Gosip Escort Girl Tidak Gugat Hubungan Tasha Shila Dan Kekasih

Hiburan

Gosip Escort Girl Tidak Gugat Hubungan Tasha Shila Dan Kekasih

Ramai yang terkejut apabila aktres Tasha Shila didakwa sebagai salah satu selebriti wanita tempatan yang menjadi “escort girl” kepada golongan VVIP di Malaysia.

Dakwaan tersebut agak pelik kerana orang ramai mengetahui Tasha sudah mempunyai seorang kekasih bernama Han yang merupakan seorang peninju Muay Thai.

Advertisement

Walaupun sedang dihimpit kontroversi panas, hubungan percintaan Tasha dan kekasihnya itu tidak tergugat dan seringkali bersama beliau kemana sahaja.

Hubungan Tasha dan kekasih tidak tergugat dengan benda-benda macam ini. Setiap 24 jam dia akan bersama Tasha sampai orang meluat tengok.

Buat masa ini pelakon drama Tabir Zulaikha ini tidak mahu memberikan sebarang komen dan menyerahkan segala urusan kepada peguam.

Kami setuju dengan tindakan Tasha Shila yang enggan memberikan sebarang komen kerana ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Apa yang penting orang yang beliau cintai dan sayangi tetap menyokong beliau daripada belakang dan mempercayainya.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...