Gaya Subang Ibarat Pengikat Langsir : Hanez Suraya Enggan Ambil Pusing Komen Netizen

Hiburan

Gaya Subang Ibarat Pengikat Langsir : Hanez Suraya Enggan Ambil Pusing Komen Netizen

Baru-baru ini gaya subang Hanez Suraya yang cukup unik telah menarik perhatian netizen. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk bergurau dan menyamakan subang Hanez sama seperti pengikat langsir. Macam-macam parodi juga yang keluar dan ada juga mereka yang memberikan komen negatif.

Advertisement

Malah, Hanez juga sebenarnya tidak berkecil hati  apabila perkara itu menjadi viral di laman sosial.

Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kawan baik saya iaitu Farina. Apabila membaca paparan skrin yang dihantar, saya terus tergelak. Saya pun tak tahu nak cakap apa.

Cuma satu perkara yang jelas di sini adalah mereka masih memerhatikan gaya hidup saya biarpun sudah dua tahun tidak berlakon. Saya menganggap ia perkara remeh, jadi tak perlu nak melatah atau marah.

Hanez berpendapat segala kritikan tidak perlu dilayan kerana ia sekadar membuang masa dan lebih baik untuk beliau fokus kepada kehidupannya.

Saya pelik kenapa gaya itu diberi perhatian sehingga dibangkitkan di laman sosial, sedangkan artis lain pun ada bergaya sama. Saya hanya berfikiran positif kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.

Kalau nak melayan kerenah mereka satu persatu di laman sosial, boleh jadi gila dibuatnya. Jadi biarkan saja mereka dengan dunia mereka.

Bagus Hanez Suraya tidak cepat melatah dengan komen netizen. Iyalah, tidak semua benda harus dipandang serius sehingga mencetuskan pergaduhan ye dak?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...