(GOSIP)Madu Maki Hamun Pelawak Pantai Timur Di Media Sosial

Hiburan

(GOSIP)Madu Maki Hamun Pelawak Pantai Timur Di Media Sosial

Sudah agak lama juga kami tidak membuat entri sebegini, sekali-sekala bertukar angin juga.

Kisahnya mengenai seorang pelakon dan juga seorang pelawak dari Pantai Timur yang berkahwin sebagai isteri kedua seorang lelaki biasa.

Advertisement

Baru-baru ini madu kepada pelawak wanita ini telah memaki-hamun pelawak ini beserta suaminya sekali. Wanita itu mendakwa tidak sama sekali akan memaafkan pelawak wanita tersebut kerana merampas suaminya yang kini menggantungnya tidak bertali dan sengaja mempamerkan kebahagiaan mereka di hadapan dirinya.
Seram juga bila membaca status laman sosial madu kepada pelawak tadi, namun mungkin beliau sudah hilang sabar dan tidak lagi dapat menahan kemarahannya lantas menghamburkannya saja ke laman sosial.

Memang sepatutnya lelaki yang berkahwin dua berlaku adil terutamanya kepada isteri pertama, tapi realiti bagi orang yang hidup bermadu, tak semua boleh hidup bahagia seperti pelakon Zarina Zainuddin dengan madunya.

Wanita itu mendakwa lebih suka dilepaskan saja memandangkan suaminya lebih banyak menghabiskan masa dengan pelawak wanita itu dan tidak lagi memberikan nafkah untuk dia dan anaknya. Kasihan juga membaca luahan hatinya, namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hendak menuduh pun tidak boleh juga kerana mungkin terdapat masalah di pihak suami untuk memenuhi tanggungjawabnya? Tapi kalau sampaikan nafkah anak pun tidak diberikan, memang melampau juga tu.

Harap kedua-dua belah pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang dikira terbaik dan suami wanita itu juga diharapkan akan menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri pertama dan anak.

Yang paling kasihan, sudah tentu si anak, yang tak pasal-pasal terseret dalam masalah orang dewasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...