George Clooney Kahwini Amal Alamuddin

Hiburan

George Clooney Kahwini Amal Alamuddin

Jarang sekali Abang Nara berkongsi perkembangan selebriti Hollywood. Namun perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin ini merupakan satu berita yang wajib dikongsi dengan anda semua. Bintang filem Ocean Eleven dan Batman ini telah mengahwini Amal Alamuddin yang merupakan seorang peguam pada hari Sabtu lalu di Venice, Itali.
george clooney amal alamuddinGeorge Clooney sebelum ini pernah bersumpah tidak akan berkahwin lagi selepas bercerai dengan isterinya, Talia Balsam. Namun hatinya terbuka kembali selepas bertemu dengan Amal Alamuddin yang berasal dari Lebanon. Mereka berdua bertemu buat pertama kali di Itali.
george clooney amal alamuddinAntara tetamu yang hadir untuk meraikan majlis perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin ialah Matt Damon, Cindy Crawford, Bono U2, Bill Murray dan ramai lagi. Tahniah diucapkan untuk anda berdua. Selamat pengantin baru.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...