Written by serenity | October 23rd, 2017

Penyanyi Bob AF telah menyanyikan sebuah lagu ciptaan Hafiz Hamidun berjudul Terbuang Dalam Pelukan untuk finale AF Megastar 20117 yang berlangsung semalam. Mendengarkan liriknya, ada yang merasakan ia seolah-olah ada kena mengena dengan kisah peribadi Hafiz Hamdun yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kepada Harian Metro, Hafiz menafikan ia berkait dengan kisah peribadinya, malah katanya, lagu itu dicipta enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011.

Lagu Terbuang Dalam Pelukan saya hasilkan pada 2011 dan ia tiada kena mengena dengan kisah peribadi saya.

Ketika saya menghasilkan melodi lagu ini sejujurnya ia hanya untuk suka-suka saja selain eksperimen saya nak menguji sejauh mana kemantapan vokal Bob.

Ternyata Bob seorang penyanyi yang bagus kerana dia mampu mempersembahkan lagu ini dengan baik. Malah, saya amat puas hati dengan persembahan Bob.

Selepas saya menyiapkan melodi lagu ini memang Bob yang meminta untuk dia menulis liriknya. Sebagai komposer, saya tiada masalah untuk memberi kebenaran.

Cuma, apabila lagu ini siap dirakam sepenuhnya baru saya terfikir mahu meletakkan judulnya Terbuang Dalam Pelukan dan Bob turut setuju.

Bagi Hafiz, kemantapan vokal Bob terserlah melalui lagu ini yang turut dipersembahkannya malam tadi dalam minggu akhir AF Megastar 2017:

Dengan bakat dan keupayaan dimiliki Bob, saya sangat gembira kerana dia (Bob) berjaya membuktikan kemampuan dirinya yang sebenar.

Justeru, saya berharap masyarakat dan pendengar muzik di negara ini membuka mata untuk membuat penilaian dengan mengutamakan bakat berbanding memandang pada pakej personaliti seseorang penyanyi.

Harian Metro menambah bahawa Hafiz enggan mengulas mengenai kisah peribadinya dan berharap segala urusan penyelesaian diambil berjalan lancar.

Lirik Lagu Terbuang Dalam Pelukan – Bob Yusof

Betapa Benar
Sumpah Cintaku
Hanya Dirimu
Hingga Akhir hayatku

Betapa Kasih
Tidak Berdusta
Hanya Berpaut
Pada Kesetiaan

Kala Ku mengharapkan
Mengharapkan Belaianmu
Kau Menjamahi cinta ketiga
Kau Berpaling kasih

Dalam Kesedaranku
Kau Menodai cinta sendiri

Terlalu Banyak
Sandiwaramu
Walau Nyata dizahirmu
Walau Nyata dimataku

Aku Terbuang
Dalam Pelukan
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti

Namun Ku akur
Cinta Kan datang dan pergi
Usah Biarkan ia dicemari
Oleh Dustamu

Kerana Akan
Ku Cari sebuah
Cinta Suci yang teragung
Dari-Nya

Terlalu Banyak
Sandiwaramu
Walau Nyata dizahirmu
Walau Nyata dimataku

Aku Terbuang
Dalam Pelukan
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti

Aku Terbuang
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti

Malah, dia ingin memfokuskan kepada karier dan kerjaya seninya sebagai penyanyi dan komposer setelah urusan itu diselesaikan. via Harian Metro

20 responses to Hafiz Hamidun Nafi Lagu Ada Kena Mengena Dengan Kisah Peribadi

  1. Cek Mek Molek says:

    pinang I lah hafiz gerenti I dgr & patuh dengan you.

    7

    1
  2. Gadis says:

    Who cares?

    2

    4
  3. wekkkkkkk says:

    kenapa pakai baju biru…nnti masuk dlm DBI Holdings…hati2 lah warna biru skrg ni.
    kihkihkihkih

    6

    0
    • Anonymous says:

      Warna BN…parti ko agungkan sangat tu.

      1

      0
    • sue says:

      itulah. tak tentu pasal warna electric blue yg cantik tu sebati dgn label DBI. Geram betul dgn DBI tu! Btw, korang perasan tak DBI terlepas (dicantas drp tahan reman) kat Pulau Pinang? sbb CM dia dulu pernah dikaitkan dgn beli rumah below market value kan? Kalau DBI disabit jugak kat sana meaning CM dia pun kena disabit jugak – ya lah walaupun kes berlainan sikit & property boss & company pun lain. Pahang lak, tak keluar2 lagi statement kat penganugerah Dato’ kat DBI tu. Lamanya nak check database! Tgk2 kat Pahang juga tahanan reman DBI tu dicantaskan jugak.Mcm suspicous jer..

      0

      1
  4. Anonymous says:

    Kemanisan hidup didunia ada hadnya tiada kekal selama..ujian pun satu nikmat hidup utk kukuhkn keimanan..syukron2

    1

    0
  5. Anonymous says:

    vokal bob memang best tapi..lagu ni x berapa menyerlah. sususan melaodi tak mantap ..

    2

    1
  6. Anonymous says:

    sudah2 la tu. besok joyah pulak buat lagu…tuduh ko x leh nk pancut dlm faraj dia.

    3

    0
  7. biarbetik says:

    Abg Fahrin je nampak manis berseri walau tak la muda…yg lain tak semengah la…kontot2 kurang calcium betul la

    3

    0
  8. Anonymous says:

    Sorry I like Bob but not this song.

    1

    1
  9. nyah says:

    eeuww pondan buntal ni perasan macam la suara ko bagus ,terima hakikat kau takkan femes pon sebab muka kau hodoh!

    0

    0

Leave a Comment

Optional