'Ain says:

      Salam saudari minah jambu merah biru.
      Takde sape yg suruh saudari minat “mat mat alim” tu, kita tgk pencetus ummah ni sebab nak mengimarahkan majlis ilmu + nak mendengar tazkirah + riwayat Rasullullah s.a.w dll. Tak rugi pun kalau saudari curi masa sikit dengar, ilmu dapat, pahala pun dapat.
      Apapun, pencetus ummah memang program terbaik, semoga jiwa anak muda Islam berkembang mengikut syariat Islam (^^,)

      0

      0
    • Afsar says:

      PENCETUS UMMAH TERBAIK

      0

      0
    • Sabri Ali a.k.a Nick says:

      Orang kuat agama saja mampu tonton. Lainlah kalau program hiburan nyanyi-nyanyi/tari-tari orang bodoh sanggup tonton.

      0

      0
  19. sebok2 says:

    seriously suka rancangan ni..arap akan ada PU 2

    0

    0
  20. ahli fikir says:

    Nabi saw bersabda “Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.” (HR Bukhari). Silakan nak jemput sapa pun jadi juri asal komen yang diberikan bersesuaian dengan maksud dan kehendak majlis. Kalau tazkirah yang bersemangat dan berkobar untuk mengajak orang menjiwai siapakah Rasulullah saw dianggap menakut2kan atau menyebabkan orang salah anggapan terhadap Rasulullah saw, maka ternyata Aznil tak layak jadi dijemput jadi juri untuk majlis2 seperti Pencetus Ummah ni lagi… buat orang sakit telinga je dengar… Lepas ni apa kata kita jemput Ustaz2 pulak jadi juri untuk program macam AF tu… he he

    0

    0
  21. aji says:

    sebenarnye bagus jugak ade artis dijemput jadi juri dan membuat persembahan….disamping mendorong seseorang ke arah kebaikan..selain tu,ade sesuatu bakat atau kemahiran yg tidak ade pada ustaz,tp ade pd seorang artis…..jd kemahiran golongan artis ni diperlukan jgk selagi tidak bertentangan dgn syariah………..

    0

    0
  22. […] Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama (36) […]

    0

    0