Hafiz Hamidun Sedang Kumpulkan Fakta Bukti Perkahwinan Dengan Joy Tidak Sah

Hiburan

Hafiz Hamidun Sedang Kumpulkan Fakta Bukti Perkahwinan Dengan Joy Tidak Sah

Hari ini, Hafiz Hamidun telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya untuk memfailkan pembatalan perkahwinan dengan isterinya Siti Arifah Amin atau Joy Revfa yang berlangsung Mei lepas.

Gambar: Berita Harian

Advertisement

Bagaimanapun, Hafiz terkejut apabila mendapati permohonan pembatalan perkahwinan telah pun dibuat oleh Joy pada Jumaat lepas.


Bercakap kepada mStar Online, Hafiz memberitahu sedang mengumpulkan fakta-fakta bagi membuktikan perkahwinannya dengan Joy tidak sah.

Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.

Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi.

Sepatutnya hari ini dah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit.

Permohonan Joy dibuat mengikut Seksyen 61 (3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam kenyataan kepada pemberita Joy mendakwa sedih dengan sikap Hafiz yang seolah-olah tidak mengaku Joy isterinya. Disebabkan Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy telah memfailkan permohonan itu Jumaat lepas tanpa pengetahuan Hafiz.

Mendakwa mereka telah melakukan hubungan suami isteri, Hafiz telah meninggalkan rumah setelah enam hari mereka tinggal sebumbung.

Sebutan semula kes akan dilaksanakan 14 September ini seperti ditetapkan Hakim.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...