Written by serenity | January 25th, 2012

Memang ramai yang suka dan ingin melihat Aaron Aziz bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama ‘Nora Elena’ iaitu Siti Saleha. Sebelum ini Aaron pernah buat pertama kalinya telah mengarahkan drama Kekasih Awal dan Akhir yang menggandingkan semula dia dengan Siti Saleha dengan turut dibantu oleh Fouziah Gous. Namun, untuk pengetahuan anda, buat masa ini Aaron sedang sibuk dengan penggambaran yang masih menggabungkan mereka bertiga dalam filem ‘Kerat 14′.
Filem ini ialah merupakan sebuah filem psiko-thriller tentang seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian untuk melupuskan bukti. Filem ini khabarnya juga turut menampilkan Zamarul Hisyam dan Ali Arami. Jadi, Aaronators tak dapat menonton Aaron sebagai lelaki macho dan romantik yang membuatnya menjadi kegilaan wanita sebelum ini. Mungkin wataknya nanti penuh keji dan bermandi darah?

Nampaknya tawaran berlakon untuk Aaron tetap lebat dan ini membuktikan yang besar kemungkinan tahun ini tetap menjanjikan populariti untuk Aaron. Apa pun, sekurang-kurangnya kali ini watak Aaron tampak menarik, kami berpendapat mungkin dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-katanya bagi bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak . Sila like Facebook Kerat 14 dan kredit gambar Twitter Aaron Aziz.

***

Pementasan Teater Bangsawan “Kemala Sakti Kesuma Ningrat” anjuran JKKN dengan Kerjasama Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) Sempena Program Semarak Bangsawan 2012 yang membuka tirai persembahan pada 27-28 Januari (Jumaat dan Sabtu) ini bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan bermula jam 8.30 malam. Masuk adalah PERCUMA.

Baca Yang Ini Pulak:-


23 responses to Gandingan Aaron, Siti Saleha Dan Fouziah Gous Dalam Kerat 14

  1. orabg pertama says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 17
  2. Anonymous says:

    kenape muka dorang camtu ?
    pucatnya… seram i tgk.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  3. asy says:

    muka x mekap..hahahh ><

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  4. asy says:

    muka x mekap…haahha ><

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  5. Datok minah jambu 24jam mengadap computer says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 23
  6. Sib baek pengarah bijak pilih heroin says:

    eh,apsal muka FGaous bertukar jadik muka pelakon nadia mustafa laks?hehe.

    minah jambu batu>elok la depa dua org drp pompuan2 yg nko sbut tu.huh.pengarah pon reti nilai mana pelakon yg sincere, mana yg propaaa.kalo diana danielle aku stuju la jgk.kalo sendat ngan nilupak tuh,yanggg adooooo !!!

    AA>>alwayz hensem to the maxxxxx !!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  7. brohai says:

    harap2 cerita ni best ler.Kita tunggu dan lihat.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  8. kussssssemangat says:

    kekasih awal & akhir tu aaron ke yg arah? tak menarik & bosan cerita tu..selain lakonan tak mantap langsung…ada ke org sakit tapi maintain cun 24 jam..aduiiii

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 3
    • mangkuk tingkat says:

      baru first time mengarah kot… so ramai org masih consider lagi. Lagipun yg boleh dikatakan pandai berlakon x semestinyer pandai mengarah…vice versa. Tengok contoh laa ahmad idham, shamsul yusoff….bila mengarah dpt pulangan box office, tp bila as pelakon hampeh jer…

      p palang s: Tan Sri P Ramlee is still the legend~

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  9. [...] Memang ramai yang suka dan ingin melihat Aaron Aziz bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama ‘Nora Elena’ iaitu Siti Saleha. Sebelum ini Aaron pernah buat pertama kalinya telah mengarahkan drama Kekasih Awal dan Akhir yang menggandingkan semula dia dengan Siti … Continue reading → [...]

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  10. mail lambung says:

    tk make up smua muka biasa2 je

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  11. bolradhabol7 says:

    aku suka gndingan ni…bagus pgarah ni ambik saleha jd heroin die..
    kalo nealofa or fasha compom aku x g tgk kt wyg nanti…
    rindu gndingan nora elena tu…
    apapun takut gak nk tgk aaron kerat org nanti…
    but gud luck 4 this movie…
    luv seth & nora…

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  12. Aaron big fan says:

    Aaron handsome. hehe suka sangat :)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  13. suraya says:

    SS & AA sengaja di make-up kan pucat supaya nmpak pucat utk scene dlm pnjara kwn2..x kan msuk pnjara muka bseri2 lak kan..huhuu..;)

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  14. nehi says:

    aku tk suke kt foziah gaus ni…tak tau nape…tpi mmg tk bpe minat laa kt dia…sori…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3