Written by serenity | October 10th, 2011

Seperti yang korang sedia maklum Shy8 @Usop Wilcha kini sudah bertugas sebagai DJ di Hot.fm. Tetapi faktor utama yang membuatkan dia diminati tetaplah lakonannya dalam filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Ada yang mengkritik tugasnya beliau sebagai seorang DJ yang dikatakan masih belum serasi dengan rakan sekerjanya, tapi lama-kelamaan mungkin juga ke’kekok’annya itu telah berjaya beliau atasi.

Cuma malam ini Usop dan sebilangan pelakon-pelakon HKLBR akan muncul dalam sebuah episod untuk siri seram komedi  ‘Cer Citer’ yang bertajuk ‘Keluhanku’. Ia akan bersiaran malam ini, pukul 10 malam di Astro Warna. Turut akan muncul ialah Azwan Annuar yang berlakon sebagai Wan Kaswi (Sabor je Lah)  dan dan Zainuri Misfar (Pegawai Kesihatan). Siri ‘Cer Citer’ adalah diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid. Jangan lupa saksikannya malam ini, di mana korang berpeluang untuk menonton Usop melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu meminatinya, iaitu berlakon!

P.S: Reka game menggunakan bersama #MiloCansNextGame dan berpeluang memenangi RM10 ribu.

7 responses to (GAMBAR)Shy8 @ Usop Wilcha Malam ini Di ‘Cer Citer’

  1. ade aku kesah says:

    Cer cite…cer cite

    0

    0
  2. aku says:

    2nd ke?

    0

    0
  3. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    hensem jantan yg baju kuning yg pakai baju NIKE tu yg ada bendera mlaysia tu minah jambu bekenan……..

    0

    0
  4. abgcantik says:

    sape yg kemaruk nak tgk video usop wilcha masa muda masa nama dia shy8 klik sini http://www.youtube.com/abgcantik cantik ke.tau xper.

    0

    0
  5. yus says:

    ermm..takde la best sgt usop jadi dj..kalau takde fara fauzana dah rase cam dengar radio rtm jekkkkkkk..

    0

    0
  6. usup keta sorong says:

    dulu suka gak dgn usup ni.., tp lepas dia jadi DJ hot fm..

    teman dah tak suka lg… tak tau lah nape yg pasti teman

    meluat sangat dgn cara dia…

    0

    0
  7. mantikulaz says:

    bayang2 sape yang lalu kat blakang diorang tu,lain macam je aku tengok… cer citer cer citer..

    0

    0