Written by AbangNara | October 19th, 2015

Semalam telah pun berlangsung konsert pertama Gegar Vaganza 2. Pergh!!! Memang feeling habis. Dengan tema ‘Kembali Menyengat’, para penonton dibawa kembali mengimbau memori silam apabila kesemua peserta Gegar Vaganza 2 menyanyikan lagu-lagu hit mereka. Antaranya Amir U’kays dengan ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’, Ezyln ‘Hai Hai Bye Bye’, Nizam Laksamana ‘Gugurnya Bunga Cinta’ dan banyak lagi. Hampir setiap lagu Abang Nara pun turut sama menyanyi.

gegar vaganza

Walaupun baru minggu pertama, para pengikut Gegar Vaganza 2 sudah mula memilih penyanyi kegemaran dan penyanyi yang mereka mahu singkirkan. Berdasarkan reaksi di laman sosial, ramai yang memilih Faradhiya, Zul HandyBlack dan Haiza sebagai peserta pilihan. Namun kelibat Ezyln yang agak over confident dan berpakaian tidak sesuai membuatkan ramai yang berharap agar penyanyi itu disingkirkan secepat mungkin. Ada juga yang mempertikaikan pemilihan lagu untuk Faradhiya kerana terpaksa menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta. Itu adalah antara beberapa kontroversi awal Gegar Vaganza 2.

gegar vaganza

Semalam menyaksikan tiada penyingkiran terjadi. Jika ada, Achong Sweetchild akan menjadi peserta pertama tersingkir. Namun macam biasalah orang kata minggu pertama adalah untuk panaskan badan. Jadi kesemua 12 peserta akan terus berentap minggu hadapan. Apa pun, Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Nabil dan Jihan kerana berjaya mengacara dengan begitu hebat sekali. Abang Nara rasa anda berdua adalah gabungan pengacara paling sempoi dan hebat di Malaysia buat tahun ini. Semoga terus mengekalkan mutu pengacaraan sebegini. Semoga berjaya buat kesemua peserta Gegar Vaganza 2. Kita jumpa minggu hadapan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Gegar Vaganza 2 Kembali Menyengat, Penonton Dibuai Memori Silam

  1. melati says:

    ingat nk tgk juga..tetiba tgk Q Putih taja…hilang mood saya nk tgk…trus tukaq citer Hindi..

    0

    0
    • Anonymous says:

      eh dulu aku tak minat gak dato vida nie…tpi skg ok aaa boleh laa trima klu kuar iklan dia…dh kurus kot u olls…then lagi satu aku bangga sbb dia org melayu yg berjaya…

      0

      0
    • minah jambu says:

      tkpe laaaa kau ni asek asek tk suka aje…kau dh try prodak qu puteh tu melati ? ok tak ? minah jambu tengok muka dato vida tu beseh aje puteh gebu..

      0

      0
      • Bella donna says:

        Bab puteh rupa tu mmg banyak yg puteh tapi yg aku heran ni apahal banyak pompan melayu yg ketiak itam?
        Ri tu aku g Lombok gan family sempat la mandi pat air mcm sungai gitu, tetiba masa salin baju tu jumpa akak asal Ganu , bila dia angkat tangannya nk sarung baju adoi itam nok !!! Geli aku .
        Eeeeeee

        0

        0
    • Lolita says:

      Mmg bangga bila tgk melayu berjaya mcm ni. Tapi kenapa iklan dia yg baru ni mcm over sgt eh. Part yg ‘mmuahh mmuahh’ muncung muncung mulut tu. Agak agak la umur nak buat camtu pun. Sampai naik atas pentas GV semalam pun dok buat muncung itik ‘mmuahh’ tu! Eeuuwwww

      0

      0
  2. aunty says:

    sheeda tu boleh nyanyi lagu lain selain lagu dia ke? #tanyaje #janganbash

    0

    0
  3. Shhh says:

    Abg nara kenapa tak post citer pasal pemenang Da’I ..jgn asik tumpu pada nyanyian semata2..semalam tgk jugak GV ni..paling aku tak suka..tetiba je da si Ifa Raziah muncul ..menyibuk kat situ..bingit telinga aku..kecian Faizal Hussein nak bg komen…pastu aduhai paling tak tahan iklan Qu Puteh2..cpt2 aku tukar..blh plak si Dato Vida pakai crown..apa dia ingat ni feeling Dewi Remaja ke..aku tahu tu sebagai marketing..tpi annoying nya mata dan telinga ni sakit sikit2 Qu Putih tu…dah lah masa AF tu sikit2 NV..semalam Da’I pun mcm tu sikit2 D’Herbs..teruk betulah marketing produk kecantikan kat Malaysia ni..berebut2 kuar iklan merapu..marketingnya merapu..mcm na nak produk kecantikan ni nak ke international;…overall semalam persembahan semua ok..lagu2 smeua mmg mengamit kenangan lah…Nabil dan Jihan mmg kelakar…

    0

    0
    • jejai says:

      adik…. kena la pikir positif, ni bkn merapu ni namanye marketing terbaik….1 tempat jer diaorg buat iklan xpayah cacak banner merata tempat….klu diaorg dah labur 1 juta untuk menaja sesuatu rancangan mestilah diaorg mahukan iklan produk dia jer, klu produk diaorg x sampai international pn tp adik tahu tak yg qu puteh tu taja season 1 pun dia dah balik modal berlipat kali ganda….ini namanye strategi meniaga….apa pn support la produk tempatan jgn la asyik kondem jer

      0

      0
    • nora says:

      nara x tgk dai..tp aku pon x sk bab agama diundi org awam.. peace..

      0

      0
  4. mak c kina says:

    lagu utk mgg pertama adalah pengenalan..so pendengar yg bru hidup ni tau la sape yg nyanyi lagu2 berhantu tu…aku paling salute farahdhiya,suara nye masih baik walaupun dia dah xnyanyi lagi…mcm haiza,sheeda,nassier mmg slalu la nyanyi walaupun xkluar tv..fav aku zul,amir,farahdhiya

    * tp kenapa faizal x nyanyi lagu gila2 remaja tu?..klu dia nyanyi lagu tu mesti lg bes…mesti gempak 1 dewan

    0

    0
  5. jejai says:

    jejai terdiam sejenak nengok ezlyn semlm….bkn sbb suara sedap tp gedik terlebih sgt huhuhuhu

    0

    0
  6. minah jambu says:

    idup Zul handy black ! suara u betol2 power minah jambu suka..semoga mingu2 yg akan datang suara u lebih power lagi ok lov u..! amir ukays suara u pon ok lemak2 tk lemak gitu minah jambu suka jugak ..nasir wahab maseh lagi hensem macm dulu suara pon power ..achong ok2 tk ok gitu suara dia tapi maseh lagi menyengat jangan sampai kena sengat suda…kalau yg pompan pulak ok2 la gitu minah jambu suka faradiya suara bagos cantek puteh …azean anak tujoh pon suara power ..

    0

    0
  7. emo_blackrose89@yahoo.com says:

    Senak aku laki bini tengok makcik qu putih tu.
    Tiap Kali iklan terus mute tv.
    Marketing boleh tapi jangan melampau, dr orang ok jadi meluat siap dengan bibir2 muah2 bagai, serrammm bak kata laki aku.

    0

    0
  8. pink pink says:

    1) izlynn – baju out,suara pun out..over..tau la dah lme xnyanyi tp xyah la nk gedik kt ats tu
    2) sheeda – nape aku rse lagu dia paling lame?..xde ekspresi muka sbb dah cucuk semua
    3) sponsor xyah over shadow la..cukup la dok diam2 kt bwh tu..
    4) host terbaik abad ini…gandingan yg baik& serasi..xcontrol cun

    ***go waghih – zul,nizam,nana,nabil…hehehe
    termasuk tomok yg nyanyi intro smlm..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    lepaih ni x yah la jemput ipa raziah dah..pening teman nengok dgn baju mermaid x jadinye tu..

    0

    0
  10. mok cun says:

    suka tengok tok ram dalam GV…tak control langsung…tak mcam dalam AF..

    0

    0
    • eira says:

      Betul..setuju..asyik tersenyum je dia…
      dia mengena nabil & jihan, jihan & nabil mengena dia.. fair & square..haha
      tapi semalam pembukaan memang mengimbau kenangan betul..best

      0

      0
    • mak c kina says:

      dlm AF dia kne lbh ‘garang’ sbb dorg org bru..biar setiap teguran jd panduan..dlm GV dia xperlu nk tegur psl teknik sbb semua penyanyi hebat,so gap dia xla jauh sgt..

      0

      0
  11. AJ says:

    kemunculan ifa raziah time faizal hussein tgh bagi komen mcm agak biadab di situ. tetiba je terus over shadow semua. penerbit pleaselah, bagila chance juri tu habiskan komen dulu sepatutnya

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Best sangat. Pasangan nabil jihan terbaik. Korang ni sikit2 tak suka. Be positif. Dato vida taja . Biarlah. Aku pun suka dato vida. Last year cintrol. Skrg ok ler. Hidup kena happy. Chill

    0

    0
  13. Senduk Beracun says:

    …bestnya gegar vaganza kali ni! Wowww… 5 bintang aku bagi, termasuk dgn pengacara yg mmg klako terbaek dan tok ram pun sporting sungguh! Kagum aku tgk kehebatan faradhiya, zul handyblack, nizam laksamana… Yg spoilt ialah ezlyn – ko knp nyah? Ko over dose ice ke nyah? Dah la seksi memalukan, gediks over dan suara OUT! Nyahhh kau dari GV!

    0

    0
    • Shhh says:

      baju tu katanya jahit sendiri…aku pun ngat baju tu seksi..nasib pakai lengging tpi mmg nampak tak kena..

      0

      0
  14. aku suka nasier wahab
    legend betul
    masakecik2 dulu penah ladengar lagu tu
    sekali dia bwk sejibik engko
    mcm dlm kaset gitu…aduh…muka rileks je walau high note..
    terbaek la..patut dah lama dpt dato’….

    ezad pun best..zul..faradhiya..
    yg lain biasa2 je…

    0

    0
  15. gogogo says:

    suke suare faradhiya..mantap..bukan saja muka cantek tapi suara perghh..salute suara dier..mg xpnh dengar suara yg sesedap tu kt malaysia ni..jerit pun x tergelincir..i sokong faradhiya

    0

    0
  16. fara says:

    faradhiya ni mmg sedap suara dia, bukan sekadar cantik. sepatutnya diteruskan karier menyanyi dia n patut dapat lagu2 baru yg lebih menyengat. zul handy black , azian mazwan safuan , nassier wahab n amir uks pun best. siti nurdiana lagu terlalu senang, nk dgr keupayaan suara dia next week
    #teamfaradhiya

    0

    0
  17. tudung ungu says:

    Pemerhatian saya:
    1. Ezlyn- mcm terlebih gula dalam badan;
    2. Nabil agak kasar lawaknye esp psl caliph buskers;
    3. yang lain best je.. saya layan je;
    4. Astro tak perlu dah kot buat buat gimik mcm panggil ifa raziah, rosnah mat aris segala.. Gegar Vaganza dah gegar dah dengan sendiri nya dan tak pelu elemen-elemen mcm tu..

    Sekian
    #pandangansayajanganmarah

    0

    0
  18. kenjihensam says:

    Apapun, gegarvaganza mmg best, yg nabil, jihan, tok ram, huhhh rasa mcm nk pecah perut tngk mereka.

    0

    0
  19. ayah anda kulup says:

    beza penyanyi dulu dan sekarang..
    tp dlm 12 tu..ezlyn bole ucap bye2 n sheeda bole angkat kaki next week

    0

    0
  20. Aku yang bernama Seri says:

    Kau yang bernama Seri..Erkkkssss tecekik cekodok aku dalam molot :(

    0

    0
  21. Anonymous says:

    siti nor diana tu penyanyi ke? haha. dr dulu aku dgr suara dia mcm tcekik tulang je. ko g akif dgn usrah artis je la tak payah menyanyi…ustaz dlm usrah tu x ckp ke menyanyi tu bdosa? kah!

    0

    0
  22. ena says:

    panggil ifa raziah tak menjadikan rancangan tu jadi lg best..lagi menyemak ade la….rasanye semua dh ok mlm tu..bila dtg ifa raziah trs rasa mcm merosakkan rancangan tu jer..

    0

    0