(GOSIP)Pelakon Comel Popular Bakal Berkahwin?

Hiburan

(GOSIP)Pelakon Comel Popular Bakal Berkahwin?

Kalau sebut namanya, kami pasti ramai yang kenal. Maklumlah orangnya jelita comel berkulit putih melepak dan beberapa tahun kebelakangan ini namanya meletup kerana drama lakonannya dengan seorang pelakon lelaki dari seberang tambak mendapat sambutan ramai.

Pelakon ini berstatus ibu tunggal. Sebelum ini dia dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon lelaki yang berlakon bersamanya, tetapi dinafikan oleh pelakon itu. Dia juga mempunyai beberapa kisah kontroversi, namun peminatnya memang ramai.

Kami mendapat khabar baru-baru ini pelakon ini dilihat telah membeli-belah barang keperluan perkahwinan di negara seberang, malah bakal suaminya juga berada di sana bagi membantunya mendapatkan persediaan untuk hari bersejarah mereka.

Advertisement

Kalau betul khabar ini, tahniah diucapkan kepada pelakon tersebut. Mungkin dia sudah melupakan kisah lamanya yang menyedihkan itu dan menemui cinta baru. Patutlah dia menutup buku akan kisah lama, bila suaminya dikatakan dicaras oleh seorang pelakon popular lain yang kini juga telah berkahwin dengan bekas suaminya. Pelakon comel itu kini berbaik-baik dengan isteri baru suaminya itu dan mendoakan perkahwinan mereka bahagia.

Tetapi siapakah bakal suaminya? Itu terpaksa kami rahsiakan dulu. Apa yang penting, pelakon itu dan anak tunggalnya akan tetap berbahagia dengan pilihan hatinya itu nanti. Manalah tahu boleh dapat anak lagi kalau ada rezeki, bukan? Kita doakan yang baik-baik saja.

***

Hello Malaysians, it’s time to unleash ‘the artist’ within you! Liberate your creativity and experiment arts for the pure fun of it at the coming Karnival Seni Kreatif Kita. Set to unlock your imagination and ignite your artistic soul, this super chill-out under the sun arts and culture carnival is taking place at Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor from the 11th to 12th May 2013 at 10am to 7pm.


This free admission event, Karnival Seni Kreatif Kita, under the patronage of D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, is a passionate project brought to you by the My Performing Arts Agency (MYPAA) in collaboration with the National Department for Culture and Arts (JKKN).

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...