Hafiz Bakal Nyanyikan Lagu Ombak Rindu Bersama Siti Nurhaliza Untuk Konsert Mania?

Hiburan

Hafiz Bakal Nyanyikan Lagu Ombak Rindu Bersama Siti Nurhaliza Untuk Konsert Mania?

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Konsert Mania minggu ini ke udara di Astro Ria pada jam 9 malam. Dan tema untuk minggu ini ialah lagu duet. Kesemua peserta diberi pilihan memilih seorang penyanyi luar kegemaran mereka untuk bersama-sama menyanyikan lagu pilihan masing-masing. Abang Nara paling teruja dengan kemungkinan Hafiz menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama Datuk Siti Nurhaliza. Pasti akan sangat mengujakan untuk melihat paduan 2 suara emas ini.

hafiz af

Advertisement

Ratu Rock Malaysia, Ella akan turut membuat penampilan istimewa berduet dengan kumpulan Kristal. Namun lagu apa yang bakal dinyanyikan masih lagi dirahsiakan. Dan masih banyak lagi pasangan duet yang dirahsiakan kehadirannya untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu kita semua. Tak sabar rasanya Abang Nara nak melekap di hadapan TV malam ini untuk melihat persembahan istimewa peserta-peserta Mania. Meh Abang Nara simpulkan sedikit persembahan yang bakal dilakukan oleh mereka.

HAFIZ
Bintang naungan empayar hijau ini agak runsing kerana sukar untuk mencari pasangan duet. Dia memilih lagu Ombak Rindu dan merancang untuk berduet dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Berjayakah dia?

ARIL
Aril memilih lagu etnik karya Dato’ M. Nasir, Ghazal Untuk Rabiah untuk dinyanyikan pada hari Sabtu nanti. Teman duet yang menjadi pilihannya adalah juara AF2 yang juga kink merupakan DJ Era FM.

ESTRANGED
Produser Muzik Ahmad Dhani tidak mempunyai masalah dengan lagu Nidji pilihan Estranged. Namun mereka masih berteka-teki mengenai pasangan duetnya. Khabarnya wanita itu adalah seseorang yang istimewa bagi salah seorang ahli kumpulan ini?

KRISTAL
Band naungan empayar Merah ini masih setia dengan genre rock mereka, lantas memilih Ratu Rock Negara sebagai pasangan duet. Lagu apakah yang akan dipersembahkan nanti?

STACY
Seperti Hafiz, Stacy juga mengalami masalah tentang pasangan duet. Dia hampir buntu setelah gagal memujuk Faizal Tahir untuk berduet dengannya. Apakah penyelesaiannya?

EBI
Ebi kelihatan selesa dengan kedudukannya yang kukuh di carta undian. Katanya mungkin ini ada kaitan dengan lagu singlenya Sayang Sabah yang kini sedang popular di Negeri Di Bawah Bayu itu.

HAZAMA
Hazama akui sedikit tertekan minggu ini kerana tidak seperti Ebi, kedudukan undiannya tidak stabil. Siapa pula yang menjadi pilihan Hazama untuk berduet nanti?

SHILA AMZAH
Shila amat gembira kerana berpeluang berduet bersama bintang yang diminatinya sejak kecil lagi. Menerusi lagu Hati Kama, dia akan berpadu suara bersama Noraniza Idris.

JACLYN VICTOR
Penyanyi naungan empayar Aubrey Suwito ini telah lama mengimpikan untuk menyanyi lagu Warisan Wanita Terakhir di konsert besar seperti ini. Apatah lagi dia bertuah kerana dapat berduet dengan penyanyi asalnya, Maman dari Teacher’s Pet.

ALYAH
Alyah memilih lagu Di Persimpangan Dilema untuk konsert kali ini. Pasangan duetnya juga merupakan penyanyi asal lagu popular ini iaitu Nora J.

ADIRA
Adira akan menyanyikan lagu Ku Pinangmu Dengan Bismillah nyanyian asal Pasha Ungu dan Rossa. Tetapi, siapakah bintang misteri yang akan berduet dengannya nanti?

Siapakah yang bakal tersingkir di minggu ke 7 Konsert Mania? Sama-sama kita nantikan malam ini pada jam 9 malam di Astro Ria 104.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...