Written by AbangNara | October 13th, 2015

Yeah!!! Kerinduan para peminat penyanyi-penyanyi otai bakal terubat apabila Gegar Vaganza kembali semula buat musim kedua. Gegar Vaganza 2 bakal menyaksikan 12 penyanyi yang pernah popular pada era 80-an dan 90-an berentap merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Tambah menarik, Gegar Vaganza kali ini bakal disiarkan secara langsung dan bukannya secara rakaman seperti musim sebelumnya.
gegar vaganza 212 peserta Gegar Vaganza 2 ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan. Sementara itu pengacara program ini dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse.  Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim turut sama diberi kepercayaan untuk menjadi juri Gegar Vaganza 2.

gegar vaganza 2

Feveret Abang Nara untuk Gegar Vaganza 2 kali ini tak lain tak bukan ialah Amir U’kays. Teringat masa darjah 6 dulu siap minta ayah belikan kaset album Bisa Berbisa dan Tajam Menikam sebab best sangat lagu-lagunya. Jangan lupa untuk saksikan Gegar Vaganza 2 bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD. Selamat berjaya diucapkan kepada semua peserta.

gegar vaganza 2

P.S: Yeah!!! Best Buy World Malaysia kembali lagi dengan tawaran tak masuk akal!!! Diskaun sehingga 70% untuk produk penjagaan kulit berjenama, minyak wangi, alat solek dan macam-macam lagi. 100% original dan authentik. Tak ada tiruan-tiruan. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.

32 responses to Gegar Vaganza Kembali Lagi, 12 Penyanyi Otai Bakal Berentap

  1. First!!!! HAHAHAAA…

    0

    0
  2. Senduk Beracun says:

    Gegar Vaganza mmg best! Tersangatlah mengimbau memori masa lalu tatkala mendengarkan lagu-lagu hits mereka masa zaman sekolah dahulu…… xsabar nak tgk :). Far more better than AF huhu….

    0

    0
  3. melati says:

    buat lah aper pun ..yg penting jgn Zizan Kangkang Terlibat…mesti punohhhhh..

    0

    0
  4. Senduk Beracun says:

    …dan aku suka tgk gandingan Nabil & Jihan sbg pengacara… mmg kelakor! Dan, nabil tu makin lama makin sexy aku nengok kan… Seluar dia sendat & mampat! Perghhh… bergetar tulang rusuk ku..

    0

    0
  5. hihihihihiii says:

    uiiii………. amir uk’s ko!!! bestnyeee
    lg best ada zamani

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    otai kali ni best2,mesti gempak punya…all the best semua!

    0

    0
  7. Senduk Beracun says:

    Lau nak ikut vocal dan talent, si Zul Handy Black suaranya jantan mirip Awie, so dia bakal memberi saingan sengit. Si Acong Sweetchild pula vocalnya boleh hit high notes dan agak power. Si Nizam Laksamana pulak lebih kepada slow rock merdu yang mendayu-dayu… so boleh menambat hati penonton. Manakala Amir U’kays tidaklah sepower dulu, tetapi dia ni bakal beri tentangan hebat memandangkan banyak lagu-lagu ukays yg hits suatu ketika dulu, so dia pasti akan berjuang habis-habisan. Ezad Lazim? Lagu baru dia Hati Mati sedap dan lirik yag berkualiti. Vokal dia still power dan boleh beri saingan hebat. Si Nassier Wahab pula mempunyai kualiti suara 90-an yg sedap didengar. Suara Ezlynn yg husky tapi nyaring dan sharp akan memeriahkan suasana, selain rambut mengerbang dia yg sebesar piring astro tu akan gegarkan vaganza! Faradhiya? Lagu dia bertakhta di hati tu mmg sedap, tapi itu dulu… masihkah beliau boleh tarik lagu sehebat dahulu? Nantikan je. Siti Nordiana ni kualiti suara still sama. Dia ni boleh beri persembahan vokal yg mantap, tapi kena pandai pilih lagu dan genre. Haiza? Minah dangdut ni better dari Ifa raziah yg gediks tu.. yucks! Sheeda? Err…. out of my taste. Sorry. Dan last…. Azian Mazwan Safwan…. suaranya slow dan mayber sesuai nyanyi genre yg tertentu sahaja, esp. balada shj…

    0

    0
  8. winwin says:

    bestnye kalau ade zamani..tapi zamani xlayak utk GV nie..dia dh kira taraf legend dah..patut jadi pengkritik je..suara dia xleh celen dah..kalau dia masuk,confirm juara dowww

    0

    0
  9. Suke hati aku la says:

    Aku suka kalau vokalis spring masuk…kalau dia masuk mmg bestla..tp apakan daya..xboleh

    0

    0
  10. mawar says:

    apsal zaiton sameon, rohana jalil, nursheila amin, zur eda, ramlah ram, francisca, wann x masuk gegar vaganza…

    0

    0
  11. anon says:

    apasai hatok ti tak masuk???

    0

    0
  12. ayun says:

    alaaaa. joey daud plsssss

    0

    0
  13. Anonymous says:

    relevan ke faradiya..siti nordiana…ezlyn tu join gegar vaganza nie…haiza dan sheeda dangdut mesti over nanti wat show…amelina tak panggil plakkk…

    0

    0
    • zaza says:

      utk pengetahuan,,ni utk artis2 yg masih struggle nk membina kembali nama diorang dlm arena seni suara, mereka masih struggle nk mengumpul balik peminat mereka,penyanyi legend sgt tu dh boleh cari makan sendiri.harap faham.

      0

      0
    • abcdefg says:

      Klu tak silap, GV musim pertama sepatutnya Amelina masuk tapi dia tolak last minutes sebab dia xyakin boleh beraksi atas pentas semula.

      0

      0
  14. anonymous says:

    penaja yg sama ke….hmmmm

    0

    0
  15. Shhh says:

    tak kisahlah sapa pun yg bertanding..jgn Azwan Ali sudahlah..tpi apa yg aku perasan Jihan Musa makin cntik..berubah 360 darjah stail dan rupa dia skrg..dulu kalo tgk dia..tak rasa dia blh bertahan..

    0

    0
  16. me says:

    hahaha dr jauh da nmpk qu puteh

    0

    0
  17. Anonymous says:

    aku rase zul handy black ade can menang…jgn ade yg cm mamat exist udahlaa..dh menang dpt hadiah…ilangggggg…

    0

    0
  18. saya comeii says:

    makcik qu puteh sponsor lagi lar huhu..
    bertabahlar yea…qu puteh qu puteh barular puteh hahahha

    0

    0
  19. Cik puan anom says:

    Laa ingt nara ngn amir ukays ni sebaya. Rupenye kire muda jgkla ko ni nara.macam x muda je ghopernye

    0

    0
  20. kauygbernamaseri says:

    sume best2 … tp pilihan aku ofkozz zulhandy black..

    0

    0
  21. Ros says:

    Tak sangka suara haiza sangat mantap. kerana sebelum ni vocalnya tak Nampak kerana sebelum ni dia hanya bawa lagu dangdut.Suara farahdiya,ezad, siti nordiana pun best…tapi yang paling best nassier wahab…suaranya sangat merdu & menusuk kalbu…..

    0

    0