Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anak, Rozita Che Wan Bukan Mahu Menunjuk-nunjuk

Hiburan

Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anak, Rozita Che Wan Bukan Mahu Menunjuk-nunjuk

Abang Nara suka dengan penjelasan sempoi daripada Rozita Che Wan mengenai hadiah kereta mewah buat anaknya, Ammar Effendy. Banyak pihak di luar sana yang beranggapan Che Ta menunjuk-nunjuk dan mahu berlagak dengan menghadiahkan kereta berharga ratusan ribu ringgit kepada anaknya. Namun seperti yang Abang Nara katakan dulu, kalau dah mampu apa salahnya beri hadiah sebegitu kepada anak sendiri. Tak gitu?

che ta kereta mewah

Advertisement

Penjelasan Rozita Che Wan sangat mudah untuk difahami dan sangat ikhlas. Orang tanya Che Ta jawab. Abang Nara yakin Che Ta sendiri tak sangka perkara ini akan menjadi besar. Kata Che Ta menerusi MalaysianDigest:-

Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak.

Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?

Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak.

Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia.

ammar

Abang Nara sokong kata-kata Che Ta. Kalau dah mampu, apa salahnya berhabis sedikit untuk anak sendiri. Dengan hadiah sebegini, pastinya Ammar akan lebih bersemangat untuk mendapat keputusan cemerlang di universiti kelak. Sekali sekala beri hadiah kepada anak, mestilah yang “grand”. Takkanlah anak Che Ta nak pakai Myvi je. Tak gitu? Apa pun, diharap Che Ta dan Ammar berhati-hati dan lebih peka ketika berjalan di khalayak ramai selepas ini kerana takut juga ada pihak yang berniat jahat terhadap mereka. Semoga semuanya akan selamat.

P.S: Perodua Viva terima anugerah Kenderaan Nilai Terbaik untuk wang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...