Written by Bella | August 30th, 2016

Hujung minggu lepas, sebuah ruangan di akhbar tempatan melaporkan rumah tangga Nabila Huda sedang berantakan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon sebuah produksi kerana ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, gosip berkenaan agak sukar untuk dipercayai kerana Nabila ataupun lebih mesra disapa sebagai Abil dan suaminya tampak cukup bahagia menerusi beberapa muat naik di Instagram yang menunjukkan kehidupan mereka yang cukup ceria dan penuh kasih sayang.

Terbaru, Nabila menerusi portal BH ONLINE menyifatkan gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal. Malah,  Abil juga tidak mahu ambil pusing dengan hal tersebut.

Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan.

Tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita sebab itu akan timbul cerita-cerita yang mengarut. Alhamdullillah Abil dan suaminya tidak mempunyai masalah besar. Kami doakan mereka berdua kekal bahagia begini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

6 responses to Gosip Rumah Tangga Retak : Nabila Huda Anggap Ia Berita Mengarut

  1. mak kuntum says:

    Tanya sama pokok..apa sebab goyang..nanti jawab pokok..ungke yang goyang

    0

    0
  2. Anonymous says:

    dia ni pas kawin pn seksi memanjang…..klau uma tangga dia org x brgoyang bagus le…kadang retis ni pndi nk selindung..kadang kita nmpk bahagia bagai..tpi tup2 dh nk bercerai…contoh ramai…

    0

    0
    • SMILE says:

      ARTIS YG BERTUTUP LITUP PUN BYK JE RUMAH TANGGA YG GOYANG DAN BERCERAI…. MEMG DIA BDOSA SBB SEKSI TP XBERMAKSUD HIDUP DIA XBAHAGIA. DOA BAIK2 JE. AWK CKP ORG NNTI KENA KT AWK BRU TAU..MENJADA ATAU MENDUDA.

      0

      0
  3. kata kau! says:

    Kadang2 dsebabkn penulisan wartawan lh boleh menyebabkn rumahtangga sstengah artis berantakan..sbb dorg ni suka mmandai-mandai mengandaikn mengenai rumahtangga org..benda yg x betul dgosipkn dan sterusnya akn menjadi isu besar..lantak lh rumahtangga org tu bahagia or retak..dorg pun manusia jugak kn..x yah nk dheboh sgt..

    0

    0
    • kelkatu says:

      mmg betol…..wartawan2 ni sebelah kakinya kat neraka sb suka sngt memutar belitkan kata2 sb nak sensasikan cerita nak lariskan akhbar..

      0

      0
  4. minah jambu say no to DRUG says:

    lov u nabilaaaa semoga sakses..

    0

    0