Written by serenity | November 21st, 2014

Kejadian yang menimpa Palestin menimbulkan rasa tidak senang ramai umat Islam di Malaysia. Rakyat negara ini adalah antara yang paling aktif menyatakan sokongan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin melalui sumbangan dana, keperluan, perubatan, makanan dan pakaian.

 photo 10730844_402803383208162_22939588592007224_n.jpg

Rasa tanggungjawab ini membolehkan Yatt Hamzah mendapat ilham menghasilkan rekaan shawl bertemakan bendera Palestin yang dijual dibawah tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI by Yatt Hamzah. Menurut Yatt, shawl Palestin itu ialah yang seumpanya di Malaysia, namun Yatt telah menyuarakan rasa terkilannya kepada Harian Metro mengenai shawl yang merupakan rekaan asalnya telah ditiru oleh ramai peniaga lain.

Sebahagian daripada hasil jualan daripada shawl itu saya masukkan ke dalam Tabung Palestin. Berikutan sambutan yang hebat, saya terus menambah jumlah shawl sehingga ribuan helai. Bukan saja dibeli orang persendirian, malah syarikat korporat turut menjadi pelanggan saya. Selagi ada yang membeli, selagi itulah saya terus menyumbang untuk Tabung Palestin.

Melihat sambutan yang bagus, ada pula yang meniru idea saya itu dengan menjual pada harga murah dengan kualiti kain yang amat rendah. Lebih berani lagi, ada peniaga ‘online’ meletakkan gambar dan ‘menjual’ nama saya untuk melariskan perniagaan mereka.

Sudah banyak kali saya menghubungi mereka dan memberi amaran jangan menggunakan nama saya untuk melariskan perniagaan mereka, tetapi mereka degil. Awal tahun ini, ramai betul yang buat shawl Palestin itu dan saya boleh tahu mereka yang memakainya beli saya punya atau daripada peniaga lain berdasarkan kualiti kain dan jahitan.

Bersusah payah saya mencari ilham, alih-alih mereka tiru macam itu saja. Saya hubungi terus rakan yang meniru itu dan alasan yang diberi dia tak perasan dan tak sengaja. Ada juga yang mengaku kononnya rekaannya sendiri. Kalau betul pun ilhamnya sendiri, takkanlah 99 peratus sama dengan saya punya.

Pada pendapat kami, bidang fesyen ialah bidang yang sentiasa berkembang dengan idea baru, dan kadangkala sukar untuk menentukan siapa sebenarnya yang mengeluarkan idea asal sesuatu jenis fesyen yang menjadi trend, termasuk tudung. Sebelum ini pelakon Neelofa pernah didakwa meniru rekaan tudung seorang pereka muda, namun carian Internet menunjukkan tudung seperti itu telah dikeluarkan di Indonesia sejak tahun 2012. Apatah lagi rekaan tudung bertemakan warna bendera Palestin yang juga dikeluarkan dalam bentuk tudung bawal oleh Norjuma.

Mungkin persamaan ialah secara kebetulan, dan mungkin juga idea Yatt telah ditiru. Apa pendapat anda?

P/S: Sudahkah anda like page Beautifulnara? Kami bawakan anda kemaskini sensasi. Jom like page Beautifulnara di bawah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to (GAMBAR)Yatt Hamzah Kecewa Shawl Palestin Rekaannya Ditiru Peniaga Lain

  1. Anonymous says:

    rileks la sis..rezeki masing2…orang lain pn byk idea stail yg sama.

    0

    0
    • Anonymous says:

      rezeki memasing kann..
      yatt ang pn amik kesempatan dari apa jadi kt palestin kan utk lariskan jualan ko..
      eh tak, maksud aku, ko pn amik ilham dari bendera palestin kan, jadi ko ghase, ko tiru ke tidok?

      0

      0
      • yana says:

        jual dengan harga rendah . orang kurang berkemampuan boleh beli juga :) tak salah lah . hm ada juga mcam ni .

        0

        0
        • mutiara says:

          cuba kalau orang laen buat atau jadikan bendera malaysia sebagai tudung, ermm nanti dikatakan kurang ajar, hina bendera malaysia.
          ermmmmmm

          0

          0
        • Yahudi says:

          Cara Delevingne , Selena Gomez , Madonna , Rihanna , Zayn Malik and ada lagi Hollywood Celebrities yg post photos and tweet pasal Palestine and support the Palestinians . Artis Malaysia ada yg buat bodo jer , sbb rasa mcm tak glamour , and rasa mcm “extra religious” , so org nnt ckp diorng “backward” gittu ?? Eh biatch , Beyonce pon post ayat Quran kat instagram okey ??

          0

          0
      • Mirai Suenaga says:

        betul ckp anon

        0

        0
      • anon says:

        yatt bkn amk kesempatan la, ada dia tulis kan dia jual tudung tu masuk tabung palestin, itu niat dia.. org lain jual masuk tabung sndri.. huhu..

        0

        0
      • Abang Jailani says:

        Ha…meh sini abang nak cerita baik punya…

        Orang lain design, kau pun nak design. Orang lain berniaga kau pun nak berniaga…
        METHOD tak kena dik…takde METHOD yang betul…
        Kalau rasa design kau tu EXCLUSIVE lah sangat pergilah “PATERN” kan… jangan lupa buat “TRADEMARK” sekali…. Harta intellectual gitu…

        Kitakan di negara asia yang terkenal dengan ‘copy cat’ nya….tengok kat DVD cetak rompak je…. Berita gossip yang keluar kat beautifulnara ni, si Abang Nara pun copy-cat dari website lain…apa cerita tu???

        Ni dah lah takde “patern” dan “trade mark”….sound peniaga ikut mulut dan email… tak jalan dik…

        Hah…Nasihat abang jailani ni sudah di patern dan di trademark kan janganlah ada yang “copy & paste” macam berita yang keluar kat beautifulnara ye…

        0

        0
      • yoot says:

        yatt lupakan seketika kisah cetak rompak kau..aku pass exam hrini!!!!
        yea..boleh convo dahhhhh…tq la kpd kwn2 aku yg selama ni kata aku tak pandai..yg selalu perli2 aku…tq sgt2!!

        3.97 uolss!!!

        0

        0
    • dira says:

      rezeki masing2 la . design tu dari bendera palestin kan ? sendiri pun copy . bising pulak bila 1malaysia copy design shawl kau tu .

      0

      0
      • maibiskut says:

        betul… yg kurang bkemampuan kami belilah kain yg kurang kualiti kak yat….

        0

        0
      • Anonymous says:

        datin juma pun buat bawal ilham dari bendera palestin jugak, tp dia kreatif sikit la dia amik ilham je, bukan amik 100persen.
        tp dia relek je, dia jual hrga mampu milik, ad yg mhal n murah, ikut material.
        kalo ko tanak org tiru dan jual lebih murah, ko pun patut ikut strategi datin juma tu.
        utk elakkan org tiru dan jual lebih murah..

        0

        0
    • jeni says:

      Positif la sikit….lagi banyak lagi meriah..lagi banyak kesedaran tentang isu palestin…itu tujuannya kan yattt?

      0

      0
    • kiah senduk says:

      tak boleh cakap tiru design dia sbb kalau fikir untuk kebaikan. lagipun shawl tudung tu terlalu general melainkan nak cop org tiru:
      1. ko tenun kain tu / atau ko lukis sendiri corak ko hantar kilang suruh cop. ni kain pun ko beli dkt tempat org yg lain beli.
      2. ko reka penutup kepala yg menutup aurat selain shawl atau tudung. ko cipta la tudung bertopi ke. sah2 tu baru design ko. buat dalam bentuk lain.
      3. ko pun dok copy bendera palestine. aku tak rase idea pertama dtg dari ko. pls jgn perasan. ko pusing satu malaysia ke sblm ko buat.

      0

      0
    • bobo says:

      bersusah payah cari ilham?? are you fuckin kidding me yatt?tu bendera palestin je yg ko ola jd tudung. smua pun boleh fikir ide mcm tu.kurang cerdik anda kat situ.

      0

      0
  2. […] Sebahagian daripada hasil jualan daripada shawl itu saya …read more […]

    0

    0
  3. ina says:

    sabar ye yatt.. rezeki tu dtg dari Allah.. klu 10 org yg tiru pun kalu dah rezeki tetap rezeki awk.. x dinafikn mmg tudung sume seakan2 sama.. di situ la cabarannya..

    0

    0
  4. mimie says:

    Kalau xnak kena tiru design tu p lah apply pattern , intellectual property for your company . Habis cerita . Dah pasni kalau ada orang tiru juga saman je terus . Skrg without pattern without copyright, anyone can steal and copy your design . Dah xda hakmilik kan . So it is still legal .

    0

    0
  5. malebes says:

    Kelakar je aku tgk pakai bendera Palestine atas kepala. Bukan corak2 tapi terus terletak 1 bendera atas kepala lololololol! Ye ker org tiru… Bendera tu berbentuk umum, lagi pula bukan yatt yg cipta bendera tu. Jadi nampak kurang cerdik sikit untuk yatt menuduh org lain ciplak dia. Lain la kalau bendera tu diolah berbentuk bunga atau corak lain. Inilah contoh artis yg tak pikir pjg dulu sebelum meluah statement.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Pasni mcm2 bendera dijadikan tudung,semangat patriotik katanya

    0

    0
  7. rumahpapan says:

    Yakinlah dgn rezeki Allah. Kalau allah dah ckp tu rezeki awak..even satu dunia tiru design awak Pn awak tetap akn peroleh rezeki tu. Harap palestin pn kol awak utk dapatkan keterangan kenapa tiru design bendera dorg

    0

    0
  8. 2cents says:

    Husnuzon la kak. Rezeki masing-masingkan. Pengguna pon bijak memilih :)

    0

    0
  9. jemah pkasam says:

    pakai bndera pun nt ko tduh tiru ko ek..mcm la palestin hak ko yatt..byk3 tdung,tdung bawal x kan pupus..smentara tngh panas tu,kongsi la rzeki tu..dua tiga tahun lagi,nasib sama la dgn tdung3 tlajak mahal tu..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Yatt sendiri pun tiru bendera Palestin juga. Kalau Palestine saman Yatt camne? Lain la kalau design tu memang lain dari yang lain. Tapi jangan pulak nak kaya cepat ikut macam Neelofa , beli kat kedai , balik tiru bulat2 . Di Malaysia ni susah nak control part tiru meniru ni. Fesyen la katakan . Hari ni kita pakai , esok ramai yang pakai benda yg sama. Lagi pulak sekarang ramai yang dah pandai jahit sendiri. Yang penting jangan letak harga melampau tinggi macam tudung Fareeda. Biar mampu dimiliki orang ramai. Baru la laris jualan.

    0

    0
  11. cikiah says:

    design bendera je pun..apa yg tiru sangat..sape yg amik kesempatan sbenarnye..dah le jual mahal..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    bukannya cantik pun design tu. heran…

    0

    0
  13. Meri says:

    Takyah buat alasan sebahagian hasil jualan masuk tabung palestin la, takkan kita patut tolong rakyat palestin saja, anggap je indirectly kita tolong rakyat malaysia generate income juga.. Rezeki Allah bagi, lagipun bukan original idea pn, cilok jugek

    0

    0
  14. pilah says:

    xyah susah hatilah…bnyk lagi bendera kt dunia ni bleh diilham kan wat tudung…x yah gaduh2…rezeki di tangan Allah.tekadkan niat di hati insyaallah tuhan tolong kita klu kita berniat baik.

    0

    0
  15. instruction manual says:

    Case 1:
    Satu design telekung bersulam direka, dijahit dan dikeluarkan oleh seorang peniaga kampung yg menjual secara kecil-kecilan. Mendapat sambutan yg bagus, sebuah company kain terkemuka meniru design dan memasarkan dengan harga yang lebih rendah.
    Case 2: Tudung palestin yatt hamzah
    Dua kes yang hampir sama namun mempunyai dua reaksi yang berbeza drp pembaca.
    Kesimpulan:Tidak kisahlah apupun alasanya, meniru hasil kerja orang sebijik2 tanpa usaha sendiri tetap salah.

    0

    0
    • cikkiahdonde says:

      biasala artis..yg jadi mangsa peniaga kecil2an ni..banyak mana yg dia salurkn ke tabung palestine ? u rasa pniaga yang jual tudung palestine yang lain tak salurkan ke ke tabung palestine. kalau u jual shawl rm 70 – rm 5 ke tabung palestine.cikkiah jual tudung palestine rm 40 (dengan kualiti yg sama okey) pun bagi rm 5 jugak utk tabung palestine..sapa yang pandai ambik kesempatan sekarang ?? sebenarnya u yang takut bisnes tergugat sbb dah ramaiiiii sangat yang jual shawl palestine..samada tiru u punya pattern atau tidak..u dah tergugat..sebab tu la..
      kalau rasa u punya ilham sangat g la pattern kan bendera palestine tu..lpas tu saman je semua peniaga kecil2an kat instagram tu…jangan smp palestine yg saman u esok..design sangattt…

      aku marah sbb konco yottt ni pernah ugut aku kat watsap la pasal isu tiru shawl palestine dia..padahal tak tiru pun dia serkap jarang je..aku masih simpan watsap tu yottt..ko jaga2 la..ni kau yang dah bukak mulut sendiri..

      takyah nak tunjuk halim sangat..g la cari ilham buat design lain…takat bendera anak aku boleh buat..

      k bye
      #penjualshawlpalestinedekatinstagram

      0

      0
  16. Eindah says:

    alahaiii…rileks sista rileks…rezeki masing2..akak pun bukn idea original.tiru jugak bndera palestin kn.cmne klu org palestin mrh akak sng2 copy bndera diorang?nk derma pun bising.diam2 ckupla.

    0

    0
  17. takpela Yatt…Palestin tu kan milik orang Islam sejagat…jadi kalau pattern shawl pun kena tiru berlapang dadalah…mmg bende ni tak boleh elak…mmg akan berlaku bab tiru meniru ni..bende same pusing2 mesti akan jumpe bende yg same…designer pun kdg2 kering idea nk buat mcmane

    0

    0
  18. semalu says:

    Semua pereka2 pengusaha2 tudung2 lain pun kene tiru jugak….fareeda ke ariani ke… Dah adat berniaga…

    0

    0
  19. Hakak Sedih says:

    Duh.. ilham tang mana? Ilham tang bendera cop kat kain pastu jd kan shawl je ke? suci sangat ilham kau dik. Lagi satu, kalau nak buat tabung palestin tak payah guna rekaan bendera pon ok je, corak bunga ke tigasegi ke gambar meja makan ke, kalau dia ckp hasil jualan akan salur kat palestin orang akan beli jugak atas niat yang baik. Whatever sangat ko dik!

    0

    0
  20. minah jambu sentiasa merah biru says:

    meeeeenyampah minah jambu dengan si yatt ni huh !! semenjak yg dia cakap prgram masak2 tu tipu penontonnnnnn sampai skarang minah jambu maseh lagi menyampah ngan pompan eksen bagos ni huh !! biar la dorang nk tiru tudong pelestin..dh rezeki dorang ha biarkn lah ! reka tudong lain pulaaaaaaaaaaaak huh !! macm dia sorang pulak yg reka tudong yg semacm tu huh ! eh minah jambu pon leh buat tudong cngitu lah bukan nye susah sangat ! muhasabah diri ye yatttttt bawak2 lah bersabarrrr n kuat kan imaaaaaaannn ingattttttt u tu bertudonggggg mulot jangan kecoh yeeeeee..

    0

    0
  21. minah jemah says:

    Ekeleh. Kecoh pulak. Rezeki masing2lah. Semua benda copy paste dlm dunia ni. Terima je lah kenyataan. Apalahhhhhh. Hampehh.

    0

    0
  22. Ahmad Zaki says:

    Salam sejahtera…

    Hal seperti ini membuktikan bahawa usahawan Melayu masih lagi lalai dan ambil mudah soal pendaftaran hak cipta. Sepatutnya jika usahawan berkenaan mempertimbangkan dengan sedalamnya selain dari perihal rekaan dan bahan-bahan, iaitu isu memperlindungkan dan mendaftar hak cipta sebelum mengeluarkan sesuatu produk sebelum dijual di pasaran terbuka.

    Di Malaysia sudah ada Sistem Perlindungan Harta Intelek. Usahawan yang ingin bersaing di pasaran terbuka terutamanya yang mempunyai produk berekaan seperti tudung ataupun sebarang jenis produk dala kategori harta intelek, dapatkanlah maklumat dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

    0

    0
  23. just opinion not keyboard warrior says:

    . yatt kalau awak betul2 ikhlas dan hendak membantu gaza dan orang palestine.. sepatutnya awak tak kecewa..yang penting dakwah.. dan mesg yng awak sampaikan.. dalam menolong orng yang susah seperti palestine.. awak seharusnya tak memikirkan duit.. tetapi awak dpt membantu mereka.. dngan menyedarkan orng ramai.. inshaa Allah Allah akan menambahkan rezekimu dengan berlipat ganda.. :)

    0

    0
  24. LangitDanBumi says:

    Lahai….kebanyakkan rakyat Malaysia memang gemar meniru,mcm tak biasa plak haa….

    0

    0
  25. bola api marah says:

    Abang Nara….Yatt Hamzah ni tak sedar bahawa dia sendiri pernah membuat aniaya kat orang lain….bukan seorang tapi maybe ramai….apa yang dia kata eksklusif design ? Shawlnya itu pun dia tiru bendera palestin.. kenapa pula dia kata susah payah dia reka ? Yang dia mengaku design orang lain yang tak terkenal sebagai design dia apa cerita? Org lain yang buat rekaan dia syok syok ngaku dia punya…..yatt….what you give you get back…dunia ni bulat…tu belum lagi kira hasil awak dapat tu halal tak halal sebab orang tak redha . ..hasil itu yang awak yang jadi darah dan daging…..bosan dengan sikap hipokrit awak….

    0

    0
  26. hahaahah says:

    ntah pape la ko ni yat. dh mmg design bendera palestin color tu. ape mslhnye. dh la design ko semua mhl2. cuba relax je. kalau mcm tu, ko jgn la jual baju ke jual tudung ke. nanti semua tiru jual baju n tudung. ahhaha. kesian ko ni.

    0

    0