Written by AbangNara | March 7th, 2012

WALAUPUN  persembahannya bertambah baik tetapi Miza Azura terpaksa akur kepada keputusan SMS yang dihantar oleh penonton apabila dia terpaksa pergi meninggalkan pentas Pilih Kasih musim ketiga (PK3) pada minggu kelima. Lakonannya sebagai Puteri Sendayu dalam persembahan teater Si Bongkok arahan Erma Fatima dipuji pengkritik tetap, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi. Malah penasihat PK3, Umie Aida menyukai lakonan Miza yang bertenaga dan ada jiwa.

miza pk3

Bagaimanapun semua pujian itu tidak dapat membawa Miza ke minggu seterusnya, namun Miza tetap bersyukur kerana selama lima minggu bersama barisan tenaga pengrah PK3  dia belajar pelbagai perkara mengenai dunia lakonan. Meskipun agak terkilan dengan penyingkiran itu namun Miza gembira kerana sekurang-kurangnya dia sudah membuktikan bakat lakonannya dan Rosyam Noor sendiri yakin Miza boleh pergi jauh dalam bidang seni.

miza pk3
Dua lagi artis PK3  yang mendapat markah tercorot adalah Nizen Ayob dan Airil Refa. Sejak penyingkiran yang pertama pada minggu ketiga berlangsungnya PK3, Rosyam sudah mengingatkan kepada penonton supaya mereka bijak membuat pilihan kerana keputusan berada di tangan mereka. Jelasnya, rupa yang kacak dan jelita adalah bonus tetapi mereka juga mestilah berbakat dan  memberi  komitmen yang tinggi.

“Saya  mohon kepada penonton dan peminat undilah mereka yang benar-benar berbakat supaya industri dapat menerima mereka.  Kita perlukan bakat baru yang berjiwa besar dan tidak gentar untuk menghadapi persaingan. “Industri perfileman semakin berkembang maju dan kita perlukan bakat baru untuk memeriahkan lagi industri. Oleh itu pilihlah  mereka yang benar-benar layak dan jangan hanya pentingkan paras rupa. Saya mahu melahirkan artis PK yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk berjaya pada masa depan dan bukannya artis yang tenggelam timbul. Ramai muncul artis baru tetapi jarang yang kekal lama. Baru berlakon satu dua drama, dah ‘hilang’

miza pk3
Secara keseluruhannya Dr Abu Hassan dan Fauziah mula menyukai serta memuji persembahan artis PK3 minggu ini yang kelihatan menonjol dalam ketiga-tiga segmen iaitu teater, monolog dan drama. Pun begitu, monolog mendapat komen yang berbeza berdasarkan persembahan setiap artis.

miza pk3

Sekali lagi untuk segmen monolog, Naqia Nasution, gagal menghayati tugasan yang diberikan. Bukan kali pertama tetapi pada minggu keempat pun Naqia seperti tidak serius dengan tugasannya itu.  Selepas gagal pada segmen monolog minggu lalu, Rosyam sudah memberi amaran keras padanya supaya dia dapat melakukan lebih baik pada pementasan minggu kelima PK3. Tetapi nampaknya minggu ini Naqia masih gagal sehingga ‘angry bird Malaysia’, Dr Abu Hassan memberi kritikan keras kepadanya dengan berkata, “Persembahan awak paling teruk malam ini!” Selain itu Hakim Yazid turut mendapat kritikan keras, “Awaklah baldi yang akan dilastik oleh angrybird”.

miza pk3

Pentas PK3 minggu kelima bersiaran dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Senawang, Negeri Sembilan dan disiarkan secara langsung di TV2, setiap Ahad,  jam 9 malam. Artis PK3 yang masih bertahan,  Ai Iqmal, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Miza Azura, Theera Alias, Sura Sojanga,  Hiera Hassan, Naqia Nasution, Nizen Ayob dan Marina Jose.

miza pk3

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Kisah PK pada setiap Khamis dan Jumaat jam 2 petang, ZooOM PK setiap Sabtu jam 4.30 petang dan Pentas PK secara langsung, setiap Ahad,  jam 9 malam.  Semuanya di TV2.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Giliran Miza Tersingkir, Teruskan Undian Anda Untuk Pilih Kasih 3

  1. hyde says:

    bosan.. tak minat pung!!!

    0

    0
  2. hyde says:

    wah.. fist tyme daptfirst.. itu pun kat article yg owng tak berapa nak baca… mmm;(

    0

    0
    • kehkehkehkahkahkahkihkihkih says:

      ololololo..sian nye dierrr bru 1st time dpt 1st.huhu..sedehh nyerrr..woooohohoho(nanges)..

      0

      0
  3. […] WALAUPUN  persembahannya bertambah baik tetapi Miza Azura terpaksa akur kepada keputusan SMS yang dihantar oleh penonton apabila dia terpaksa pergi meninggalkan pentas Pilih Kasih musim ketiga (PK3) pada minggu kelima. Lakonannya sebagai Puteri Sendayu dalam persembahan teater Si Bongkok arahan … Continue reading → […]

    0

    0
  4. relaxxx says:

    x minat…thn depn…mntk2 PK x de dh…klau ad pn, abg nara x payh la jd blog rasmi siar PK ni ekk…menciiiii….

    0

    0
  5. Anonymous says:

    x pernah tgk lol…

    0

    0
  6. adiq says:

    xbez pun diorg ni. ..bosan je. kcing aku suke tgk tv tp bla dia tgk rncngan ni tetido die.haha

    0

    0
  7. Adibah says:

    tak ikut perkembangan pun…hehe ;)

    0

    0
  8. mamaamer says:

    dari PK1 sampai PK3 ni aku xpenah tengok…nape ek?sebab aku xminat ngan ‘hero tua’ tu kot?

    0

    0
  9. Menangis lah pulak dia tuh….:D

    tak sempat tngok..Sibuk jer..nasib baik jumpa blog beautifulnara

    0

    0
  10. chentalove says:

    x pnh ambil tau….huhuhu…

    0

    0
  11. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    semenjak si hensem tu dh terkeluar minah jambu tk tengok lagi rancangan pileh kaseh ni nyampah !!!

    0

    0
  12. joyah says:

    abg nara nih crita psl miza, tapi gambar kat atas byk tunjuk sura sojangi… apalahhh, tak kenal ke..??? mcmne leh jadi blog rasmi macamnih, kalau blogger nya sndri pun tak tengok..???

    0

    0