Gary Sah Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun

Hiburan

Gary Sah Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun

Berita sedih untuk para peminat Running Man termasuk Abang Nara. Kang Gary telah mengesahkan bahawa dirinya secara rasmi akan meninggalkan Running Man selepas 6 tahun bersama. Penggambaran terakhir Gary bersama ahli Running Man yang lain ialah pada 31 Oktober ini. Selepas itu, tiada lagi kelibat kelakar, blur dan aksi comel Gary. Paling menyedihkan sudah tentu tiada aksi romantik antara Gary dan Song Ji Hyo yang dikenali sebagai Monday Couple di dalam Running Man.

gary tinggalkan running man

Advertisement

Sebab utama Gary meninggalkan Running Man adalah untuk memberikan fokus terhadap kariernya selaku selaku seorang pemuzik dan penyanyi. Berita ini telah disampaikan oleh penerbit Running Man sendiri.

Sejak awal tahun ini lagi Gary ada memberitahu niatnya untuk tinggalkan Running man kerana ingin fokus terhadap bidang muzik. Dia juga ingin meluangkan lebih masa untuk menghasilkan muzik memandangkan dia juga merupakan penyanyi rap kumpulan Leesang. Kami telah cuba untuk memujuk dan meminta Gary supaya mempertimbangkan keputusannya namun tidak berjaya.

Walaupun sedih namum kami hormati keputusannya dan kami hargai segala usaha yang diberikan oleh Gary sepanjang dalam Running Man. vDia merupakan anggota Running Man yang hebat! Terima kasih Gary kerana menjadi anggota tetap Running Man sepanjang enam tahun, Kami pasti akan merindui awak

gary tinggalkan running man

Sudah pasti Running Man tidak akan sama tanpa Gary selepas ini. Apa pun, episod Running Man kebelakangan ini agak membosankan. Sudah tidak sehebat dulu. Pihak penerbit harus mengembalikan zaman kegemilangan Running Man. Agak sedih melihat rating Running Man jatuh merudum. Semoga Running Man akan terus kekal berjaya dan menggembirakan hati orang ramai walaupun tanpa Gary di masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...